19 October 2014

Resipi Aiskrim Untuk Tingkatkan Imun Sistem Anak

Aiskrim Berkhasiat

Assalamualaikum

Hari minggu aktiviti yang wajib adalah memberi Zuyyin makan aiskrim sambil menemani ayah sidai baju. HEHE. Aiskrim pon hasil air tangan Mr. Hubby. 

Ini aiskrim bukan sebarang aiskrim tau, ini aiskrim untuk tingkatkan imun sistem anak kita, Inshaa Allah ;)
Zuyyin sangat suka aiskrim buatan ayah
Okay jom tengok macam mana Mr. Hubby buat aiskrim. Minggu ni aiskrim buah naga. Serius yummy tau! 

Bahan-bahan:

  • Sebiji buah naga yang di korek isinya dan dilenyek pakai sudu dalam mangkuk
  • Setengah sudu chia seed
Chia Seed mengandungi kandungan Omega 3, Omega 6 dan kalsium yang tinggi
  • Madu secukup rasa
Tambahkan madu
  • Yogurt dua sudu (jangan banyak sangat nanti cair)
Yogurt Farm Fresh mengandungi tambahan probiotik yang boleh tingkatkan imun sistem

  • Probiotik satu kapsul
Masukkan satu kapsul sudah memadai 
Campurkan semua bahan dalam mangkuk, gaul dan masukkan dalam bekas aiskrim. Tada!!
Aiskrim buah naga yang super yummy!

Selamat mencuba! 

10 comments:

  1. mahal ni eskrem ni.. tu yang eskrem bukan sebarang eskrem.. morninggg...!

    ReplyDelete
  2. wah memang istimewa aiskrim ni :)

    ReplyDelete
  3. menarik resepi aiskrim ni. selalu buat aiskrim milo je. boleh cuba nanti.
    www.ummisfavorites.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam. sedapnye aiskrim. nk try buat la nnt. nak tanya sis simpan probiotik tu suhu bilik ke atau dlm peti sejuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. probiotik tu zarith simpan pada suhu bilik je..dalam almari.

      Delete
  5. hi.

    probiotik tu anak u makan mcamana? juz gigit je ke? tak de rasa mcm kebanyakkan ubat? and stat umo brpa anak boleh makan probiotik lacto5 ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. probiotik tak pernah bagi makan macam tu jek, sebab die sejenis capsul. So Zarith akan bukak kelonsong dan masukkan dalam minuman Zuyyin contohnya buat orange jus dan masukkan. Start umur setahun lebih Zarith bagi

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount