12 May 2014

Merawat Selesema Anak Secara Semulajadi

Assalamualaikum

Merawat Selesema Secara Natural


Setiap kali Zuyyin diserang selesema, mesti saya rasa rimas sebab tengok meleleh je hingus tu. Nampak sungguh tidak sihat dan comot! HUHU.. Maka ibu akan cepat-cepat menjadi 'bomoh' dengan mengeluarkan pelbagai pekakas untuk merawat si anak.

Sebenarnya rawatan selesema ni lebih kurang sama je dengan rawatan batuk. Boleh rujuk post saya tentang rawatan semulajadi batuk di sini

Ini kerana selesema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan terbaik adalah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan sebagainya.

Juga kena berpantang pengambilan gula kerana gula adalah makanan virus dan bakteria yang boleh menyebabkan virus atau bakteria menjadi lebih aktif dan membiak.

Sekiranya anak kita berusia di bawah 2 tahun, TIDAK BOLEH diberi ubat antihistamin. Atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. 

Ubat selesema ni sebenarnya tidak membantu merawat selesema anak kita pon, malah mempunyai banyak kesan sampingan yang buruk.

Kita juga tak perlulah nak request doctor bagi antobiotik sebab seperti yang telah diberitahu pada post sebelum ini, antibiotik hanya membunuh bakteria, bukannya membunuh virus.


Macam mana kita nak tahu sama ada selesema atau batuk tu dari jangkitan virus atau bakteria?


Selesema atau batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan oleh virus, dan jika berwarna kuning tu biasanya disebabkan bakteria berserta demam yang tinggi, susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, kita boleh mengambil probiotik ye.

Tapi sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak juga boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam peparu seperti acute bronchitis dan pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ni, boleh amik antibiotik berserta probiotik.

Susu formula atau susu lembu (selain raw) adalah penyebab utama kahak. Disarankan untuk 1tahun ke atas, bertukar kepada susu kambing. Sekiranya tiada alahan terhadap kekacang boleh bertukar kepada santan kelapa muda atau susu badam. InsyaAllah bila ada kelapangan saya akan kongsikan cara membuat susu badam yang yummy tu =)


Nak tahu bagaimana saya menjadi 'bomoh' setiap kali Zuyyin selesema?

1. Sediakan sup tulang atau bone broth atau sup ayam

Yang ni sesuai untuk anak berusia 8bulan ke atas setelah boleh memakan makanan dari sumber protein contohnya ayam. 

Bila masak tu saya akan rujuk makanan yang dapat hilangkan kahak dan akan letak sebanyak yang boleh dalam periuk tu. kalau boleh rasa nak pakai periuk buat kenduri tu, besar sikit kan, HEHE. 
Makanan yang dapat menghilangkan kahak
Alhamdulillah Zuyyin ni bukan pemilih, makan je apa yang kita bagi. Walaupon sup tu rasa dan bau bawang putih yang sangat kuat, tapi Zuyyin makan je. She's such a good girl. I love you Zuyyin <3 Tapi lepas tu ibu kena tahan la bau peluh dan nafas Zuyyin yang berbau bawang putih (-_-")

2. Extra Virgin Coconut Oil (EVCO)/ Virgin Coconut Oil (VCO)


Antara supplement yang wajib bagi Zuyyin hari-hari adalah EVCO ni. Tapi bila demam, batuk, selesema melanda, dosage dan kekerapan akan ditingkatkan.

EVCO ni saya beli brand Treeminds sejak dulu lagi. Boleh beli di fabulousmom.com. Best sebab boleh pancit-pancit. Bagi Zuyyin itu sangat fun. HEHE. 

EVCO ni bagus sebab ia mengandungi protein untuk menghasilkan sel darah putih (antibodi)

3. Berikan High dosage of Vitamin C


Selalu memang bagi Zuyyin Vitamin C Chew Shaklee tu tapi bila Zuyyin tak sihat ibu akan bagi high dosage punyeee..HEHE.


Ambil 4 biji buah oren tu, buang kulit luar (yang kale putih tu kalau boleh jangan buang sebab kat situ paling tinggi vitamin C die), blend, dan bila dah siap tu campur dengan madu (jangan blend dengan madu sekali sebab blade blender tu kan besi, madu tak boleh dengan metal/besi, harus diingat itu!)

4. Bawang putih



Saya akan buat minyak bawang putih dan sapukan pada kaki, betis, dada dan belakang Zuyyin sebelum tidur. Bila Zuyyin dah tidur pon saya akan kerapkan sapu bahagian tapak kaki dia.


Takpon boleh jugak buat stokin bawang putih. Sila rujuk post saya sebelum ini tentang stokin bawang putih ni di sini.

5. Kunyit



Kunyit hidup pon boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian disapukan di hidung. Tapi disebabkan takut tengok hidung Zuyyin kekuningan dan tak comel, saya menggunakan Dr. Sneeze. 


Bila Zuyyin dah tidur baru saya sapukan kat hidung dengan amount yang sebesar biji kacang hijau.

6. Penawar lain melalui cara mengenal kahak:




Penawar lain yang kita mahu gunakan adalah berdasarkan warna hingus (yang keluar melalui hidung) atau kahak (yang keluar melalui mulut)


Jika jernih tu maksudnya badan sejuk jadi kita boleh merawat dengan makanan panas seperti madu (untuk anak setahun ke atas), buah delima atau habatussauda.

Jika pekat, hijau atau kuning, itu menandakan badan panas jadi kita boleh merawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa, air asam jawa atau kembang semangkuk

Untuk baby boleh buat dalam bilik, tapi untuk 8bulan ke atas lebih elok dalam toilet

Yang ini pon saya dah huraikan dalam post yang lepas. Boleh rujuk disini ye. 

8. Naikkan imun sistem


Jika anak kerap sangat selesema/batuk, perlu cuba naikkan imun sistem badan. Boleh rujuk post saya yang ini

Jika anak sering selsema pada waktu pagi, ia disebabkan alah pada suhu sejuk pagi atau habuk di permukaan tilam atau sekelilingnya (alergi). 

Selsema juga boleh berlaku jika elergi pada makanan yang dimakan. Ini lebih kepada resdung atau sinus. Jadi kita perlu elakkan daripada masalah ini.

Credit: GNRAM 

Ohye rawatan semulajadi ini bukan hanya untuk anak-anak kita je tau, untuk kita yang dah matang (?) ni pon boleh =)


 Semoga bermanfaat!!


11 comments:

  1. lebih mudah bila ada rawatan secara semulajadi ni..sebab memang rimas bila terkena selesema

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhla..kadang-kadang dah makan ubat sebulan pon tak baik-baik..huhu

      Delete
  2. Thanks BG for info...Kita jarang sangat-sangat terkena selsema. tapi kalau kena memang rimaskan..bolehlah aplly tips tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kalau selesema memang rimas. nak-nak kalau sampai bengal kepala tu kan?huhu. Selamat mencuba!

      Delete
  3. tq sis bg tips... anak i selsema.. i baru buat steam utk iman..tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dear.. kerapkan buat steam utk iman ye.. sehari 2-3 kali..

      Delete
  4. Bagus tips2 ni. Ank sy batuk+selsema skang. Nak buat teknik steam nnt.

    ReplyDelete
  5. teknik stim tu dah pernah buat.kunyit tu macam menarik.mudah nk buat

    ReplyDelete

  6. Sebenarnya, punca selsema boleh dibahagikan kepada faktor intrinsik dan ekstinsik.
    Faktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • alahan kepada diet, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi seseorang
    • septum hidung yang bengkok

    Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • infeksi seperti jangkitan influenza
    • perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
    • udara yang kering


    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount