Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

10 June 2014

8 Tips Untuk Terus Katakan Bye-Bye Jerawat Batu!

Assalamualaikum

Jerawat batu memang menyakitkan. Bukan sahaja kulit muka, malah menyakitkan jiwa. HUHU. Habis cacat penampilan =p



Tapi nak buat macam mana, sebagai seorang wanita sejati, sebulan sekali mesti miss P menjelma, dan setiap kali itulah encik jerawat akan menampakkan dirinya *sigh* Kalau yang kecik tu takpe la juga kan? Kalau dah sebesar alam, warna kemerahan pula, macam mana nak sorok? Concealer habis pon belum tentu dapat cover. HUHU


Jom tengok apakah Rawatan Semulajadi untuk Jerawat ni:

Untuk melakukan rawatan ni, tak perlu lah nak sapu satu muka, memadai sapu affected area je. Juga tak perlulah nak sapu setiap 2jam ke apa, memadai sehari 2 kali. Bersederhanalah dalam setiap perkara =)
  • Gunakan Lavender essential oil. Jangan sekali-kali gunakan essential oil yang belum dicairkan ke seluruh muka, cuma ambil one drop dan letak pada jerawat batu itu!
Lavender Essential Oil 
  • Sapukan satu lapisan Apple Cider Vinegar (ACV) yang tidak di cairkan pada jerawat dan biakan. Tidak perlu bilas. lakukan setiap hari, okay?
Apple Cider Vinegar
  • Sapukan satu lapisan lemon pada jerawat. Ha.. kan dah kata lemon ni sangat banyak rahsia yang kita tak tahu kan? Boleh baca enrty saya yang ini. Kalau nak sapu lemon dimuka tu pastikan anda tak keluar rumah ye. Sebab lemon ni akan menyebabkan kulit kita photosensitif (maksudnya cahaya matahari boleh menyebabkan sedikit kecederaan pada kulit yang berlemon) Jadi rawatan paling selamat adalah pada waktu malam.
Lemon
  • Mustard bukan sahaja mengandungi salisilic asid yang yang terkenal dalam merawat jerawat, malah ia juga mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, Omega-3, Omega-6 and Zinc yang sangat mujarab untuk merawat jerawat. Tambahkan 1/8 sudu besar serbuk mustard kepada 1sudu besar madu dan kacau sebati. sapukan pada jerawat. Bilas selepas 15minit
Mustard
  • Suka minum green tea? Cuba kali ni tak payah minum tapi jadikan ia ais! Jadikan ice cube dan gosokkan pada jerawat untuk beberapa minit. Ini akan mengurangkan keradangan dan bertindak sebagai anti bakteria!
Green Tea ice cube
  • Tomato! Kegemaranku =) Ia terkenal dengan sifat anti-oksidan yang tinggi. Fresh tomato juice ni letakkan sedikit di kawasan yang berjerawat tu sehari dua kali. Walaupon tomato ni boleh diletakkan pada satu muka, tapi adalah lebih baik letak di kawasan untuk dirawat sahaja sebab ia pon boleh menyebabkan kekeringan pada kulit bila di gunakan selalu. Untuk sapuan ke seluruh muka, boleh lakukan seminggu dua kali.
    Tomato
  • Mask telur putih adalah yang paling mudah. Lepas dah pecahkan telur untuk memasak tu, bolehlah calitkan sedikit saki baki dalam kulit telur tu ke seluruh muka. Anda akan dapat rasakan seolah-olah kulit muka anda menegang. Nak Kesan lebih effektif, sapukan lemon pada jerawat, lepas tu cover dengan telur putih ni
Telur Putih
  • Since bawang putih adalah antibakteria, ia juga adalah sangat berkesan dalam merawat jerawat ni. Sapukan je jus bawang putih yang dah di chopped pada jerawat ni dan tengok la hasilnya =)
Bawang Putih

Selain itu SET JERAWAT BATU SHAKLEE juga boleh membantu. 

Jom kita tengok apakah yang ada dalam SET JERAWAT BATU Shaklee ni



  • GLA Complex
    • Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
    • Membantu mencairkan sebum yang berminyak
    • Mengurangkan rongga dari tersumbat
    • Mengurangkan gatal dan inflamasi
    • Menggalakkan kulit sihat
  • Vitamin C Sustained Release
    • Meningkatkan Imun Sistem
    • Membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
    • Melindungi kulit dan mempertingkatkan pemulihan
    • Penting untuk kolagen dan tisu penghubung
  • Vitamin E Complex
    • Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
    • Memudarkan parut jerawat
    • Anti-penuaan terbaik
    • Membekalkan oksigen dan meningkatkan pemulihan
    • Mengurangkan bintik penuaan
  • Vitamin B Complex
    • Memperbaiki peredaran darah dan meratakan warna tona kulit pada wajah
    • Tidak timbul lagi masalah kulit bertompok-tompok
Nak cuba? Jangan segan dan malu. Jom dapatkan SET JERAWAT BATU Shaklee ni sekarang!

Lepas ni cantik berseri-seri la wajah kita yek...


Kulit mulus idaman semua

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028



11 February 2014

Merawat Tekanan Darah Tinggi Dengan Shaklee

Assalamualaikum

Sebenarnya istilah merawat ni tak tepat. Bila kita mengambil supplement, tujuan utama adalah mencegah dan mengatasi penyakit-penyakit.

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai Hipertensi. Nak tau bacaan tepat untuk darah tinggi boleh klik di sini. Hipertensi ini adalah "silent killer" kerana selalunya pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom.

Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia. Kira-kira 43% rakyat Malaysia yang berumur melebihi melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33% yang direkodkan pada tahun 1996. Dan yang lebih menakutkan, di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit yang berkaitan dengan peredaran pulmonari merupakan penyebab utama kematian ini di hospital kerajaan.

Cara Mengelak Dari Terkena Serangan Darah Tinggi

  • Jangan merokok
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Bersenam secara kerap
  • Semua orang dewasa yang sihat dalam lingkungan 18-65 tahun seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 30 minit kegiatan senaman yang sederhana 5 hari seminggu
  • Makan makanan yang sihat
  • Makan lebih banyak buahan dan sayuran segar
  • Kurangkan pengambilan garam 
  • Kurangkan makan makanan bergoreng. Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan di bakar
  • Kurangkan mengambil makanan yang sarat dengan kolesterol
  • Ambil supplement Koenzim Q10 (CoQ10)
Sumber dari : Utusan Malaysia

Adakah Produk Shaklee Boleh Merawat Penyakit Ini?

Merawat 100% tu mungkin tidak, tapi mengawalnya dari menjadi lebih teruk dan mengurangkan simptom, dan mengelakkan darah tinggi dari berlaku

Apakah Supplement Yang Disarankan?

  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B-Complex dan Vitamin C : Membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem immunisasi badan kita untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan Cardiovascular 
  • Omega Guard: Merendahkan kolesterol jahat dan merendahkan risiko sakit jantung.
  • Carotomax, Vitamin E dan Vitamin C : Gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada akitviti radikal bebas
Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

6 February 2014

Tips Kurangkan Morning Sickness Cara Sihat

Assalamualaikum

Bagi setiap ibu yang hamil boleh dikatakan 90% mengalami morning sickness semasa 1st Trimester. Ada juga yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan. 

Nak gosok gigi muntah, nak masak tak boleh, dan yang paling teruk, jiran masak pon kita rasa macam nak marah sebab hidung sangat sensitif dengan bau-bauan.

Ada cara untuk kurangkan rasa tak selesa ni, tanpa makan asam kecut ke asam masin ke (Read: this is not good for our baby)




Cara yang saya suka buat untuk hilangkan mual-mual ni adalah :


  • Hiris lemon into slices dan tiap kali rase mual, hidu...hidu.. dan hidu... kadang-kadang jilat jugak sikit hehe
  • Selalu minum air suam, jus lemon, yogurt.
  • Selalu isik perut dengan makanan ringan seperti cracker, buah-buahan
  • Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan rasa nak muntah contohnya minuman berkafein, makanan manis seperti kek, gula-gula dan coklat
  • Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa
  • Jauhkan diri dari benda-benda yang berbau yang dapat mencetuskan rasa mual 
  • Ambil Vitamin B-complex yang dapat mengurangkan rasa mual
  • Boleh juga ambil Peppermint ginger Plus

Tapi kalau dah teruk sangat sampai lebih dari 1st Trimester, sampai dah tak boleh bangun dari katil, sila lah berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Takut diri sendiri dan baby tidak mendapat nutrisi yang diperlukan.

Jangan lupa ambil Vitamin dalam SET HAMIL untuk membekalkan nutrisi dan tenaga untuk ibu dan anak yang dikandung =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

31 January 2014

Set Diabetes Shaklee Mengurangkan Simptom Diabetes

Assalamualaikum,

Kira-kira 3.6juta orang dewasa dianggarkan bakal menghidap diabetes type 2 di Malaysia. Ini meletakkan Malaysia sebagai negara mempunyai jumlah pesakit diabetes tertinggi di Asean dan ke-6 di rantau barat Pacific. Ini berita yang dipetik pada bulan Jun 2013..Scary, huh?

Kajian terbaru pula menunjukkan bahawa tabiat memberi makan terlalu awal kepada bayi mendedahkan mereka kepada diabetes type 2 dewasa nanti. Jadi jangan la tak sabar-sabar nak memberi bayi makan sebelum usianya mencecah 6 bulan ye.



Jadual berikut menyediakan tahap ujian darah untuk diagnosis penyakit kencing manis untuk orang dewasa dan diagnosis pradiabetes (tidak termasuk wanita mengandung yea)


Supplement Shaklee sama sekali bukan untuk menyembuhkan penyakit diabetes ni tapi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes jadi semakin teruk.

Jadi mari kita tengok apa vitamin Shaklee yang sesuai untuk penghidap diabetes ni:
  • Bcomplex - menukarkan gula kepada tenaga, memperbaiki intoleransi glukosa dalam badan,membantu mengurangkan rasa kebas yg disebabkan oleh kerosakan saraf, menghilangkan rasa letih dan tidak bermaya
  • Zinc Complex - menurunkan paras glukose dalam darah, menghasilkan insulin dalam tisu pankreas, membantu badan menggunakan insulin
  • Vitalea with Iron Formula - Multivitamin dan Multimineral untuk keperluan tubuh
Untuk hasil yang lebih baik, pesakit kencing manis juga boleh mengambil:
  • Vivix - memperbaiki sel, sumber antioksidan terbaik
  • Cinch Shake Mix - Mempunyai index glisemik yg rendah
  • Omega Guard - Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
Tapi sebenarnya penyakit diabetes ni adalah penyakit kronik yang boleh dicegah dan dikawal dengan:
  • Menjalani gaya hidup sihat
  • Membuat pilihan yg lebih baik dalam corak pemakanan
  • melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin sekurang-kurangnya 2 kali setahun
Ok hubungi Zarith untuk mendapatkan supplement anda ^^

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

28 January 2014

Tekanan Darah Rendah boleh membawa maut???

Assalamualaikum,

Ramai yang tak berapa tau yang tekanan darah rendah ni sebenarnya lagi bahaya dari tekanan darah tinggi. Boleh jadi silent killer tau. Istilah perubatan untuk tekanan darah rendah ni adalah HYPOTENSION (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gejala.

Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat)


Punca Tekanan Darah Rendah

Antara punca tekanan darah rendah tidak berapa jelas tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut:-
  1. Kehamilan
  2. Masalah hormon seperti tiroid, kecing manis atau gula darah yang rendah
  3. Kegagalan jantung
  4. Kekurangan volum/ kandungan darah dalam badan
  5. Dehidrasi
  6. Kurang zat terutama acid folic dan B12
  7. Pelebaran Pembuluh darah

Saranan Shaklee untuk darah rendah ni:

  1. Vitalea - multimineral dan multivitamin untuk seimbangkan nutrien dalam badan
  2. Bcomplex - menambah tenaga dan kurangkan stress
  3. Ostematrix - penting untuk pengawalan tekanan darah
  4. ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
  5. Performance Drink - mengekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
  6. Meal Shakes - untuk yang prefer untuk mendapatkan multimineral dan multivitamin dalam bentuk minuman

Tips mengatasi tekanan darah rendah:

  1. Lakukan senaman sekurang2nya 3 kali seminggu. Amalkan gaya hidup sihat
  2. Minum lebih banyak air terutamanya pada cuaca panas.
  3. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (contohnya dari posisi baring nak berdiri, mengiring dan duduk lah terlebih dahulu)
  4. Tidur dalam posisi kepala lebih tinggi sedikit dari badan 
Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028



20 August 2013

Kekal Sihat Bertenaga Semasa Hamil Dengan Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum

Masih ingat lagi saat saya disahkan hamil oleh doctor, rasa macam tak percaya, time tu scan cuma nampak poppy seed je,tapi perasaan time tu hanya Allah je yang tahu.

Hati berbunga riang, kembang setaman hihi..Syukur ya Allah. Time tu dah plan elok2 ape yang nak di buat sepanjang tempoh kehamilan.



First of all mestilah jaga pemakanan. Apa yang kita makan, baby pon akan dapat. So i decided to slash out all processed food, junk food and fast food ( i looove pizas, burgers and ayam goreng,huhu). 

Susu, yogurt, sayur dan buah-buahan tak pernah missed. Madu, badam, kurma, kismis dan air zamzam pon tak pernah tinggal. Vitamin pon sama.

Jadi, vitamin apa yang diperlukan oleh seorang ibu hamil? 

Set Hamil Shaklee adalah pilihan saya kerana ia LENGKAP, dari BAHAN SEMULAJADI dan BUKAN SINTETIK



Apakah yang ada dalam Set Hamil Shaklee ni?
  • Bcomplex (with Folic Acid)
  • Vitamin C
  • Vitalea (Multivitamin with Iron Formula)
  • Ostematrix
  • Omega Guard (Tambahan)
  • ESP (Tambahan)

Adakah perlu bagi kita mengambil vitamin-vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee ini?

YA, PERLU! Pengambilan vitamins dapat mengelakkan kelahiran bayi pra matang, kekurangan berat bayi dan mengurangkan risiko kecacatan

Ia juga penting untuk menjadikan kita sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan. Almaklum la time hamil badan akan jadi letih lesu tidak bertenaga seperti dan lari beratus-ratus kilometer..huhu

Apakah Khasiat dan Fungsi Setiap Vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee ni?

  • Bcomplex
    • Ia sangat penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang baby. Ia juga dapat mengurangkan rasa loya dan menurunkan stress level kita (Stress tak bagus untuk ibu hamil sebab ia akan menyebabkan baby depress)
  • Vitamin C
    • Ibu yang hamil ni antibodi adalah sangat lemah (saya dulu kalo pegi tempat awam, pakai mask,hehe) Jadi Vitamin C dapat meningkatkan antibodi badan kita. Yang bestnya, Vitamin C Shaklee tidak mengandungi pewarna dan pengawet tiruan.
  • Vitalea with Iron Formula
    • Multivitamin Shaklee ini mengandungi zat besi yang dapat membantu mengekalkan HB si ibu. Kalau selalu kena marah dengan nurse sebab HB rendah, dah try makan sayur bayam, kerang,hati,jambu batu pon tak jalan..boleh la try makan vitalea, InsyaAllah =) Nak tau apa kesan kalo kurang zat besi? Boleh bawa maut tau. Cuba baca kat sini.
  • Ostematrix
    • Membekalkan kandungan Calcium yang ideal dalam badan, mengelakkan cramp especially time malam. Juga mengelakkan komplikasi time bersalin.
  • Omega Guard (Omega 3)
    • Ia sangat pentng dalam pembentukan otak bayi sejak dari awal lagi. Ia juga membantu memecahkan lemak dalam badan kita, jadi ia membantu ibu untuk mengawal berat badan semasa hamil =)
  • ESP (Energizing Soy Protein)
    • Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit. 
    • ESP juga memberikan ibu tenaga, ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga memelihara dan membekalkan asid amino yang bertindak membentuk organ dan otot baby. 
    • Keperluan protein semasa hamil perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan placenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki Trimester ke 3.
    • Kerana itu ESP sangat penting dalam Set Hamil Shaklee ini
Selain dari testimoni diri sendiri yang sangat cintakan Set Hamil Shaklee ini, ada banyak lagi testimoni yang hendak saya kongsikan. Tapi kalau banyak sangat bosan pulak kan? Ok, jom tengok a few je Testimoni Set Hamil Shaklee ni

# 1. Testimoni


# 2. Testimoni

Nak tengok lagi Testimoni Set Hamil Shaklee? Boleh tengok di sini

Setelah berusaha menjaga pemakanan, adab dan akhlak pon hendaklah dijaga, supaya anak di dalam kandungan berakhlak mulia, insyaAllah =) Amalkan surah-surah untuk ibu hamil juge ye..hehe. Jom tengok apakah AMALAN IBU HAMIL

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028



25 March 2013

Zat Besi / Iron sangat penting untuk wanita

Assalamualaikum

Iron atau Zat Besi sangat penting especially untuk kita kaum hawa ni. Artikel Berita Harian 25 Mac 2013 ada menyentuh tentang Anemia - Penghidap kurang Zat Besi mudah pitam, lesu dan mengantuk.. 

"Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi. Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum. "

"Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya."

Fuh, sungguh bahaya rupanya kalau kekurangan zat besi. Masa Preggy dulu, pernah sekali bacaan hemoglobin 9.0... habis kena tegur dengan nurse. Sekarang baru tau kenapa, huhu. 

Kepentingan Zat Besi:
  • Untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
  • untuk pembentukan myoglobin dalam otot
  • membawa oksigen ke seluruh badan
  • Penggunaan tenaga yang optimum
Sekiranya kita mengambil vitamin yang mengandungi zat besi, pengambilan Vitamin C dapat membantu penyerapannya. Jadi Suppliment yang dicadangkan untuk para ibu dan wanita adalah :


Penghalang penyerapan Zat Besi : 
  • Minuman Bercafein
  • Minuman berkola
  • Susu
  • Makanan/Minuman Bercoklat

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam. 


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028


23 March 2013

Set Kesuburan Shaklee Telah Membantu Banyak Pasangan Untuk Menimang Cahayamata

Assalamualaikum

Ada di antara kita yang masih ternanti-nanti kehadiran si comel setelah sekian lama mendirikan rumahtangga. Telah mencuba pelbagai cara tapi belum mendatangkan hasil?

Jangan berputus asa ye, berusaha dan terus berusaha, doa dan terus berdoa.




Dalam Entry yang lepas ada saya kongsikan, Tips mudah hamil dengan GLA Complex di sini. Adakah cukup dengan hanya memakan GLA Complex, badan kita telah bersedia untuk hamil? 

Menurut kajian yang telah di jalankan, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan Multivitamin dan Multimineral. Jadi mari kita lihat bagaimana Set Kesuburan Shaklee boleh membantu dalam kesuburan.



Set Kesuburan Shaklee untuk isteri mengandungi 
  • Vitalea
  • Bcomplex
  • Vitamin C 
  • GLA Complex
Manakala untuk suami terdiri daripada 
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Zinc Complex
  • Vitamin E Complex

Apakah fungsi setiap vitamin dalam Set Kesuburan Shaklee ini?

Multivitamin dan Multimineral (Vitalea) 

  • Vitalea mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Almaklumlah, kita tak tahu badan kekurangan vitamin apa, jadi fungsi Vitalea adalah  untuk memenuhi ruang-ruang kosong tersebut.

Vitamin B-Complex 

  • Penting bagi yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi Acid Folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. 
  • Vitamin B12 yang terdapat dalam B-Complex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan isteri.
  • Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception)

Vitamin C 

  • Bagi suami, Vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma untuk menjadikannya lebih  bergerak aktif (sesuai untuk perokok). 
  • Bagi isteri, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Apa yang uniknya, Sustained release Vitamin C Shaklee akan melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan dan akan bertahan lebih lama di dalam badan.

GLA Complex 

  • Suppliment wajib bagi wanita yang cuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Zinc 

  • Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosteron (hormon lelaki) dan meningkatkan bilangan Sperma. Kekurangan Zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

Vitamin E Complex 

  • Lelaki yang mengambil 600 IU – 800 IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

Vitamin yang memainkan peranan penting untuk kesuburan dalam Set Kesuburan Shaklee ini adalah

Bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi?

GLA Complex membantu menghasilkan cecair "kesuburan" yang antara kebaikannya membantu menyediakan "ruang" untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari. Zinc complex dan Vitamin E pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan Vitamins di dalam Set Kesuburan Shaklee ini insyaAllah memberikan harapan untuk anda menimang cahayamata. Yang penting jangan pernah berhenti berharap, berusaha dan berdoa.



Jom kita tengok perkongsian rakan-rakan yang telah mencuba Set Kesuburan Shaklee ni:

# Testimoni 1:
Hamil lepas 2 bulan amik Set Kesuburan Shaklee

#Testimoni 2:
Hamil setelah 5 tahun 

#Testimoni 3:
Hamil setelah 3tahun 10bulan mencuba
Alhamdulillah semalam terima satu lagi panggilan dari seorang customer yang dah menggunakan Set Kesuburan Shaklee ni selama 5bulan. Beliau disahkan hamil! 

Sebelum ini mengalami pelbagai sakit dalaman wanita yang menyebabkan beliau sukar hamil setelah berumahtangga. Syukur saya dapat membantu sepasang suami isteri lagi untuk hamil.

Apa lagi yang ditungggu? Jom amalkan Set Kesuburan Shaklee sekarang!

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

Nak Order Sendiri? Boleh Klik Link Di bawah ni yea:


19 March 2013

B Complex Shaklee

Assalamualaikum

Sering rasa tertekan? Letih? Lesu? Migrain? (cewah dah macam iklan dalam TV pulak.HEHE) Hari ni nak cita pasal VITAMIN B COMPLEX.. 

Saya ingat lagi time nak SPM tahun 2002, MRSM Jasin (ok, i love this name more daripada selepas tukar, jangan marah cikgu!HEHE) membekalkan Vitamin Bcomplex untuk setiap anak muridnya.

Dapat bekalan untuk sebulan tu..Time tu memang tak pernah miss, sebab pengetua memang tekankan pemakanan berkhasiat nak2 time exam.. So jelas, terang dan nyata tanpa dengung (Eh, dah macam idgham pulak,HEHE) yang vitamin B complex adalah sangat penting.

Kenapa Vitamin Bcomplex ni sangat penting?


  • Peranan Utama : membantu dalam pengeluaran Tenaga
  • Membantu me"metabolisme"kan Karbohidrat, Lemak dan Protein.
  • Anti Stress/ Penenang saraf (sangat penting untuk Ibu2 yang dalam pantang untuk elak Meroyan, juga untuk yang ada migrain)
  • Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang
  • Membantu membina rambut yang sihat dan melambatkan uban (yang ni mesti my mom suka..HEHE)

Ok ramai sedia maklum yang kita boleh dapat sumber Vit B complex dari makanan, seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kekacang dan bijirin. 

Tetapi di zaman yang moden serta canggih ni, makanan tersebut banyak terdedah kepada bahan2 kimia, serta telah melalui proses tertentu sebelum sampai ke tangan kita. Di sini, kandunagn vitamin sudah berkurangan.

Cara kita masak juga boleh menyebabkan makanan2 yang pada mulanya berkhasiat, menjadi "hampas" semata2. Vitamin B mudah larut dalam air, bila masak sayur contohnya, vitamin B dah larut dalam air, lepas tu kita bia je dia lama2 dalam kuali tu, maka berlaku la proses penyejatan, lantas sayur tersebut telah hilang khasiatnya.. ( Eh dah jadi kelas science dah ni...HEHE).

Sebab tu bila masak sayur tu, kena masak jangan bagi layu, tumis2 bawang sume, campak sayur, kacau2, tutup api. Nak lagi bagus, tutup periuk/kuali tu. (Eh ni pulak cooking class, HEHE)

To make it simple, Vitamin Bcomplex ni boleh MUSNAH dengan :

  • Matahari/ Haba- boleh hilang dalam proses memasak
  • Larut dalam air
  • Makan banyak gula contohnya minum 1 botol Coke, memerlukan 5kali Bcomplex dalam badan, sebab B complex kena berusaha keras untuk menukarkan gula tu kepada tenaga.
  • Stress/ Tekanan Mental dan Fizikal 
  • Penggunaan Pil Penenang, antibiotik, Pil Tidur dan Racun Serangga 
  • Pil Perancang

Kesan kekurangan Vitamin B ni adalah :

  • Mudah Letih, Tidak bermaya, Kurang selera makan
  • Stress, Migrain
  • Kegelisahan, gangguan tidur
  • Sakit Pada Bahagian Abdomen
  • Sembelit
  • Gangguan Mental dan Emosi
  • Pecah- pecah dan sakit pada mulut dan hidung
  • Beriberi (penyakit "Metabolic Disoder" dengan gejala seperti bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung

Kenapa Bcomplex Shaklee pilihan saya?


  • Ia lengakap dengan 8 Vitamin B yang utama iaitu 
  1. B1: Thiamin ~ menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu meningkatkan sistem pencernaan dan metabolisma
  2. B2: Rivoflavin ~ memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan Vitamin B6 dan Asid Folic
  3. B3: Niachin ~ Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian menunjukkan, kekurangan Vitamin B3 boleh menyebabkan depresi dan boleh mendorong kepada sakit mental.
  4. B5: Panthothenic Acid ~ Membantu mengurangkan Stress Mental/ Fizikal dan melambatkan proses penuaan pra matang ( Tua sebelum Usia)
  5. B6: Pyridoxin ~ Vitamin asas dalam proses asid amino. Mengawal Serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan mendorong kepada depression
  6. B7: Biotin ~ Membantu metabolism Karbohidrat, Lemak dan Protein. Juga membantu mencegah uban
  7. B9: Folic Acid ~Bersama sama Vitamin B9 dalam membantu fungsi neurotransmitter, juga dapat mengurangkan depression
  8. B12: Cyanocobalamin ~ Mengawal Kesihatan sistem Saraf dan membantu pembinaan sel darah
  • Bukan Vitamin Sintetik 
Jadi untuk ibu hamil, hanya perlu amik sebiji Bcomplex Shaklee dan insyaAllah cukup keperluan Bcomplex untuk ibu, Acid Folic untuk pembinaan saraf Si Comel di dalam perut.

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount