Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

7 November 2014

7 Cara Hilangkan Sakit Badan Akibat Anak Menyusu Sepanjang Malam

Assalamualaikum

Badan Sakit Sepanjang Tempoh Penyusuan

Ibu menyusukan ni memang banyak cabaran. Selain memastikan bekalan susu mencukupi untuk si manja, ibu-ibu sering mengalami sakit badan selepas bangun tidur akibat anak suka mengempeng. Ngempeng tu bahasa jawa. Dengan kata lainnya menyusu je tak nak cabut, huhu.

Bila sakit badan mula la esoknya rasa tak best, kadang-kadang boleh membawa kepada stress tau. Susu pon merudum. Haih sungguh tak best perasaan tu.

Petua Hilangkan Sakit Badan

  • Berurut

Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah

Berurut dapat merangsang perjalanan darah yang betul. Yang ni saya paling suka, cepat, tuntas dan best! Tapi tak boleh la buat selalu, kang badan manja pulak kan. Bagi siapa yang duduk di Pasir Gudang dan nak dapatkan khidmat tukang urut bertauliah sila la hubungi saya, saya akan bagi contact number.


  • Epsom Salt

Tambahkan Epsom Salt dalam mandian suam

Epsom salt ni diperbuat daripada magnesium sulfate. Magnesium adalah penenang otot secara semulajadi dan sebagai garam, sifatnya adalah menarik fluid belebihan dari tisu, mengurangkan kebengkakan otot.

Masukkan secawan atau dua Epsom Salt ni dalam tub mandi yang berisi air suam. Bukan air panas tau, nanti kering kulit. Berendamlah dalam 15 minit ataupun sehingga air tu sejuk. 

Buat 3 kali seminggu. Tapi cara ini tidak digalakkan untuk penghidap sakit jantung, darah tinggi ataupun diabetes.

  • Apple Cider Vinegar (ACV)

ACV boleh didapati di Jusco dan supermarket yang lain
ACV ni adalah komposisi acidic. Asid yang ada dalam cuka epal ini telah terbukti dapat menenangkan kulit dan otot kita. Selain itu, ACV membekalkan mineral yang sungguh hebat kepada badan dan dapat membantu mengatasi masalah sakit otot dan badan. 

Campurkan 1 atau 2 sudu besar ACV ke dalam segelas air. Atau ada yang lebih hebat minum macam tu je tanpa larutkan dalam air. 

Boleh juga mencampurkan 2 sudu besar ACV, 1 sudu kecil madu, sedikit fresh mint dan 8 ke 10oz air sejuk, dicampurkan dengan sekata dan diminum

  • Blackstrap molasses 

Blackstrap molases ni dihasilkan dari tebu yang ditapis dan mengandungi beberapa jenis mineral seperti Iron, Calcium, Potassium dan Magnesium. Kesemua mineral ini membantu memberi sokongan kepada tulang, otot dan kesihatan joint kita. 


Blackstrap molases yang sungguh berkhasiat

Penggunaan Blackstrap molasses dalam secawan kopi setiap hari boleh mengurangkan sakit otot yang kronik. Ini disebabkan kandungan magnesium yang ada di dalamnya.

Boleh juga mencampurkan blackstrap molases ni dengan ACV:
1/2 cawan ACV
1/4 cawan molasses
1/2 cawan madu
1 1/2 sudu besar halia yang telah dikisar
2 liter air

Campurkan keempat-empat bahan dan blendkan. Bila dah sebati baru campurkan dengan 2 liter air. Sejukkan ataupun boleh dihidang bersama ice.

  • Minyak Kelapa
Minyak kelapa yang sangat banyak khasiatnya

Minyak kelapa ni memang dah sedia maklum akan khasiatnya. Dalam kes kita ibu menyusukan yang sakit badan ni, minyak kelapa membantu penyerapan minerals dan nutrien lain ke dalam badan kita. Minyak kelapa juga mengelakkan kekejangan, keletihan pada otot dan masalah lain. 

  • Berehat
Rehat yang secukupnya

Kadangkala, perkara yang terbaik adalah, tak perlu buat apa-apa. Rest! Sekiranya kita boleh berehat beberapa hari dari membuat kerja-kerja, ini yang paling heaven sekali. Tapi kalau takde masa, ok, boleh cuba beberapa cara di atas tadi =)

  • Ostematrix
Ostematrix rakan baik saya

Pengambilan Ostematrix yang ada dalam Set Penyusuan Shaklee memang sangat membantu. Sepanjang tempoh menyusukan Zuyyin dan sekarang disambung dengan Zayra memang tak pernah tinggal. Alhamdulillah memang sangat best bila bangun pagi.

Selain kandungan Kalsium yang ada di dalam Ostematrix ni, ia juga dilengkapi dengan Vitamin D dan juga Magnesium yang membantu penyerapan optimum kalsium ke dalam tulang. Magnesium, seperti yang kita tahu sangat penting dalam membaik pulih otot kita yang kekejangan dan keletihan.

Alhamdulillah perkongsian seorang customer =)

Jadi ibu-ibu boleh la cuba petua di atas. Nak share pengalaman ke nak dapatkan Ostematrix boleh hubungi saya =)


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028


30 October 2014

15 Rahsia Multivitamin Dan Multimineral Yang Tidak Kita Ketahui


Assalamualaikum

Multimineral dan Multivitamin

Multivitamin dan multimineral
  1. Dapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri dengan selenium, silica, zinc, copper, Omega 3 fatty acids dan Vitamin A, B, C, E dan K.
  2. Dapatkan mata yang sihat dan cantik dengan Vitamin A, C, E dan lutein.
  3. Sekiranya berasa letih tidak bermaya, Vitamin B akan meningkatkan tenaga
  4. Vitamin C dan Selenium adalah antioksidan yang tinggi untuk meningkatkan imun sistem dan daya tahan badan
  5. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 3000mg Vitamin C sebelum melakukan kerja yang stressful akan membantu blood pressure dan cortisol untuk kembali kepada keadaan normal dengan lebih cepat
  6. Adakah anda tahu bahawa kalsium amat membantu dalam keadaan stress? Calcium mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan rasa cemas dan memperbaiki mood swing akibat PMS
  7. Untuk tulang yang kuat dan sihat, carilah calcium yang mengandungi Vitamin D serta mineral yang membantu penyerapan Kalsium iaitu manganese, copper, magnesium dan zinc
  8. Keletihan, pening, meragam, pucat, nafas yang tersekat-sekat dan bermasalah untuk focus adalah simptom anemia. Pastikan multivitamin dan multimineral yang anda ambil mengandungi iron untuk membantu pembentukan sel darah merah
  9. Magnesium dan Vitamin D membantu mengekalkan otot dan fungsi saraf yang sihat.
  10. Sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan secara berterusan, badan akan kekurangan magnesium yang akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan
  11. Zinc adalah mineral asas untuk imun sistem dan tumbesaran
  12. Orang yang mengamalkan diet yang ketat dan juga warga yang lebih berusia mempunyai risiko kekurangan zink. Mereka ini akan mengalami kehilangan rambut, hilang selera makan, cirit-birit dan sebagainya
  13. Untuk penyerapan nutrisi secara optimum, ambil oil-based supplement selepas makan dan water-based supplement sebelum makan. 
  14. Pastikan botol ditutup dengan ketat untuk mengelakkan multivitamin dan multimineral tadi teroksida, dan simpan di kawasan yang jauh dari sumber cahaya matahari dan kepanasan
  15. Selalu ingat bahawa supplement bukanlah pengganti makanan. Ia adalah makanan tambahan. Ambil sekali dengan makanan yang sihat dan seimbang.
Semoga bermanfaat! =)

24 August 2014

Tips Tidak Sembelit Dan Sakit Badan Semasa Pantang - Ostematrix!

Assalamualaikum

Hari ni hari ke 46 baby Zayra lahir. Alhamdulillah kami berdua sihat walafiat. Nasib baik habis berpantang masih raya lagi. Jadi boleh la teruskan misi beraya sakan, HEHE.

Okay nak cerita sikit tentang tempoh berpantang yang dirasakan sungguh cepat berlalu ni. Saya memang mengambil Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah memang serasi. Badan segar, susu cukup untuk kedua-dua puteri.
Detik yang tidak dapat dilupakan apabila mencium bau baby
Vitamin favourite saya dalam set ini adalah Ostematrix. Ini memang tak boleh tinggal. Pernah sehari saya terlupa nak makan akibat kesibukan melampau sebagai ibu yang baru ada 2 orang anak ni. 

Natijahnya, esoknya bangun pagi badan memang sakit-sakit dan yang paling mengerikan, sembelit! Adui..Mesti ibu yang baru lepas melahirkan tahu betapa siksanya kalau sembelit semasa dalam pantang. Scary!

Lepas tu memang pasang alarm. Yang paling menggembirakan saya, setiap malam sebelum tidur, puteri solehah saya, Zuyyin pasti akan ingatkan, "bu, dah makan vitamin lom?" 

Zuyyin juga yang akan suapkan saya 4 biji Ostematrix yang bersamaan dengan 1000mg Kalsium yang diperlukan oleh ibu yang breastfeed dua orang puteri solehah ini. 

Yup, saya masih susukan Zuyyin yang baru berusia 2tahun 2bulan. Tandem Nursing la katakan. It's not easy but it's not as hard as you think =) I enjoy every moment very much.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur bila badan sangat sesuai dengan Ostematrix. Setiap hari badan saya memang akan sakit-sakit menjelang waktu malam akibat telah digunakan dengan sepenuhnya pada waktu siang.
Ostematrix kesayangan saya
In fact semasa pregnant yang second ni pon tidak boleh tinggal. Saya ambil Set Ibu Hamil Shaklee yang mana masa mengandungkan anak yang first, Zuyyin, saya tak kenal lagi set ni. Waktu tu hanya ambil Calcium yang Klinik Kesihatan (KK) bekalkan sahaja. 

Time tu memang tiap malam kaki cramp. Terpaksa kejut Mr. Hubby urutkan kaki, walaupon sehari dah minum 2 cawan susu ditambah pula dengan calcium yang KK bagi. Kesian Mr. Hubby, setiap malam tidur terganggu.

Hamil kali ni memang berbeza. Selain lebih bertenaga, apa yang saya perasan, walaupon seringkali ter'missed' minum susu anmum materna sebab tak berapa lalu nak minum, saya tidak cramp seperti dulu. 

Alhamdulillah syukur. Saya dan Mr. Hubby dapat berehat, tidur lebih nyenyak lepas penat bekerja seharian.

Ada yang kata lebih elok kalau mengambil susu segar. Itu tidak saya nafikan. Namun, akibat kekangan masa, susu segar ke susu tepung ke memang tak terbuat, tak terminum. Lagipun tidak semua susu mengandungi tambahan mineral magnesium.

Ostematrix yang saya makan ni mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dan membantu mengikat kalsium pada tulang secara maximum. 


Vitamin D dan Magnesium membantu penyerapan Calcium
Tanpa 2 bahan asas ini, pengambilan Kalsium sebanyak mana pun, tidak akan mendatangkan kesan, malah akan mengundang bahaya kepada buah pinggang dan jantung.

Dengan berbekalkan semangat, azam, usaha dan doa serta Ostematrix sebagai pembantu, semoga impian saya untuk menyusukan Zayra sehingga 2 tahun tercapai. Doakan semoga misi penyusuan saya ini berjaya!

#shakleeeffectoog bersama blog www.anakkuwiraku.com

1 May 2014

Baby Lahir Sihat dan Cantik Dengan Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum

Masa hamil macam-macam yang kita alami kan? Setiap kehamilan kita akan alami pengalaman yang berbeza. Sama juga dengan seorang pengguna Shaklee ni. Alhamdulillah Set Hamil Shaklee membantu. Jom tengok Testimoni ni




Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

16 April 2014

Penyerapan Kalsium Berhenti Pada Usia 28 Tahun?

Assalamualaikum

Ingat lagi dulu belajar masa form 5 cikgu Biologi cakap "Baik korang makan kalsium banyak-banyak sekarang sebab nanti lepas 28 tahun tulang dah tak serap kalsium". 



Maka sebagai seorang murid yang tidak mahu durhaka terhadap cikgu pon telefon ibu di rumah dan menyampaikan berita itu (Time tu dok jauh di asrama, bukan lari rumah takmo balik ke ape =p)

Dengan nada terkejut ibu pon cakap " Eh abistu yang iklan Anlene tu macam mane pulak?" Haaa terus terdiam anak murid patuh ni.. Ye tak ye gak kan? Siap ade penemuan penciptaan penyerapan maximum secara Nano la bagai

Maka saya pon biarkan soalan itu berlalu pergi mengikut peredaran masa. Sampai la tahu pasal Ostematrix Shaklee ni.

Sebenarnya Jisim Tulang berkembang pada tahap maxima semasa kita berusia 28 Tahun. Dan selepas usia 40 Tahun, kepadatan tulang mula menurun dengan cepat, especially bagi kaum hawa.

Dengan pengambilan Supplemen kalsium, telah terbukti secara klinikal bahawa ia akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan berkesan.

Objektif pengambilan kalsium semasa muda adalah untuk membina tulang dan objektif semasa sudah berusia adalah untuk menghalang kehilangan tulang

Apa Beza Ostematrix Shaklee dengan Vitamin Kalsium lain?


  • Ostematrix merupakan kalsium yang isinya paling seimbang dengan memastikan kadar penyerapan sebanyak 99%.
  • Formulanya unik. Di buat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi Kalsium, magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganase dan boron.
  • Nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan Kalsium oleh tubuh dan menghalang enapan sesetengah mineral. Banyak artikel yang pernah saya baca tentang enapan kalsium di dalam jantung yang menyebabkan sakit jantung, serta enapan di pundi kencing yang menyebabkan batu karang, akibat tiada agen penyerap kalsium apabila mengambil supplement. 

Apakah Manfaat Utama Pengambilan Ostematrix Shaklee ini?
  • Menguatkan Tulang
    • Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
    • Pengambilan 600mg Kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan atrtitis
  • Meringankan stress
    • Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, mood swing, sakit kepala dan pitam
  • Memperbaiki masalah Haid
    • Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg Kalsium dan Magnesium serentak meringankan sakit di waktu haid dan membantu membuang air kecil
  • Pengalkalian tubuh
    • Kalsium adalah mineral bersifat alkali, ianya berkesan memastikan imbangan mineral tubuh. Ia juga menghalang obesiti di peringkat tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik


Apakah Fungsi Magnesium?
  • Ini adalah ion positif no. 2 dapenting dalam tubuh kita (ni dulu belajar dalam kelas chemistry mase sekolah,hehe) 
  • Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.
  • Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilakan denyutan tidak sekata pesakit jantung 
  • Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang enapan kalsium, melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mengalami masalah fluktuasi glukos. 
Apakah fungsi Vitamin D?
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. 
  • Vegetarian, yang kurang terdedah kepada cahaya matahari semasa musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dam kanak-kanak perlu mengambil supplemen Vitamin D ini
Apakah pula fungsi Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum?
  • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot,menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis
Bagaimanakah cara untuk memilih kalsium Premium?
  • Pilih Produk yang ada Vitamin D dan Magnesium
  • Elakkan Produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Sekarang dah jelas kan? hehe..Lepas dah tau pasal kalsium ni, boleh la bagitau ibu hal sebenarnya. Yeah, she's right. Calcium absorption don't stop at the age of 28 Years old =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat

12 April 2014

Tips Pemakanan Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum

Pemakanan sihat

Kehamilan merupakan saat mendebarkan dan kadangkala sampai pening kepala apabila orang sekeliling memberikan pelbagai nasihat, terutama nasihat dalam bidang pemakanan.

Ada yang kata makanan itu tak boleh makan, makanan ini tak boleh makan, tapi bila kita amati, makanan tersebut yang mempunyai khasiat yang paling tinggi. Jadi disini ada saya ambil satu artikel mengenai PEMAKANAN SEPANJANG KEHAMILAN



Folat



Folat adalah vitamin B yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi yang sihat tiub neural dan korda spina bayi. Ibu hamil memerlukan pengambilan folat yang banyak semasa hamil, tetapi keperluan terbaiknya ialah sebulan sebelum konsepsi dan dalam trimester pertama.


Keperluan seperti ini boleh didapati dari : Sayuran berdaun, avokado, roti gandum tulen, sarapan bijirin, ekstrak yis, oren dan kekacang seperti badam, kacang hazel dan kacang tanah.

Untuk masa yang memerlukan, ambillah makanan tambahan untuk membantu anda mendapat khasiat maksimum dari diet anda. 

Apabila memilih supplement anda, pilihlah yang mengandungi sekurang-kurangnya 500 mikrogram asid folic.

Makanan bersih



Listeriosis ialah sejenis penyakit yang boleh dijangkiti daripada makanan yang biasa kita makan. Ia menunjukkan beberapa simptom terhadap orang sihat tetapi bagi ibu hamil, ia boleh mengakibatkan keguguran dan beberapa penyakit serius terhadap bayi. 


Risiko infeksi ini boleh dikurangkan dengan amalan kerbersihan yang baik di rumah, berjaga-jaga ketika makan di luar dan elakkan makanan yang mengandungi risiko yang tinggi (contohnya: makanan deli yang sedia dimakan, ayam sejuk yang sedia dimakan, sayuran atau buah-buahan yang belum dibasuh)

Aiskrim dan juga makanan laut mentah, disalai atau yang sedia dimakan - termasuklah sushi makanan laut. 

Sentiasa memilih alternatif seperti masakan di rumah seperti ayam dan daging yang sejuk. Salad yang dibasuh dengan bersih dan disediakan di rumah.

Omega-3



Rantaian pajang asid lemak Omega-3 adalah amat penting untuk perkembangan otak bayi, mata dan tisu saraf jadi cubalah untuk mengambil makanan yang mengandungi asid lemak ini.


Makanan lain yang perlu dipertimbangkan ialah daging mentah, makanan yang penuh dengan omega seperti telur, roti dan susu.

Banyakkan Serat



Lebihan hormon yang dikeluarkan semasa hamil menjejaskan usus, oleh itu buasir adalah biasa. Pastikan pengambilan serat dan cecair adalah tinggi untuk mengelakkan masalah ini. 


Makanan terbaik untuk pengambilan yang kerap ialah makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti bijirin dan roti bijirin tulen. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran juga akan membantu.


Perkembangan tumbesaran bayi anda memerlukan pembekalan darah, ini bermakna anda memerlukan lebih zat besi daripada biasa.

Makanan harian yang kaya dengan zat besi mengawal paras tenaga anda dan membentuk penyimpanan zat besi bayi anda. Daging adalah sumber terbaik untuk membekalkan zat besi. 

Sementara itu anda juga boleh mendapatkan sumber dari ayam dan ikan. Zat besi dari sumber tumbuh-tumbuhan adalah sangat kurang menyerap, sekiranya anda adalah seorang vegetarian, anda patut menimbangkan untuk mengambil supplement zat besi.

Anda harus memastikan anda mendapat bekalan kalsium 1000mg sehari seperti yang disyorkan untuk menguatkan tulang anda. Tiga hidangan yang rendah lemak akan mencukupi untuk kalsium yang anda dan bayi perlukan.

Iodin


Kajian menunjukkan yang paras iodin kanak-kanak semakin mengurang. Oleh itu lindungi perkembangan bayi anda dan perkembangannya dengan mengambil iodin tambahan yang diperlukannya. 

Makan makanan yang tinggi iodin seperti tenusu, makanan laut, rumpai laut, dan garam yang diletak iodin. Sebagai alternatif, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat tahu supplement yang perlu anda ambil

Credit : Pa&Ma

Jangan lupa mengambil Set Hamil Shaklee yang lengkap, untuk mengurangkan simptom kaki cramp, sembelit, kulit ada stretchmark dan membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Set Hamil Shaklee ini juga adalah sebagai persediaan untuk si ibu menyusukan anak sepenuhnya selepas kelahiran nanti, InsyaAllah =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

Nak Beli Sendiri? Boleh Klik Pada Link Di bawah ni yea:

14 February 2014

Tips Naikkan HB Semasa Hamil

Assalamualaikum

Iron ataupon dengan kata lainnya zat besi adalah sangat penting terutama kepada ibu hamil. Pernah tak kena marah dengan nurse ke doctor ke kalo pegi klinik kesihatan buat check-up, time tu HB Low?


Doktor akan memeriksa HB ibu hamil
Lepas tu akan dapat vitamin kale coklat kan? Vitamin tu pulak kalo makan terlebih dos abis la esoknya bertapa la dalam toilet, sembelit, hehe.. 

Pengalaman yang memang boleh dikatakan majority preggy mommies akan dapat. Golongan bapa memang rugi la sebab tak dapat merasakannye. (Eh, rugi ke?)

Iron ni membantu baby untuk membentuk sel darah merah. Sekiranya si ibu tidak mempunyai bekalan iron yang cukup, itu boleh membawa kepada anemia. Bahaya tau. 

Cara Nak Naikkan HB Kita Semasa Hamil

Kita boleh dapatkan iron dari sumber semulajadi seperti di atas
1. Makan sayur bayam
2. Makan pisang
3. Makan ikan
4. Makan lentils
5. Makan red meat
6. Makan Kurma

Kadang-kadang kita berasa pelik, apesal la aku dah makan makanan high in iron tapi still hb low. Tahu tak kenapa? Dah check tak diet anda? 

Tea and coffee membuatkan zat iron ini susah nak diserap oleh badan. So kalau anda penggemar minuman ini, boleh la mula berpuasa sebentar bersama kit kat =p

Okay, kalau dah cut tea and coffee intake, bagus! Sekarang mari kita lebihkan makan makanan yang mengandungi Vitamin C. Aih, dah kenapa pulak ni kan? Sebenarnya Vitamin C membantu badan kita menyerap iron dalam diet seharian kita ;)

Bagaimana Supplement Shaklee Dapat membantu?



1. Vitalea with Iron Formula - Selain membekalkan multivitamin dan multimineral, ia juga sumber iron terbaik yang mudah untuk didapati.
2. Vitamin C - Membantu penyerapan iron di dalam diet seharian kita.
3. Ostematrix - Selain membekalkan calcium, Ostematrix juga melawaskan pembuangan air besar ;)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028


Jom Tonton Video ni:





28 January 2014

Tekanan Darah Rendah boleh membawa maut???

Assalamualaikum,

Ramai yang tak berapa tau yang tekanan darah rendah ni sebenarnya lagi bahaya dari tekanan darah tinggi. Boleh jadi silent killer tau. Istilah perubatan untuk tekanan darah rendah ni adalah HYPOTENSION (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gejala.

Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat)


Punca Tekanan Darah Rendah

Antara punca tekanan darah rendah tidak berapa jelas tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut:-
  1. Kehamilan
  2. Masalah hormon seperti tiroid, kecing manis atau gula darah yang rendah
  3. Kegagalan jantung
  4. Kekurangan volum/ kandungan darah dalam badan
  5. Dehidrasi
  6. Kurang zat terutama acid folic dan B12
  7. Pelebaran Pembuluh darah

Saranan Shaklee untuk darah rendah ni:

  1. Vitalea - multimineral dan multivitamin untuk seimbangkan nutrien dalam badan
  2. Bcomplex - menambah tenaga dan kurangkan stress
  3. Ostematrix - penting untuk pengawalan tekanan darah
  4. ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
  5. Performance Drink - mengekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
  6. Meal Shakes - untuk yang prefer untuk mendapatkan multimineral dan multivitamin dalam bentuk minuman

Tips mengatasi tekanan darah rendah:

  1. Lakukan senaman sekurang2nya 3 kali seminggu. Amalkan gaya hidup sihat
  2. Minum lebih banyak air terutamanya pada cuaca panas.
  3. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (contohnya dari posisi baring nak berdiri, mengiring dan duduk lah terlebih dahulu)
  4. Tidur dalam posisi kepala lebih tinggi sedikit dari badan 
Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028



21 January 2014

Set Sendi Dan Tulang Rakan Baik Ibu Saya

Assalamualaikum

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang anak apabila dapat melihat ibubapanya sihat walafiat dan gembira. Ibu baru je nak masuk botol ke 3 Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

Alhamdulilllah sakit lutut dan sendi jari ibu dah tiada! Syukur. Selama ni memang ibu makan OSTEMATRIX dan OMEGA. Jadi gabungan 3 sekawan ini memang lengkap untuk sendi-sendi ibu.

Yang penting makan secara consistent dan banyakkan minum plain water, InsyaAllah.. Bersyukur sebab dapat membantu ibu meringankan sakit yang dah lama dah ibu tahan..huhu

Ok mari tengok kenapa gabungan 3 Vitamins ni menghasilkan kesan yang hebat



Mengekalkan Tulang Rawan yang sihat


Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dengan 3 cara:
  1. Menyokong keselesaaan sendi
  2. Memelihara tisu penyambung yang sihat
  3. meningkatkan kesan cushioning
Mengurangkan Inflamasi

Omega Guard adalah Omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. 

Omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama Glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil Glukosamina sahaja.

Mengekalkan sel tulang yang sihat dan kuat

Ostematrix adalah sumber kalsium yang sangat penting untuk tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengikat kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai yang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Ini akan mendorong kepada penyakit2 berbahaya seperti sakit jantung dan batu karang kerana kalsium ini tidak diserap tetapi termendap ke dalam organ-organ penting. 

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala Osteoarthritis.

Ayah pulak bagi makan VIVIX untuk GOUT. Senang, tak payah makan banyak benda. Will update later, insyaAllah =)

Ok sape nak hadiahkan untuk parents..Bole Roger 2..


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

Anda juga boleh terus membeli dengan klik link di bawah ini



13 December 2013

Buasir Oh Buasir

Assalamualaikum.

Sekarang ramai juga yang mengadu kena buasir. Tak selesa dan sebagainya. Bila dah bertambah teruk, ada yang sampai kena 'potong'. Adui, takut jugak mendengarnya...


Jom cuba rawatan alternatif ni. Err bukan bomoh tapi mengamalkan pemakanan makanan tambahan/ supplement =)



Omega Guard, Zinc Complex dengan Ostematrix adalah penawarnya, InsyaAllah...

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

26 August 2013

Senyuman menawan qalbu :)

Assalamualaikum,

Malu tak kalau bangun pagi tak gosok gigi terus berkomunikasi dengan orang lain? Mesti malu kan? Sebab apa malu? Nanti orang cakap kte ni pengotor tak tahu jaga kebersihan gigi. Yes, it's true. Penjagaan gigi berkait rapat dengan kebersihan dan penampilan diri. 

Maka rajin-rajin la gosok gigi 2kali sehari, mem'flos' gigi sekurang-kurangnya sekali sehari :) Tak payah la hari2 mak kita ingatkan. Kebersihan kita tanggungjawab kita. Kalo gigi dah sakit nak buat apa pon tak boley =D

Oh ye,kurangkan makan makanan manis, jangan mengambil makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk, nanti gigi depress.. Last but not least, jangan lupa makan ostematrix sebelum tido ,untuk menguatkan lagi gigi anda :) 


More infos di sini

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
Dapatkan Harga Menarik Hanya Di Butik GebuGebu
Your Independant Distributor ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount