22 April 2014

Cara Merawat Chickenpox/Cacar Air Secara Natural

Assalamualaikum

Pernah kena chickenpox tak? Selalunya pembawa chickenpox ni dari budak-budak sekolah kan. Ingat lagi pada tahun 2007, time tu balik Malaysia sebab summer break (August-September). 

Adik bongsu pulak time tu kena chickenpox, hasil daripada jangkitan di asrama MRSM Pontian time tu..adess, abis virus itu dibawa pulang dan merebakkannya kepada kami sekeluarga. 

Yang paling takut kena, ayah lah sebab ayah tak pernah kena seumur hidup, orang kata kalau orang tua yang tak pernah kena,sekali kena, bahaya. Alhamdulillah ayah sihat walafiat. 

Elok je saya abis cuti, adik lelaki pulak yang berjangkit, sedih time tu dia tak dapat hantar ke KLIA macam biasa. Bersalam-salaman dari jauh, konon-konon takut berjangkit. 

Tapi dah dinamakan duduk serumah kan? Tak kan la virus tu tengok ade gadis pingitan comel sorang ni, tak yah masuk la dalam badan dia, HEHE. Ok abaikan.

Sedang elok je dua hari mula kelas, badan dah rasa anih, ada macam jerawat pulak timbul kat badan. Sekali dalam masa satu malam dah ada dalam beberapa biji air kat badan..aduiii...macam mana ni..

Dah la kena kat negara orang, takde family nak bermanja, nasib baik ada housemate yang baik hati tolong sapu ubat dan masakkan sup ayam setiap hari. 

Bila jumpa doctor kat Germany tu, dia kata tak pernah jumpa sakit ni (Okay, time ni baru tau kat Europe takde chickenpox) Siap congkil satu gelembung tu dan hantar spesimen ke lab. HAHA..Rasa nak gelak guling-guling time tu. 

Macam sakit serius je, padahal kat Malaysia berlambak orang kena penyakit chicken pox ni..Tapi Germany is Germany. Lebih kepada menguatkan immune system kita secara semulajadi.

I even asked for vaccination tapi doctor tak bagi (ni mintak injet sebab terpengaruh dengan cousin yang pernah kena kat Malaysia, dapat suntikan vaksin dan chickenpox segan nak keluar, sebijik dua je ade kat kulit). 

No Oral Medicine, hanya ubat sapu iaitu calamine losyen yang putih tu.. Abis dah comot akak comel ni, HEHE. (Sekali lagi thanks to my housemate, Eza yang tolong sapu setiap kali saya selesai mandi- Yes, saya mandi sehari 2kali. 

Basuh baju pakai tangan dengan Sebamed dan rendam pakaian dalam boiling water, takut kuman merebak,HEHE). Nasib menyebelahi diriku ini sebab time tu winter, so badan takde la merenyam gatal ke apa. 

Nak ke klinik lilit muka dengan shawl jadi orang tak rasa anih, orang sangka cuma sebab sejuk la kan, padahal muka penuh keruping. HEHE.

Ibu mengepos sekotak Vitamin E untuk dimakan dan Krim Vitamin E Rosken Yang high concentrated tu. 20 kg tu. 

Tapi time tu baru abis raya kan? So ibu selitkan la kuih raya, baju raya, beras wangi, susu manis F&N tu HAHA) tapi serius banyak vitamin E yang ibu bekalkan, rasa boleh cucuk dan buat mandi HEHE. Thanks ibu, kerana itu tiada parut di badan dan muka, Syukur Alhamdulillah..

Okies in case terkena jangkitan virus cacar air ni, jangan panik, ok? Ada cara untuk merawatnya secara semulajadi. Tapi mula-mula pegi la ke klinik untuk mendapatkan diagnosis yang betul, kang kita ingat chickenpox, buat rawatan chickenpox tapi sebenarnya kena scabis, ha, sapa susah?

Apa itu jangkitan cacar air?

Jangkitan yang disebabkan oleh virus varicella. Ia adalah virus yang sama menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang mengalami cacar air akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters)

Macam mana ia merebak?
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap chickenpox ni mengalami batuk atau bersin
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air tu
  • Dengan menyentuh  benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut

Bagaimana merawat chicken pox ni?

  1. Kuarantin pesakit.
  2. Vitamin D membantu memperlahankan jangkitan juga menaikkan sistem imun badan. Dedahkan pesakit pada cahaya matahari antara jam 7pagi hingga 8pagi. 10-15minit dah memadai.
  3. Ambil Paracetamol untuk mengurangkan demam yang mencecah 39c ke atas
  4. Minum banyak air masak, ini untuk mengelakkan dehydrate
  5. Ambil makanan berbentuk cecair seperti sup sayur yang mengandungi antiviral foods dan buah-buahan vitamin C
  6. Buat Garlic Socks atau ACV (Apple Cidder Vinegar) Socks untuk melawan virus
  7. Makan Virgin Coconut Oil atau Olivenol untuk menaikkan sistem imun badan
  8. Sentiasa basuh tangan.
  9. Daun Semambu/Neem boleh ditumbuk lumat, dilumur pada badan atau mandi air daun semambu atau tidur beralaskan daun semambu bagi mengelakkan rasa gatal. (Daun ni boleh di dapati di tempat menjual pokok-pokok. Kalau kat Pasir Gudang tu boleh pergi orchard berdekatan Caltex area Taman Cendana. Sepokok RM15 je, ala-ala pokok inai gitu)
  10. Air kelapa muda bagus diminum ketika blisters tu dah keluar hingga ke kaki. Juga bagus dibuat mandi
  11. Minum Rooibos Tea (Teh ni sedap tau, selalu beli yang perisa vanilla mase dok kt Germany dulu, HEHE) teh ni boleh dibeli di Cosway, Giant dan kedai organic
  12. Bayi umur 6 bulan ke bawah Cuma perlu mandikan anak dengan air kelapa, atau daun semambu, atau mandian rooibos tea. Baby tak boleh minum air apa-apa lagi tapi ibu yang menyusukan boleh minum dan susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Jadi kerapkan sesi penyusuan.
  13. Elakkan makan seafood
  14. Beli Vitamin E. Jika dalam bentuk kapsul, cucuk dan lumurkan pada parut bagi menghilangkan parut
  15. Tea Tree oil juga boleh menghilangkan parut
Sumber: GNRAM

Boleh cuba cara di atas, yang penting banyakkan rawatan untuk melawan virus. Garlic is the best antivirus that Allah has created.

Semoga bermanfaat =)

Jom kita tengok macam mana Pn. Hidayah ni mengubati kesan chicken pox beliau



Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028

7 comments:

  1. gebunya blog.. hihi.. risau kalo chicken pox nie kan.. kalo g besaq2 sampai parut..

    http://ourlovebonding.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai fa! haha.. tengok la tuannya, gebugebu gitu =p

      tuhla, nak2 kalau perempuan, takut parut kena tang muka, hehe

      Delete
  2. kalau pernah kena chckn pox ni.. boleh berjngkit lagi ke dgn org yg terkena chcken pox ni.. huhu

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount