Showing posts with label Vitamin E Complex. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E Complex. Show all posts

16 December 2014

Nak Cantik Dan Gebu Tanpa Make Up? Ini Masanya!

Assalamualaikum

Kulit Berseri Idaman Semua

December dah sampai setengah bulan baru terhegeh-hegeh nak buat entri tentang promosi bulan ni yang sangat menarik. Sebab apa? Sebab Zarith nak kelihatan cantik dan gebu sorang-sorang maka tak mau berkongsi dengan orang lain. (Apakah?)



Okay kesayangan semua, rasanya dah ramai yang sedia maklum tentang Bulan December, Bulan Kecantikan. 

Bulan December ni Promosi berganda-ganda. Buy 6 Free 1 selalunya hanya ada satu sets of vitamin je, namun bulan ni Shaklee bermurah hati nak bagi 2 produk


Apakah Promosi Buy 6 FREE 1 December 2014?


  1. Vitamin C
  2. Vitamin E

Bukan itu sahaja, siapa yang tak nak berkongsi dengan kawan-kawan atau sedara mara, nak beli untuk diri sendiri je, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan 5% off.


Tiba-tiba pada pertengahan bulan December Shaklee buat semua Distributornya terkejut dengan satu lagi promosi iaitu Buy 3 FREE 1 Collagen Powder. 


Dan kami mendapat perkhabaran bahawa Collagen Powder ini akan "lenyap" selama SETAHUN. Kejadian yang pernah berlaku kepada Vitamin C pada tahun lepas. Habis la semua distributor pon kering kontang waktu tu.

Okay harga yang anda lihat ni semua adalah harga pasaran. Nampak mahal? Jom jadi ahli. Seumur hidup tau. Harga? Tentulah potongan sehingga 35%!

Jom tengok Video yang menarik ni


Zarith dah simpan stok untuk diri sendiri. Anda pula bagaimana? Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkannya sekarang!! 

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

30 October 2014

15 Rahsia Multivitamin Dan Multimineral Yang Tidak Kita Ketahui


Assalamualaikum

Multimineral dan Multivitamin

Multivitamin dan multimineral
  1. Dapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri dengan selenium, silica, zinc, copper, Omega 3 fatty acids dan Vitamin A, B, C, E dan K.
  2. Dapatkan mata yang sihat dan cantik dengan Vitamin A, C, E dan lutein.
  3. Sekiranya berasa letih tidak bermaya, Vitamin B akan meningkatkan tenaga
  4. Vitamin C dan Selenium adalah antioksidan yang tinggi untuk meningkatkan imun sistem dan daya tahan badan
  5. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 3000mg Vitamin C sebelum melakukan kerja yang stressful akan membantu blood pressure dan cortisol untuk kembali kepada keadaan normal dengan lebih cepat
  6. Adakah anda tahu bahawa kalsium amat membantu dalam keadaan stress? Calcium mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan rasa cemas dan memperbaiki mood swing akibat PMS
  7. Untuk tulang yang kuat dan sihat, carilah calcium yang mengandungi Vitamin D serta mineral yang membantu penyerapan Kalsium iaitu manganese, copper, magnesium dan zinc
  8. Keletihan, pening, meragam, pucat, nafas yang tersekat-sekat dan bermasalah untuk focus adalah simptom anemia. Pastikan multivitamin dan multimineral yang anda ambil mengandungi iron untuk membantu pembentukan sel darah merah
  9. Magnesium dan Vitamin D membantu mengekalkan otot dan fungsi saraf yang sihat.
  10. Sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan secara berterusan, badan akan kekurangan magnesium yang akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan
  11. Zinc adalah mineral asas untuk imun sistem dan tumbesaran
  12. Orang yang mengamalkan diet yang ketat dan juga warga yang lebih berusia mempunyai risiko kekurangan zink. Mereka ini akan mengalami kehilangan rambut, hilang selera makan, cirit-birit dan sebagainya
  13. Untuk penyerapan nutrisi secara optimum, ambil oil-based supplement selepas makan dan water-based supplement sebelum makan. 
  14. Pastikan botol ditutup dengan ketat untuk mengelakkan multivitamin dan multimineral tadi teroksida, dan simpan di kawasan yang jauh dari sumber cahaya matahari dan kepanasan
  15. Selalu ingat bahawa supplement bukanlah pengganti makanan. Ia adalah makanan tambahan. Ambil sekali dengan makanan yang sihat dan seimbang.
Semoga bermanfaat! =)

28 August 2014

Muka Bebas Jerawat Dengan Set Kulit Cantik Shaklee

Assalamualaikum

Dengan Set Kulit Cantik Shaklee kulit jadi cantik dan bersih. Yang penting, pengambilan vitamin hendaklah secara konsisten dan teratur. 

Vitamin bukanlah ubat yang dapat memberikan kesan serta merta, tapi ia adalah pelengkap kepada gizi harian kita 

Ok tak perlu sembang banyak, jom tengok testimoni seorang pengguna Set Kulit Cantik Shaklee ni 


Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkannya sekarang! PM/Whatsapp je Zarith 013-7510028

10 June 2014

8 Tips Untuk Terus Katakan Bye-Bye Jerawat Batu!

Assalamualaikum

Jerawat batu memang menyakitkan. Bukan sahaja kulit muka, malah menyakitkan jiwa. HUHU. Habis cacat penampilan =p



Tapi nak buat macam mana, sebagai seorang wanita sejati, sebulan sekali mesti miss P menjelma, dan setiap kali itulah encik jerawat akan menampakkan dirinya *sigh* Kalau yang kecik tu takpe la juga kan? Kalau dah sebesar alam, warna kemerahan pula, macam mana nak sorok? Concealer habis pon belum tentu dapat cover. HUHU


Jom tengok apakah Rawatan Semulajadi untuk Jerawat ni:

Untuk melakukan rawatan ni, tak perlu lah nak sapu satu muka, memadai sapu affected area je. Juga tak perlulah nak sapu setiap 2jam ke apa, memadai sehari 2 kali. Bersederhanalah dalam setiap perkara =)
  • Gunakan Lavender essential oil. Jangan sekali-kali gunakan essential oil yang belum dicairkan ke seluruh muka, cuma ambil one drop dan letak pada jerawat batu itu!
Lavender Essential Oil 
  • Sapukan satu lapisan Apple Cider Vinegar (ACV) yang tidak di cairkan pada jerawat dan biakan. Tidak perlu bilas. lakukan setiap hari, okay?
Apple Cider Vinegar
  • Sapukan satu lapisan lemon pada jerawat. Ha.. kan dah kata lemon ni sangat banyak rahsia yang kita tak tahu kan? Boleh baca enrty saya yang ini. Kalau nak sapu lemon dimuka tu pastikan anda tak keluar rumah ye. Sebab lemon ni akan menyebabkan kulit kita photosensitif (maksudnya cahaya matahari boleh menyebabkan sedikit kecederaan pada kulit yang berlemon) Jadi rawatan paling selamat adalah pada waktu malam.
Lemon
  • Mustard bukan sahaja mengandungi salisilic asid yang yang terkenal dalam merawat jerawat, malah ia juga mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, Omega-3, Omega-6 and Zinc yang sangat mujarab untuk merawat jerawat. Tambahkan 1/8 sudu besar serbuk mustard kepada 1sudu besar madu dan kacau sebati. sapukan pada jerawat. Bilas selepas 15minit
Mustard
  • Suka minum green tea? Cuba kali ni tak payah minum tapi jadikan ia ais! Jadikan ice cube dan gosokkan pada jerawat untuk beberapa minit. Ini akan mengurangkan keradangan dan bertindak sebagai anti bakteria!
Green Tea ice cube
  • Tomato! Kegemaranku =) Ia terkenal dengan sifat anti-oksidan yang tinggi. Fresh tomato juice ni letakkan sedikit di kawasan yang berjerawat tu sehari dua kali. Walaupon tomato ni boleh diletakkan pada satu muka, tapi adalah lebih baik letak di kawasan untuk dirawat sahaja sebab ia pon boleh menyebabkan kekeringan pada kulit bila di gunakan selalu. Untuk sapuan ke seluruh muka, boleh lakukan seminggu dua kali.
    Tomato
  • Mask telur putih adalah yang paling mudah. Lepas dah pecahkan telur untuk memasak tu, bolehlah calitkan sedikit saki baki dalam kulit telur tu ke seluruh muka. Anda akan dapat rasakan seolah-olah kulit muka anda menegang. Nak Kesan lebih effektif, sapukan lemon pada jerawat, lepas tu cover dengan telur putih ni
Telur Putih
  • Since bawang putih adalah antibakteria, ia juga adalah sangat berkesan dalam merawat jerawat ni. Sapukan je jus bawang putih yang dah di chopped pada jerawat ni dan tengok la hasilnya =)
Bawang Putih

Selain itu SET JERAWAT BATU SHAKLEE juga boleh membantu. 

Jom kita tengok apakah yang ada dalam SET JERAWAT BATU Shaklee ni



  • GLA Complex
    • Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
    • Membantu mencairkan sebum yang berminyak
    • Mengurangkan rongga dari tersumbat
    • Mengurangkan gatal dan inflamasi
    • Menggalakkan kulit sihat
  • Vitamin C Sustained Release
    • Meningkatkan Imun Sistem
    • Membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
    • Melindungi kulit dan mempertingkatkan pemulihan
    • Penting untuk kolagen dan tisu penghubung
  • Vitamin E Complex
    • Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
    • Memudarkan parut jerawat
    • Anti-penuaan terbaik
    • Membekalkan oksigen dan meningkatkan pemulihan
    • Mengurangkan bintik penuaan
  • Vitamin B Complex
    • Memperbaiki peredaran darah dan meratakan warna tona kulit pada wajah
    • Tidak timbul lagi masalah kulit bertompok-tompok
Nak cuba? Jangan segan dan malu. Jom dapatkan SET JERAWAT BATU Shaklee ni sekarang!

Lepas ni cantik berseri-seri la wajah kita yek...


Kulit mulus idaman semua

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028



21 May 2014

PCOS Dan Diet Yang Sihat

Assalamualaikum.

Pernah dengar tentang PCOS? Ia adalah penyakit yang dihidapi oleh 5-7.5% wanita. Yang selalu kita dengar hanyalah Cyst, Fibroid dan juga kanser serviks kan? Jadi jom kita tengok apakah sebenarnya PCOS ni.

PCOS (Polycystic Ovarian Disease) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidak seimbangan homon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi kita

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS.

Ini adalah perbezaan ovari penghidap PCOS dan ovari normal. Ovari Normal mempunyai telur matang yang bersedia untuk dikeluarkan dan disenyawakan

Kesan PCOS terhadap penghidapnya:
  • Hormon sex menjadi tidak stabil. Kebiasaanya ovari mengeluarkan sejumlah kecil hormon lelaki iaitu androgen. Tapi penghidap PCOS ni akan mengalami kelebihan hormon lelaki (androgen dan testosteron) dan ini akan menyebabkan kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan bulu-bulu yang tidak diingini
  • Untuk kes yang lebih teruk, penghidap PCOS ini mudah terkena diabetes. Ini kerana badan menghadapi masalah menggunakan insulin, makanya gula dalam darah akan meningkat. Ia seterusnya akan meningkatkan peluang penghidap PCOS ini untuk menghidap diabetes.
Diagnosis boleh di buat dengan:
  • Melalui ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap testosterone
  • Imbasan ultrasound
Untuk membuat diagnosis PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami at least 2 dari kriteria berikut:
  • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
  • Tahap hormone androgen yang tinggi atau
  • Polycystic Ovari
PCOS memberikan golongan wanita lebih berisiko untuk mendapat masalah:
  • Infertility (ketidaksuburan) disebabkan anovulasi, 
  • Diabetes,
  • Tekanan darah dan kolesterol yang tinggi
  • Kegemukan 
  • Masalah kanser Rahim
Simptom PCOS
  • Jerawat
  • Berat badan naik mendadak dan susah turun
  • Lebihan rambut dimuka dan dibadan
  • Rambut gugur
  • Period yang tidak teratur
  • Kesuburan terganggu dan ramai penghidap PCOS ni mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat
  • Tekanan
Rawatan untuk PCOS
Setakat ini tiada ubat untuk merawat PCOS. PCOS ini adalah penyakit sepanjang hayat. Namun penghidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Penghidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil:
  • GLAComplex Shaklee
    • untuk mengimbangi dan mengawalatur semula hormone estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita supaya kitaran haid kembali normal dan memperbaiki simptom seperti kesakitan haid, mood swing dan kesakitan breast
  • Omega Guard
    • PCOS menyebabkan peningkatan mendadak berat badan kepada pesakit, dengan mengambil Omega Guard dapat membantu mengurangkan dan mengawal berat badan pesakit. Pertambahan berat badan yang mendadak juga turut menyumbang kapada kesukaran untuk hamil.
    • Selain itu Omega Guard juga mengandungi Omega 3 yang dapat  membantu merendahkan tahap testosterone pada wanita penghidap PCOS ini

** Gabungan Vitamin ACE ini adalah terbaik untuk boost immune sistem since mereka adalah Vitamin yang tinggi sifat anti-oksidant, anti-radang dan anti-radikal yang mana penghidap PCOS amat memerlukan supplement yang anti-radang kerana keradangan akan merangsang polycystic ovary untuk menghasilkan androgen

  • Vivix
    • Sekiranya anda telah mengambil Vivix maka tidak perlulah mengambil Vitamin A,C dan E kerana Vivix ini bertindak sebagai antioksidan dan anti radang yang sangat superb


Penghidap PCOS juga boleh mengamalkan DIET SUPERFOOD:
  • Avocado

Lemak yang terdapat dalam avocado ini adalah lemak yang sihat dan sebenarnya mempunyai sifat anti-radang (anti-inflammation). Sifat anti radang ini adalah sangat penting kepada penghidap PCOS kerana penghidap PCOS cenderung kepada chronic inflammation.

Ada satu kajian menunjukkan keradangan akan merangsang polycystic ovary untuk menghasilkan androgen. Jadi ini menunjukkan yang penghidap PCOS perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan anti-radang

  • Kacang

Kajian terbaru yang melibatkan 31 wanita yang menghidap PCOS menunjukkan hasil yang positif terhadap kacang. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. 

Satu kumpulan menerima walnuts dan satu lagi menerima badam. Mereka makan kekacang tersebut setiap hari dalam masa 6 minggu

Keputusan kajian itu menunjukkan bahawa wanita dalam kumpulan kekacang walnut telah meningkat kandungan sex-hormone-binding globulin (SHBG). Ini sangat penting kerana SHBG ini mengikat testosterone dan merendahkan tahap testosterone yang bebas dalam darah, yang mana akan memperbaiki symptom PCOS ini secara keseluruhannya

Wanita yang menerima badam pula didapati dapat menurunkan paras androgen dan testosteron. Ini menunjukkan kacang adalah salah satu diet yang sihat untuk penghidap PCOS namun harus bersederhana kerana kacang mempunyai kalori yang agak tinggi iaitu 160 calories untuk 22 biji badam
  • Kayu Manis

Kajian menunjukkan kayu manis ini boleh merendahkan kandungan glucose dalam darah bagi penghidap diabetes type 2. Hasil kajian ini sangat penting kerana penghidap PCOS adalah insulin resistant dan mempunyai risiko menjadi penghidap diabetes.

Kajian juga menunjukkan kayu manis merendahkan keperluan terhadap insulin (insulin bertindak ke atas ovari untuk menghasilkan testosterone), jadi sekiranya anda berupaya mengawal insulin level, anda akan berupaya unutk mengawal testosterone.

Satu kajian lain yang melibatkan 45 wanita penghidap PCOS pula menunjukkan dengan pengambilan kayu manis secara harian ini akan meningkatkan kebolehan mereka untuk datang bulan sebayak 2 kali ganda dan dua daripada mereka telah berjaya hamil pada masa yang sama
  • Apple Cider Vinegar

ACV memperbaiki sensitivity terhadap insulin. Jadi dengan pengambilan ACV sebelum makan akan merendahkan kandungan gula dalam darah selepas makan, juga merendahkan insulin yang diperlukan. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengelakkan kenaikan dan penurunan kandungan gula dalam darah dan juga insulin secara mendadak 

Cara membuatnya: Carik yang organic ye, kemudian campurkan 2 sudu besar ACV dalam segelas air suam. Minum!
  • Salmon

Adakah anda tahu yang 67-85% penghidap PCOS ni adalah Vitamin D deficient? Jadi dengan pengambilan salmon sebanyak 4oz akan memberikan 127% keperluan Vitamin D yang anda perlukan. Selain itu Salmon (terutamanya wild salmon) mengandungi kandungan Omega 3 yang telah diketahui boleh membantu merendahkan tahap testosterone pada wanita penghidap PCOS ini

Yang penting, jangan cepat putus asa. Berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah. Next time saya akan kongsikan testimoni penghidap PCOS ni yang berjaya hamil dengan izin Allah =)







28 April 2014

Beralih Kepada Set Kulit Cantik Shaklee Lepas Tersalah Pakai Produk

Assalamualaikum

Set Kulit Cantik Shaklee memang terbaik. Berhati-hati dalam pemilihan produk kecantikan tau! Jom tengok testimoni besttt kat sini =)


Alhamdulillah dah semakin ramai yang percaya denagn SET KULIT CANTIK Shaklee. Anda bila lagi??


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

23 April 2014

Vitamin E Shaklee Untuk Suami Yang Dingin

Assalamualaikum

Selama ni yang saya tau Vitamin E hanya untuk kecantikan kulit, menghilangkan parut yang terkesan akibat kena chickenpox satu masa dulu. HEHE. Tapi sebenarnya sangat la banyak kegunaan Vitamin E ni. Kalau untuk wanita lebih kepada kecantikan. Kalau untuk lelaki lebih kepada mempertingkatkan bilangan sperm dan kemampuan reproduktif. Penting kan? Especially kalau pasangan suami isteri tu tengah berusaha untuk hamil


Kenapa kita perlu memilih Vita E Complex Shaklee?

  • Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E
  • Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gamma, delta) Ianya adalah Vitamin E yang paling lengkap dalam pasaran.
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti merkuri, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Nak tahu apakah manfaat utama Vita E Complex?

  • Melindungi Jantung 

    • Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat. Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik), mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri

  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif 

    • Kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600 IU – 800 IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka

  • Anti-Penuaan

    • 1 Kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garisan halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

  • Anti-Oksidan yang kuat 

    • Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk mengukuhkan imun sistem, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas

  • Kelestarian tenaga

    • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

  • Memperbaiki Arthritis

    • Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi

  • Memperbaiki parut 

    • Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Dari sumber semulajadi apakah kita boleh dapat sumber Vitamin E yang lengkap?


Untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas, kita perlukan sekurang-kurangnya 400 IU Vitamin E setiap hari iaitu bersamaan dengan :
  • 1kg biji gandum
  • 500ml minyak safflower
  • 8kg bayam
  • 500g badam
Ha..Jadi untuk para suami terutamanya, boleh la cuba makan Vitamin E ni setiap hari sebelum tidur. Pasti dapat rasakan keajaibannya =) 

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat

22 April 2014

Cara Merawat Chickenpox/Cacar Air Secara Natural

Assalamualaikum

Pernah kena chickenpox tak? Selalunya pembawa chickenpox ni dari budak-budak sekolah kan. Ingat lagi pada tahun 2007, time tu balik Malaysia sebab summer break (August-September). 

Adik bongsu pulak time tu kena chickenpox, hasil daripada jangkitan di asrama MRSM Pontian time tu..adess, abis virus itu dibawa pulang dan merebakkannya kepada kami sekeluarga. 

Yang paling takut kena, ayah lah sebab ayah tak pernah kena seumur hidup, orang kata kalau orang tua yang tak pernah kena,sekali kena, bahaya. Alhamdulillah ayah sihat walafiat. 

Elok je saya abis cuti, adik lelaki pulak yang berjangkit, sedih time tu dia tak dapat hantar ke KLIA macam biasa. Bersalam-salaman dari jauh, konon-konon takut berjangkit. 

Tapi dah dinamakan duduk serumah kan? Tak kan la virus tu tengok ade gadis pingitan comel sorang ni, tak yah masuk la dalam badan dia, HEHE. Ok abaikan.

Sedang elok je dua hari mula kelas, badan dah rasa anih, ada macam jerawat pulak timbul kat badan. Sekali dalam masa satu malam dah ada dalam beberapa biji air kat badan..aduiii...macam mana ni..

Dah la kena kat negara orang, takde family nak bermanja, nasib baik ada housemate yang baik hati tolong sapu ubat dan masakkan sup ayam setiap hari. 

Bila jumpa doctor kat Germany tu, dia kata tak pernah jumpa sakit ni (Okay, time ni baru tau kat Europe takde chickenpox) Siap congkil satu gelembung tu dan hantar spesimen ke lab. HAHA..Rasa nak gelak guling-guling time tu. 

Macam sakit serius je, padahal kat Malaysia berlambak orang kena penyakit chicken pox ni..Tapi Germany is Germany. Lebih kepada menguatkan immune system kita secara semulajadi.

I even asked for vaccination tapi doctor tak bagi (ni mintak injet sebab terpengaruh dengan cousin yang pernah kena kat Malaysia, dapat suntikan vaksin dan chickenpox segan nak keluar, sebijik dua je ade kat kulit). 

No Oral Medicine, hanya ubat sapu iaitu calamine losyen yang putih tu.. Abis dah comot akak comel ni, HEHE. (Sekali lagi thanks to my housemate, Eza yang tolong sapu setiap kali saya selesai mandi- Yes, saya mandi sehari 2kali. 

Basuh baju pakai tangan dengan Sebamed dan rendam pakaian dalam boiling water, takut kuman merebak,HEHE). Nasib menyebelahi diriku ini sebab time tu winter, so badan takde la merenyam gatal ke apa. 

Nak ke klinik lilit muka dengan shawl jadi orang tak rasa anih, orang sangka cuma sebab sejuk la kan, padahal muka penuh keruping. HEHE.

Ibu mengepos sekotak Vitamin E untuk dimakan dan Krim Vitamin E Rosken Yang high concentrated tu. 20 kg tu. 

Tapi time tu baru abis raya kan? So ibu selitkan la kuih raya, baju raya, beras wangi, susu manis F&N tu HAHA) tapi serius banyak vitamin E yang ibu bekalkan, rasa boleh cucuk dan buat mandi HEHE. Thanks ibu, kerana itu tiada parut di badan dan muka, Syukur Alhamdulillah..

Okies in case terkena jangkitan virus cacar air ni, jangan panik, ok? Ada cara untuk merawatnya secara semulajadi. Tapi mula-mula pegi la ke klinik untuk mendapatkan diagnosis yang betul, kang kita ingat chickenpox, buat rawatan chickenpox tapi sebenarnya kena scabis, ha, sapa susah?

Apa itu jangkitan cacar air?

Jangkitan yang disebabkan oleh virus varicella. Ia adalah virus yang sama menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang mengalami cacar air akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters)

Macam mana ia merebak?
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap chickenpox ni mengalami batuk atau bersin
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air tu
  • Dengan menyentuh  benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut

Bagaimana merawat chicken pox ni?

  1. Kuarantin pesakit.
  2. Vitamin D membantu memperlahankan jangkitan juga menaikkan sistem imun badan. Dedahkan pesakit pada cahaya matahari antara jam 7pagi hingga 8pagi. 10-15minit dah memadai.
  3. Ambil Paracetamol untuk mengurangkan demam yang mencecah 39c ke atas
  4. Minum banyak air masak, ini untuk mengelakkan dehydrate
  5. Ambil makanan berbentuk cecair seperti sup sayur yang mengandungi antiviral foods dan buah-buahan vitamin C
  6. Buat Garlic Socks atau ACV (Apple Cidder Vinegar) Socks untuk melawan virus
  7. Makan Virgin Coconut Oil atau Olivenol untuk menaikkan sistem imun badan
  8. Sentiasa basuh tangan.
  9. Daun Semambu/Neem boleh ditumbuk lumat, dilumur pada badan atau mandi air daun semambu atau tidur beralaskan daun semambu bagi mengelakkan rasa gatal. (Daun ni boleh di dapati di tempat menjual pokok-pokok. Kalau kat Pasir Gudang tu boleh pergi orchard berdekatan Caltex area Taman Cendana. Sepokok RM15 je, ala-ala pokok inai gitu)
  10. Air kelapa muda bagus diminum ketika blisters tu dah keluar hingga ke kaki. Juga bagus dibuat mandi
  11. Minum Rooibos Tea (Teh ni sedap tau, selalu beli yang perisa vanilla mase dok kt Germany dulu, HEHE) teh ni boleh dibeli di Cosway, Giant dan kedai organic
  12. Bayi umur 6 bulan ke bawah Cuma perlu mandikan anak dengan air kelapa, atau daun semambu, atau mandian rooibos tea. Baby tak boleh minum air apa-apa lagi tapi ibu yang menyusukan boleh minum dan susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Jadi kerapkan sesi penyusuan.
  13. Elakkan makan seafood
  14. Beli Vitamin E. Jika dalam bentuk kapsul, cucuk dan lumurkan pada parut bagi menghilangkan parut
  15. Tea Tree oil juga boleh menghilangkan parut
Sumber: GNRAM

Boleh cuba cara di atas, yang penting banyakkan rawatan untuk melawan virus. Garlic is the best antivirus that Allah has created.

Semoga bermanfaat =)

Jom kita tengok macam mana Pn. Hidayah ni mengubati kesan chicken pox beliau



Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028

11 April 2014

Hamil Setelah 3 Tahun 10 Bulan Mencuba

Assalamualaikum

Alhamdulillah ada seorang lagi pengguna SET KESUBURAN SHAKLEE yang berjaya mendapatkan berita gembira dalam masa 2 BULAN!! Tak perlu cerita panjang, moh tengok testi ini

#Testimoni 1:


# Testimoni 2:

SET KESUBURAN SHAKLEE insyaAllah merupakan usaha terakhir anda untuk hamil. Yang penting teruskan usaha dan jangan putus asa k =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028


Nak Order Sendiri? Boleh Klik Link Di Bawah ini yea:

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount