Hari ni hari ke 46 baby Zayra lahir. Alhamdulillah kami berdua sihat walafiat. Nasib baik habis berpantang masih raya lagi. Jadi boleh la teruskan misi beraya sakan, HEHE.
Okay nak cerita sikit tentang tempoh berpantang yang dirasakan sungguh cepat berlalu ni. Saya memang mengambil Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah memang serasi. Badan segar, susu cukup untuk kedua-dua puteri.
Detik yang tidak dapat dilupakan apabila mencium bau baby |
Natijahnya, esoknya bangun pagi badan memang sakit-sakit dan yang paling mengerikan, sembelit! Adui..Mesti ibu yang baru lepas melahirkan tahu betapa siksanya kalau sembelit semasa dalam pantang. Scary!
Lepas tu memang pasang alarm. Yang paling menggembirakan saya, setiap malam sebelum tidur, puteri solehah saya, Zuyyin pasti akan ingatkan, "bu, dah makan vitamin lom?"
Zuyyin juga yang akan suapkan saya 4 biji Ostematrix yang bersamaan dengan 1000mg Kalsium yang diperlukan oleh ibu yang breastfeed dua orang puteri solehah ini.
Yup, saya masih susukan Zuyyin yang baru berusia 2tahun 2bulan. Tandem Nursing la katakan. It's not easy but it's not as hard as you think =) I enjoy every moment very much.
Alhamdulillah saya sangat bersyukur bila badan sangat sesuai dengan Ostematrix. Setiap hari badan saya memang akan sakit-sakit menjelang waktu malam akibat telah digunakan dengan sepenuhnya pada waktu siang.
Ostematrix kesayangan saya |
Time tu memang tiap malam kaki cramp. Terpaksa kejut Mr. Hubby urutkan kaki, walaupon sehari dah minum 2 cawan susu ditambah pula dengan calcium yang KK bagi. Kesian Mr. Hubby, setiap malam tidur terganggu.
Hamil kali ni memang berbeza. Selain lebih bertenaga, apa yang saya perasan, walaupon seringkali ter'missed' minum susu anmum materna sebab tak berapa lalu nak minum, saya tidak cramp seperti dulu.
Alhamdulillah syukur. Saya dan Mr. Hubby dapat berehat, tidur lebih nyenyak lepas penat bekerja seharian.
Ada yang kata lebih elok kalau mengambil susu segar. Itu tidak saya nafikan. Namun, akibat kekangan masa, susu segar ke susu tepung ke memang tak terbuat, tak terminum. Lagipun tidak semua susu mengandungi tambahan mineral magnesium.
Ostematrix yang saya makan ni mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dan membantu mengikat kalsium pada tulang secara maximum.
Vitamin D dan Magnesium membantu penyerapan Calcium |
Dengan berbekalkan semangat, azam, usaha dan doa serta Ostematrix sebagai pembantu, semoga impian saya untuk menyusukan Zayra sehingga 2 tahun tercapai. Doakan semoga misi penyusuan saya ini berjaya!
#shakleeeffectoog bersama blog www.anakkuwiraku.com
0 comments:
Post a Comment