Assalamualaikum
Baby yang baru lahir mesti berkahak. Ada yang kata, biarkan je, nanti kahak tu keluar sendiri dari najis. Dan bila jumpa doctor, beliau akan cakap masa lahir hospital tak sedut lendir sampai habis.
Kita yang jadi ibu ni rasa risau dok dengar baby nafas berbunyi, seolah-olah ada kahak di tekak dan lendir di hidung baby. Try sedut tapi tak keluar pon.
Masa Zuyyin dulu Zarith biarkan je sebab doctor cakap nanti dah besar, kahak/lendir tu hilang sendiri. Tapi Zayra ni Zarith tengok macam sukar bernafas dan tak nyenyak tidur malam dah 2 hari ni.
Masa Zuyyin dulu Zarith biarkan je sebab doctor cakap nanti dah besar, kahak/lendir tu hilang sendiri. Tapi Zayra ni Zarith tengok macam sukar bernafas dan tak nyenyak tidur malam dah 2 hari ni.
Jadi kelmarin Zarith buat keputusan nak buat steam and percussion kat Zayra. Cuak juga sebab baby lagi kan. Kira newborn lagi tu. 46 days old. Fuh.. Zarith buat lepas mandi pagi dan petang, juga sebelum tidur.
Dulu masa Zuyyin, Zarith mula kenal teknik steam and percussion ni masa Zuyyin batuk pada usia 8bulan. Jadi time tu tak la takut sangat.
Alhamdulillah Zayra dapat tidur malam dengan nyenyak sampai ibu yang risau tak bangun menyusu, HUHU
Boleh juga baca artikel Zarith "Cara Merawat Batuk Dan Selesema Anak Secara Semulajadi" di ibuzarith.com
Alhamdulillah Zayra dapat tidur malam dengan nyenyak sampai ibu yang risau tak bangun menyusu, HUHU
Boleh juga baca artikel Zarith "Cara Merawat Batuk Dan Selesema Anak Secara Semulajadi" di ibuzarith.com
Cara Steam dan Percussion
- Okay mula2 Zarith chopped bawang putih. Kemudian masukkan dalam semangkuk air panas. Kira wap bawang putih tu akan masuk ke dalam peparu Zayra dan membunuh virus dan bakteria di situ la.
- Dekatkan kepala baby kepada wap air tersebut tapi tak perlu lah terlalu rapat. Jaga tangan baby jangan smpai terkena air panas. Baby kan tangan suka gerak-gerak
- Kalau nak rasa lagi mujarab, tutupkan kepala anak dengan tuala jadi wap air akan terperangkap dan tidak mudah sejuk. Tapi pastikan ada orang tua masuk sekali dalam tuala tersebut supaya dapat memantau keadaan baby kita. Haritu Mr. Hubby kesayangan yang masuk sekali dalam tuala bersama-sama menghidu wap garlic. Semakin sihat la beliau, HEHE.
- Buat tangan seperti bentuk cup dan tepuk di belakang baby, jangan direct pada tulang belakang. Kalau baby menangis tak mengapa, itu lagi bagus kerana peparu baby akan mengembang dan wap bawang putih dapat masuk secara maximum seterusnya mematikan virus dan bakteria.
- Buat sehingga 10-15minit. Lepas tu anda akan nampak hasilnya. Ulang sehari 2 hingga 3 kali sehari. Selepas beberapa hari tiada lagi kahak dan lendir insyaAllah.
Buat selama 10-15 minit |
Ibu yang menyusukan juga mestilah mengamalkan pemakanan sihat. Makan garlic dan Vitamin C 1000mg sehari untuk meningkatkan imun sistem anak.
Garlic untuk meningkatkan imun sistem anak |
Semoga bermanfaat!
Jom Tonton Video ni =)
nice sharing sis! baby kalau idung tersumbat atau berkahak memang risau kita dibuatnya!
ReplyDeletekan..tuhla
Delete