19 March 2013

B Complex Shaklee

Assalamualaikum

Sering rasa tertekan? Letih? Lesu? Migrain? (cewah dah macam iklan dalam TV pulak.HEHE) Hari ni nak cita pasal VITAMIN B COMPLEX.. 

Saya ingat lagi time nak SPM tahun 2002, MRSM Jasin (ok, i love this name more daripada selepas tukar, jangan marah cikgu!HEHE) membekalkan Vitamin Bcomplex untuk setiap anak muridnya.

Dapat bekalan untuk sebulan tu..Time tu memang tak pernah miss, sebab pengetua memang tekankan pemakanan berkhasiat nak2 time exam.. So jelas, terang dan nyata tanpa dengung (Eh, dah macam idgham pulak,HEHE) yang vitamin B complex adalah sangat penting.

Kenapa Vitamin Bcomplex ni sangat penting?


  • Peranan Utama : membantu dalam pengeluaran Tenaga
  • Membantu me"metabolisme"kan Karbohidrat, Lemak dan Protein.
  • Anti Stress/ Penenang saraf (sangat penting untuk Ibu2 yang dalam pantang untuk elak Meroyan, juga untuk yang ada migrain)
  • Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang
  • Membantu membina rambut yang sihat dan melambatkan uban (yang ni mesti my mom suka..HEHE)

Ok ramai sedia maklum yang kita boleh dapat sumber Vit B complex dari makanan, seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kekacang dan bijirin. 

Tetapi di zaman yang moden serta canggih ni, makanan tersebut banyak terdedah kepada bahan2 kimia, serta telah melalui proses tertentu sebelum sampai ke tangan kita. Di sini, kandunagn vitamin sudah berkurangan.

Cara kita masak juga boleh menyebabkan makanan2 yang pada mulanya berkhasiat, menjadi "hampas" semata2. Vitamin B mudah larut dalam air, bila masak sayur contohnya, vitamin B dah larut dalam air, lepas tu kita bia je dia lama2 dalam kuali tu, maka berlaku la proses penyejatan, lantas sayur tersebut telah hilang khasiatnya.. ( Eh dah jadi kelas science dah ni...HEHE).

Sebab tu bila masak sayur tu, kena masak jangan bagi layu, tumis2 bawang sume, campak sayur, kacau2, tutup api. Nak lagi bagus, tutup periuk/kuali tu. (Eh ni pulak cooking class, HEHE)

To make it simple, Vitamin Bcomplex ni boleh MUSNAH dengan :

  • Matahari/ Haba- boleh hilang dalam proses memasak
  • Larut dalam air
  • Makan banyak gula contohnya minum 1 botol Coke, memerlukan 5kali Bcomplex dalam badan, sebab B complex kena berusaha keras untuk menukarkan gula tu kepada tenaga.
  • Stress/ Tekanan Mental dan Fizikal 
  • Penggunaan Pil Penenang, antibiotik, Pil Tidur dan Racun Serangga 
  • Pil Perancang

Kesan kekurangan Vitamin B ni adalah :

  • Mudah Letih, Tidak bermaya, Kurang selera makan
  • Stress, Migrain
  • Kegelisahan, gangguan tidur
  • Sakit Pada Bahagian Abdomen
  • Sembelit
  • Gangguan Mental dan Emosi
  • Pecah- pecah dan sakit pada mulut dan hidung
  • Beriberi (penyakit "Metabolic Disoder" dengan gejala seperti bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung

Kenapa Bcomplex Shaklee pilihan saya?


  • Ia lengakap dengan 8 Vitamin B yang utama iaitu 
  1. B1: Thiamin ~ menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu meningkatkan sistem pencernaan dan metabolisma
  2. B2: Rivoflavin ~ memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan Vitamin B6 dan Asid Folic
  3. B3: Niachin ~ Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian menunjukkan, kekurangan Vitamin B3 boleh menyebabkan depresi dan boleh mendorong kepada sakit mental.
  4. B5: Panthothenic Acid ~ Membantu mengurangkan Stress Mental/ Fizikal dan melambatkan proses penuaan pra matang ( Tua sebelum Usia)
  5. B6: Pyridoxin ~ Vitamin asas dalam proses asid amino. Mengawal Serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan mendorong kepada depression
  6. B7: Biotin ~ Membantu metabolism Karbohidrat, Lemak dan Protein. Juga membantu mencegah uban
  7. B9: Folic Acid ~Bersama sama Vitamin B9 dalam membantu fungsi neurotransmitter, juga dapat mengurangkan depression
  8. B12: Cyanocobalamin ~ Mengawal Kesihatan sistem Saraf dan membantu pembinaan sel darah
  • Bukan Vitamin Sintetik 
Jadi untuk ibu hamil, hanya perlu amik sebiji Bcomplex Shaklee dan insyaAllah cukup keperluan Bcomplex untuk ibu, Acid Folic untuk pembinaan saraf Si Comel di dalam perut.

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount