20 October 2014

10 Rahsia Chia Seed Yang Kita Tidak Tahu

Assalamualaikum

Pernah dengar tentang chia seed?

Apakah itu chia seed

Ia adalah benih yang boleh dimakan yang berasal dari sejenis tumbuhan padang pasir iaitu Salvia Hispanica. Ia ditanam di Mexico sejak budaya Maya dan Aztec. 

"Chia" ini bermaksud kekuatan. Mereka mengatakan bahawa dengan memakan chia akan memberi mereka kekuatan dan tenaga.
Chia seed yang didakwa boleh memberikan kekuatan

Apakah kandungan dalam chia seed?

Setiap 1 ounce (28 gram = 2 sudu besar) chia seed mengandungi:

  • Fiber : 11 g
  • Protein: 4 g
  • Fat: 9g (5g adalah Omega 3)
  • Kalsium: membekalkan 18% daripada yang diperlukan diet harian kita (RDA)
  • Manganese: membekalkan 30% daripada yang diperlukan diet harian kita
  • Magnesium: membekalkan 30% daripada yang diperlukan diet harian kita
  • Chia seed juga mengandungi sedikit kandungan Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) dan Vitamin B2.
1 ounce chia seed je dapat membekalkan 137 kalori dan 1g karbohidrat yang boleh dihadamkan. Menarik kan?

Yang paling bestnya, chia seed adalah "whole grain food" yang selalunya ditanam secara Organic, Non-GMO dan Gluten-Free.

Apakah 10 Kebaikan Chia Seed?

  1. Melawan diabetes dengan melambatkan penghadaman. Selaput lendir pada luar chia seed apabila terdedah kepada air boleh mengelakkan 'blood sugar spikes'
  2. Membekalkan fiber yang banyak untuk keperluan seharian
  3. Sumber Omega-3 asid lemak. Lemak ini sangat penting untuk kesihatan otak. 
  4. Menguatkan gigi dan tulang
  5. Manganese yang ada dalam chia seed membantu badan kita menggunakan nutrien seperti biotin dan thiamin
  6. Fosforus yang ada dalam chia seed ini membantu penyerapan kalsium secara optimum dan mengelakkan berlakunya penimbunan kalsium yang boleh menyebabkan batu karang dan heart attack
  7. Diperkaya dengan protein dan tiada kolesterol
  8. Melawan lemak di perut yang menyebabkan buncit.
  9. Rasa cepat kenyang dan kenyang berpanjangan. Ini sagat nagus untuk mereka yang nak diet 
  10. Memperbaiki kesihatan jantung. Menurut Cleveland Clinic, chia seed memperbaiki tekanan darah kepada pesakit diabetes, juga meningkatkan kolesterol baik dalam darah dan mengurangkan kolesterol jahat, LDL dan triglyceride cholesterol dalam darah.
Jadi jom amalkan mengambil chia seed setiap hari. Paling muda, rendamkan 2 sudu besar chia seed ke dalam sebotol air suam dan minum sepanjang hari! 
Chia Seed boleh dipelbagaikan cara pengambilannya
Saya akan kongsikan juga cara membuat overnight oat yang sungguh yummy dengan menambahkan chia seed ke dalamnya. 

Kalau untuk anak-anak boleh la dibuat aiskrim macam yang Mr. Hubby buatkan untuk Zuyyin setiap minggu =)

Semoga bermanfaat!


6 comments:

  1. ohh..ini rupanya rahsianya. baru la tahu nih..

    ReplyDelete
  2. banyak juga khasiat chia seed ni ye...good :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat. boleh la amalkan ye puteri =)

      Delete
  3. Kita pernah terbaca somewhere mengenai chia seed ni..tapi first time tengok gambar..menarikkk..kena try ni BG..

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount