18 November 2014

8 Langkah Atasi Stress Dan Letih Akibat PJJ Dengan Suami

Assalamualaikum

Suami Isteri Jarak Jauh, Stress, Letih, Memang Tak Dapat Dielakkan

Masuk bulan ni dah hampir 4 bulan hidup berjauhan dengan Mr. Hubby. Kiranya weekend Husband And Wife la ni. PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) la bak kata kawan-kawan. Stress dan letih betul bila cinta hati jauh ni. 


Walaupun berjauahan namun kasih sayang semakin mendalam

Kalau ditanya best ke tak, mestilah tak best kan? Kesian kat anak-anak yang rindukan ayah mereka. Bayangkan setiap hari bangun pagi, mesti Zuyyin akan tanya ayah ada tak.

Zuyyin: "Ibu, ayah dah balik ke?" 
Ibu: "Ayah balik hari Jumaat malam sayang, harini baru Isnin" 
Zuyyin: " Oh, ayah work lagi ye bu? Kat Subang? Kita kat Pasir Gudang kan?"
Ibu: "Iye sayang, pandai anak ibu"

Bergenang air mata Zarith tiap kali Zuyyin bangun pagi macam tu. Kalau Mr. Hubby balik Jumaat malam, anak-anak dah tidur. Jadi bila bangun pagi Sabtu tu bukan main gembira lagi. Hug dan kiss ayah puas-puas. 

Bila sorang-sorang macam ni memang rasa seperti seorang ibu yang sangat efisyen. Semua benda buat sendiri. Mr. Hubby pulak seorang yang sangat ringan tulang membantu. Jadi sebelum ni tak pernah buat semua seorang diri.

Kekurangan yang sangat nyata apabila PJJ ni adalah, keletihan dan stress yang berlebihan. 

Bayangkan nak handle Zuyyin dan Zayra yang masih kecil. Zuyyin yang baru 2 tahun 5 bulan asyik merengek minta dilayan. Nak makan, nak main bersama. Nak borak-borak. Yes, Zuyyin memang macam makcik-makcik, suka betul berborak. 

Zayra yang baru berusia 4 bulan ni pulak asyik menangis tiap kali tak nampak ibu. Asyik nak menyusu dan nak di agah. Kerja-kerja rumah seperti membasuh baju dan cloth diapers lagi. Basuh pam susu lagi. Lipat kain baju. Nak solat pun terkejar-kejar.

Allahuakbar memang mencabar. Hari-hari berdoa supaya diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menjaga dan mendidik mereka. Takut juga termarah dan ternaik tangan bila dah stress sangat kan. Alhamdulillah belum sampai ke tahap tu lagi. 

Zarith nak share sikit la rutin harian yang Zarith rasa boleh diaplikasikan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.


1. Makan sebelum pulang ke rumah

Dulu pernah cuba lepas ambil anak-anak dari rumah babysitter, masak sambil pakai babycarrier. Tapi cara tu sungguh tak relevan. Dengan Zayra kepanasan lagi, Zuyyin nak tolong masak sama. Bahaya!

Jadi Mr. Hubby mencadangkan agar Zarith makan dulu sebelum ambil anak-anak. Jadi lepas abis kerja terus makan di opis. Ini sangat praktikal.

2. Balik kerja, layan anak sahaja. Kerja rumah letak tepi

Okay yang ni memang perlu. Almaklumlah kita seorang yang bekerja, jadi sangatlah sikit masa yang ada untuk anak-anak. 

Habiskan waktu yang singkat itu dengan bermain dengan mereka. Pam susu ke apa ke Zarith akan simpan dalam peti sejuk dulu untuk elakkan basi.

3. Facetime dengan Mr. Hubby

Facetime pengubat rindu
Yang ni memang wajib. Disamping ayah dapat tengok anak-anak dan isteri tersayang, ia juga dapat menjaga emosi anak-anak. 

Zuyyin akan tetap tanya ayah bila nak balik, ayah kat mana dan sebagainya, setiap hari tanpa jemu. Kesian. 

Waktu Maghrib adalah waktu yang paling genting. Sampai rumah kita nak mandi dan solat magrib tapi waktu ni lah anak-anak nakkan perhatian lebih. 

Jadi bila facetime dengan ayah mereka, mereka ralit sekejap. Dengan Zayra pon akan senyum bila ayah agah. Padahal alam maya je pon. Jadi Facetime serius membantu.

4. Tidur Awal


Seawal jam 8.30malam Zarith memang akan salinkan Cloth Diapers anak-anak, gosokkan gigi Zuyyin dan gosok gigi sendiri. Jam 9 malam memang bilik dah gelap. 

Pastikan alarm rumah dipasang. Dalam bilik yang gelap tu Zarith akan bercakap dengan anak-anak supaya mereka behave esok pagi sepanjang perjalanan pergi ke rumah babysitter dan pulang yang mengambil masa 15 minit sekiranya tidak jem, 30minit kalau jem. 

Cara bercakap dengan anak-anak sebelum mereka tidur memang sangat-sangat membantu, Alhamdulillah.

Bacakan/ buka di handphone Surah Al-Mulk sebagai pendinding dan bacakan Ayatul Kursi dan  sebagainya sebelum tidur. Ini akan membuatkan anak-anak berasa tenang dan mereka akan tidur nyenyak sepanjang malam, Inshaa Allah.

5. Bangun Seawal Jam 3pagi


Oleh kerana kerja rumah terbengkalai sebab tidur awal, maka Zarith akan bangun seawal 3 pagi untuk buat semua kerja-kerja rumah yang patut.

Basuh dan steril pam dan botol. Sambil membuat powerpumping, sambil melipat kain baju. 

Baju dan cloth diapers pula akan dibasuh bila dah pukul 5 pagi, sidai setelah pukul 6.30 pagi. Sebab waktu tu orang dah balik masjid jadi agak selamat untuk keluar rumah pada waktu tu. 

Sementara tunggu basuhan siap, Zarith akan masak dulu untuk bekalan Zarith dan Zuyyin.

6. Berehat sebentar 

Zarith tak ambil nap sebab banyak benda nak kena buat. Tapi kalau diikutkan adalah lebih baik kita berehat sebentar pada lunch hour tu.

7. Amalkan Pengambilan Makanan Tambahan

Yang ni memang Zarith tak boleh tinggal. Kalau tak memang lunyai la rasa badan ni. Bangun pagi mesti dimulakan dengan secawan madu suam, diikuti dengan Zinc setengah jam kemudian. Lepas tu baru la boleh buat kerja rumah sikit. Shake pula ESP suam untuk cover kelaparan dan tambah tenaga yang diperlukan.

Supplement ibu menyusu tu dah memang satu kemestian. Zarith tambah juga dengan Vitalea sebagai multivitamin, Vitamin C untuk pastikan Zarith sentiasa sihat dan fit untuk si manja 2 orang ni, B-Complex pula sebagai penambah tenaga dan penenang. 


8. Berdoa kepada Allah

Pergantungan yang tinggi kepada Allah

Yang ni sangatlah penting. Berdoa supaya Allah kurniakan kita kekuatan dan kesihatan untuk terus berkhidmat untuk anak-anak dan suami tersayang. 

Berdoa supaya Allah kurniakan kita kesabaran dan ketabahan dalam melalui semuanya. Berdoa supaya Allah kurniakan kita kelapangan masa untuk buat semua benda.

Rutin ni berulang setiap hari. Dan Alhamdulillah dah biasa dengannya =)

Semoga ibu-ibu diluar sana juga diberi kekuatan yang luar biasa demi anak-anak tercinta! Yang penting jangan stress, nanti susu merajuk =)

21 comments:

  1. Mencabar juga tu. Nak siapkan kerja rumah lagi. Nak luangkan masa untuk anak-anak lagi. Kuatkan semangat ya, Zarith.

    ReplyDelete
  2. dah boleh bayangkan macam mana keadaan akak, mesti penat kan

    ReplyDelete
  3. Bagus tip ni... saya pun PJJ dh nak masuk tahun ke 3..... cuma belum ada anak lagi lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lama betul tu..walaupun blm ada ank tp eny pon mesti byk pengalaman kan =)

      Delete
  4. superb akak :-). Pernah pjj setahun dengan suami ketika baru shja berumah tangga. Komunikasi antara suami isteri antara perkara yang perlu dijaga sepanjang pjj. ada anak-anak sebagai pengubat jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess betul tu Rika, komunikasi no 1 =) Anak-anaklah penghibur jiwa

      Delete
  5. anak sya yg sulong bernama zuyyin.. sya pun duk berjauhan dr suami ... johor- kl. dh 6 taun dah... memang bace story kat atas ni dh sebijik mcm sya n anak lalui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah lamanya Sue.. tabah sungguh. Dah la anak sama nama, nasib pon sama hehe. Chaiyok mummy!

      Delete
  6. mencabar...tp yg penting doa tu mesti sentiasa diselit dlm setiap waktu...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah =) Allah takkan uji hambaNya yang tak mampu kan?

      Delete
  8. chaiyokk zarith. semoga urusan harian dipermudahkan.
    tips no 1 tak terpikir plak sblm ni. good info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..tuhla kak ros bila dah cuba semua benda baru tau yg mana sesuai dengan kita =)

      Delete
  9. hebat la zarith...chaiyok chaiyok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. chaiyokk utk diri sendiri jugak hehe =)

      Delete
  10. Good tips, semoga terus tabah dalam mengharungi perjalanan rumahtangga..singgah malam ke sini BGG :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..tq anajingga. Zarith singgah pagi la..malam xsempat, hehe

      Delete
  11. Syabas di atas kekuatan jiwa anda bkn semua org mampu mengatasi ya...congrat!!

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount