17 May 2014

15 Rahsia Lemon Yang Tidak Kita Ketahui

Assalamualaikum.

Sebelum ni dah banyak saya share tentang rawatan semulajadi menggunakan lemon kan? Tapi setakat demam, selesema dan batuk. Banyak sangat lagi khasiat lemon yang belum kita ketahui.

Pernah dengar tak yang orang purba mesir makan dan minum jus lemon ni untuk menghalang dari pelbagai jenis racun? Yang bestnya, kajian zaman moden juga membuktikan hal ini. Hebat kan orang zaman dulu?


Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

  1. Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. 
  2. Sebagai 'ubat kurus' kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai 'pembersih' hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan. 

Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?


Khasiat lemon

Menghilangkan acne
    Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

    Caranya:

    • Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
    • Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
      • Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

        Menghilangkan rasa takut dan cemas
          Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress. 

          Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

          Caranya:
          • Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

            Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

              Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

              Caranya:
              • Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa

                Bye-bye demam

                  Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

                  Caranya:
                  • Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
                  • Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

                    Selesema dan Sakit Tekak

                      Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

                      Caranya:
                      • Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
                      • Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
                      • Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

                        Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

                          Caranya:
                          • Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman. 
                          • Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.

                            Merawat Eczema

                              Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

                              Caranya:
                              • Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
                              • Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
                              • Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

                                Merawat Keletihan

                                  Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

                                  Caranya:
                                  • Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
                                  • Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
                                  • Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
                                  • Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

                                     Hypertension

                                      Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

                                      Caranya:
                                      • Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
                                      • Reneh atas api selama 5 minit
                                      • Tapiskan dan sejukkan
                                      • Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
                                      Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

                                        Melegakan sengatan serangga berbisa

                                          Caranya:
                                          • Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia. 
                                          • Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
                                          • Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
                                          • Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
                                          • Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil 

                                            Menidurkan Insomnia

                                              Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

                                              Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

                                                Menyelamatkan perut

                                                  Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.

                                                  Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut

                                                    Selamat tinggal Varicose Vein!

                                                      Caranya:
                                                      • Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
                                                      • Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
                                                      • Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

                                                        Menghilangkan kesakitan

                                                          • Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
                                                          • Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

                                                            Menghilangkan nafas berbau!

                                                              Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

                                                              Caranya:
                                                              • Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
                                                              • Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan

                                                                Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan:

                                                                • Kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon
                                                                • Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam


                                                                  Semoga bermanfaat!



                                                                  Jom Tengok bagaimana Encik Fahmy ni menjaga kesihatan beliau:


                                                                  12 comments:

                                                                  1. banyak khasiat lemon ni yer...tapi puteri tak berapa suka bau lemon...hehehe

                                                                    ReplyDelete
                                                                    Replies
                                                                    1. Zarith kalau air freshner jual kt supermarket tu pon tak minat sangat bau lemon, tapi kalau yang fresh tu zarith suke..hehe

                                                                      Delete
                                                                  2. Artikel yang menarik. Memang buah lemon mempunyai banyak kandungan Vitamin C yang boleh bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas seperti kanser. Selain itu, kandungan asid sitrus di dalam buah lemon juga boleh membantu untuk meneutralkan keasidan badan.

                                                                    ReplyDelete
                                                                    Replies
                                                                    1. Betul tu dr. Terima kasih atas perkongsian

                                                                      Delete
                                                                  3. Bila baca entri ni, rasa rugi sangat tak makan lemon,hari-hari opismate makan lemon

                                                                    ReplyDelete
                                                                    Replies
                                                                    1. Hehe..sila la minum air lemon setiap hari semasa perut kosong ye

                                                                      Delete
                                                                  4. saya pun suka amalkan lemon ni biasa masukkan sekali dengan halia dan air panas , minum masa perut kosong..
                                                                    nak tips kurus & sihat bleh ke www.mrtengkuasmadi.com

                                                                    ReplyDelete
                                                                  5. Saya pun dah mula mengambil lemon sebagai diet harian.,kesannya menakjubkan selepas beberapa hari., sakit sendi telah sembuh dan bertenaga selepas bangun tidur...

                                                                    ReplyDelete
                                                                    Replies
                                                                    1. Alhamdulillah, lemon memang banyak khasiatnya =)

                                                                      Delete
                                                                  6. saya ni nk katakan gemuk sgt tu xla..biasa2 jer..tp benci bila mkn banyak je mesti simpan kt peha n pipi...saya so sy amalkan minum lemon..pembuangan jd lancar..badan rasa segar je..sebelum breakfast sy minum air lemon ni dulu n sentiasa bwk 1 botol air lemon bila g keje...

                                                                    ReplyDelete
                                                                    Replies
                                                                    1. Betul tu. Dulu pun Zarith bawak lemon pergi ofis =)

                                                                      Delete

                                                                    Peringatan!

                                                                    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

                                                                    CountCount