9 March 2013

Pam Susu Masa Pantang Dapat 2oz Je?? Sikitnya!!

Assalamualaikum..

Mesti ade di antara rakan2 di luar sana yang mengalami susu merudum time dalam pantang...mesti risau kan?Oh my dearie...tolong jangan risau sangat. 

Sebab itu adalah normal. Jadi ape yang perlu kita lakukan. Why do i used phrase "kita"? Sebab dulu pon saya mengalami masalah yang sama...

Let me share my experience...

Keluar je hospital lepas bersalin time maghrib terus semangat capai Pam Avent Uno bought in Germany. Pam dengan gigih...2minit...kosong....5minit...kosong...ok dah mula cuak...tapi rilekss...cuba lagi. 

Sampai 15 minit baru kuar titisan-titisan emas..Oh legaaa....tapi sikit je dapat...Eh nape pulak ni? dah 20 minit pam hanya dpt 1oz?
Hurm...xpe..next session cuba lagi...

Malam lepas Direct Feed (DF) my baby, terus capai pam lg. Dah macam hantu pam pulak saya ni time tu, dek kerana semangat berkobar-kobar, teringat kata kawan-kawan, masa dalam pantang la nak simpan stock.huhu. 

Perkara yang sama berulang lagi.. Tapi tetap tak putus asa. Once dapat 2oz tu rase nak melompat je..hehe. Maka Mr Hubby la yg paling sibuk tiap kali saya nak pam dan selepas pam. Dia yang akan membasuh dan men'steril' sume perkakas. 

Thanks sayang, sayang tidak pernah mengeluh. Itu la rutin selama 5 hari berpantang di KL sebelum meneruskan tempoh berpantang di rumah bondaku...

Time tu sume yang boleh tambahkan susu saya makan, lobak putih yang pahit tu hari2 makan...Tandem nursing memang setiap masa buat. 

Even bangun kol 2-6 pagi nak susukan baby tu pon capai pam...sebelah pam sebelah susukan baby...air masak minum banyakkkk...makan nasik banyakk..sayur pon banyakkk

Kan Allah dah janji, setiap usaha pasti ada ganjarannya. Dan pada satu pagi yang hening, bila pam sebelah je dapat 6oz..Alhamdulillah....rasa nak nangis...

Frankly speaking saya bukanlah seorang yang Allah kurniakan mempunyai susu yang banyak. Tapi saya kuat berusaha..Iya, saya akui badan sakit2..

Saya berpantang dengan ibu yang berkerjaya di Johor, sedangkan hubby kerja di KL. Jumpa weekend je. Jadi kerja basuh, steril pam tu dah kena buat sendiri. Tapi takpe. Demi anakanda tercinta, ku gagahi jua =) 

Alhamdulillah ibu, ayah dan adik adik sangat pro BF..saya bersyukur. Bila timbang je baby, setiap minggu naik 500gm..sampai tak sabar2 nk tunggu nurse datang umah nk timbang...hehe..


Jadi, kesimpulannya :

1. Kalau kurang susu time pantang jangan risau, keep on Direct Feed..JANGAN bagi air lain selain susu ibu..ingat concept DEMAND vs SUPPLY..semakin tinggi demand semakin tinggi supply..semakin kerap kita kosongkan breast, semakin cepat dan kerap otak keluarkan hormon untuk produce susu baru..Jadi, setiap kali lepas DF baby, boleh pam untuk pastikan breast betul2 kosong..

2. Banyakkn minum air masak (at least 3L), oats, horlicks, milo, nasi wajib makan hari2..Susu jangan lupa minum..vitamins jangan lupa makan...They'll help us to keep ourselves fit enough to take care of our beloved baby..I take SET MENYUSU SHAKLEE, Ahamdulillah sesuai for both of us, terus jatuh cinta gitu, HEHE

3. Makan sayur2 yang di yakini bole menjadi milk booster. Lobak Putih dan Jantung Pisang contohnya.

4. Doa dan Tawakal

5. Rilekssss

6. Enjoy setiap saat BF. Tengok ke dalam mata si anak yang khayal merenung kita...

I say.. BF worth the world... Harap Allah membantu saya dalam melengkapkan misi penyusuan yang hampir 9bulan ini..Amin


0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount