13 November 2014

Resepi Kek Colat Sihat Tanpa Telur Untuk Anak Tersayang

Assalamualaikum

Resipi Kek Coklat Tanpa Telur

Hari minggu yang lepas Zarith ajak Zuyyin buat kek. Kek coklat paling mudah tapi lazat dan moist. Tanpa telur, tanpa susu. Zarith ubah sikit resipi supaya jadikan ianya berkhasiat untuk Zuyyin dan seisi keluarga =) 

Kek Colat yang moist dan lazat =)

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung (zarith guna tepung kek naik sendiri bluekey)
  • 3 sudu besar serbuk coco (zarith guna serbuk coco Van Houtan)
  • 1 sudu kecil baking soda baking soda (zarith tak pakai ni sebab dah pakai tepung naik sendiri tu kan)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil cuka (zarith pakai cuka epal)
  • 1 sudu kecil vanilla extract
  • 5 sudu besar minyak sayuran (zarith pakai minyak zaitun)
  • 1 cawan air

Cara membuat:

  • Panaskan oven 175 Celcius
  • Masukkan semua bahan kering dalam satu bekas

  • Gaulkan sampai sebati



  • Buatkan 3 lubang. (1 Lubang besar dan 2 Lubang agak kecil)



  • Masukkan cuka dan vanilla exract pada lubang yang kecil, minyak dalam lubang yang besar tadi



  • Gaul sebati macam yang cik Zuyyin ni buat ye =)



  • Akhir sekali masukkan air dan gaul sebati. Tuangkan dalam bekas untuk dibakar. Bakar pada suhu 175 selama lebih kurang 30-45 minit.
  • Cucuk dengan pencungkil gigi bagi memastikan kek betul-betul dah masak. Kalau masih melekat kat pencungkil gigi tu belum masak la namanya




Bahan- Bahan sihat yang saya gunakan 

Cuka biasa digantikan dengan cuka epal, minyak sayuran digantikan dengan minyak zaitun

Organic molasses sugar untuk makanan yang dibuat untuk Zuyyin

Inilah penyukat yang digunakan untuk buat kek

Selamat Mencuba! Yang pastinya Zuyyin memang suka aktiviti memasak ni =)


Jom Tonton Video ni =)





13 comments:

  1. My favourite kek.. huarghhh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape lagi azwar, senang jeni..buat la hehe =)

      Delete
  2. Sedap nampaknya tu! Slurppp....

    ReplyDelete
  3. sedapnyer. kena beli oven la nampaknyer.

    ReplyDelete
  4. nampak yummy...kena try juga resipi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la puteri. Sambil tutup mata pon boleh sebab puteri kan terror masak hehe

      Delete
  5. Memang nampak mudah je ni:)
    Tapi, bergantung kerajinan.
    Si cilik pun nak baking jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bab bergantung kepada kerajinan tu betul la sgt =p Zuyyin yang request nak baking tu =)

      Delete
  6. alamak2.. menggodaaaa. hehehehe

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount