HFMD Outbreaks
Sekarang ni tengah musim HFMD kan? Di mana-mana ada je rakan yang anaknya terkena jangkitan HFMD ni.Apa itu HFMD?
HFMD ni adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut). Ia disebabkan oleh jangkitan Virus, iaitu coxsakievirus A16 yang termasuk dari kumpulan Enterovirus.
Sesiapa pun boleh terkena jangkitan virus coxsakie ni tetapi yang paling common adalah kanak-kanak berusia 10 tahun. Selalunya HMFD ni mudah berjangkit terutamanya apabila anak-anak berada di taska, taman permainan atapon sekolah.
Apakah simptom HFMD ini?
- Demam
- Sakit dalam mulut
- Ruam seperti lepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki
- Sakit tekak
- Kurang selera makan
Bagaimana HFMD boleh berjangkit?
HFMD ni mudah berjangkit. Jangkitan selalunya melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti. Waktu yang perlu dikuarantinkan adalah 3-7 hari sebelum simptom keluar selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.
Bagaimana mahu merawat HFMD secara semulajadi?
First and foremost, sila berjumapa dengan doctor untuk diagnose penyakit. Oleh kerana HFMD ni adalah daripada jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak untuk melawan virus tersebut.
- Rooibos Tea. Mandi ataupun minum air ni
- Sup tulang/ ayam dengan campuran antiviral food contohnya bawang putih yang banyak
- Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus
- Tea Tree Oil, Virgin Coconut Oil - Sapukan pada jangkitan kulit ataupun VCO tu boleh dimakan untuk naikkan imun
- Rebus semua pakaian dan juga mainan anak dengan air panas
- Cuci lantai rumah dengan dettol atau campuran cuka epal dan tea tree oil
- Beri anak makan Vitamin C
- Teruskan beri anak minum air yang banyak, boleh juga buatkan homemade ice-cream daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gula (jika anak tidak alah pada makanan sejuk)
- Olivenol, probiotik juga boleh diberi untuk tingkatkan imun sistem
- Air Kelapa dan Air Barli adalah antara antivirus semulajadi
- Madu, jus delima adalah antara remedi untuk ulser mulut pesakit.
Apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan HFMD?
Kata kuncinya adalah kebersihan.
- Tutup mulut dan hidung apabila anda batuk atau bersin
- basuh barang permainan anak secara kerap dengan air panas yang bersabun, terutamanya apabila bersentuhan dengan air liur
- Basuh tangan setiap kali selepas:
- Keluar tandas
- Salinkan lampin anak
- Hembus hingus
Kredit: GNRAM
Semoga Bermanfaat!
musim agaknya kot skrg kan.. huhu.. lately byk jugak dgr budak2 kena HFMD ni.
ReplyDeleteha tuhla..tengah musim kot kan
DeleteMorning BGG...Thanks for the info coz my niece dua orang kena virus ni recently . Dijangkiti dari sekolah..kesian dia orang..Alhamdulillah sekarang dah ok..
ReplyDeleteYeke? Kesiannya..kalau abang dah kena adik mesti kena kan..Alhamdulillah dah ok =)
Deleteterima kasih atas perkongsian info ni sis. anak saya pernah kena jugak 2 kali, tp alhamdulillah bukan tahap teruk sampai nampak mcm melepuh tu. just in case ada yg mencari info, boleh di suggestkan disini :)
ReplyDeleteAlhamdulillah tak berapa teruk kan. Risau kalau sampai melepuh tu =(
Deletememang tengah musim kan...sebab kat FB pun dah beberapa orang update status anak diorang kena hfmd ni
ReplyDeleteTuhla Puteri, Officemate Zarith pon anak kena HFMD kana cuti seminggu
Deleteterima kasih atas perkongsian ilmu tentang hfmd ni...kemungkinan besar anak saya pun dijangkiti hfmd ni...akan cuba ikut segala saranan awak yunk...terima kasih sekali lagi...doa doakan anak saya cepat sembuh ya...
ReplyDeleteAmmiinn...
semoga anak awak cepat sembuh ye..aminn
Delete