30 April 2014

Rawatan Semulajadi Untuk Anak Demam Tanpa Ubat

Assalamualaikum


Perkara yang paling merisaukan adalah apabila anak kesayangan kita tidak sihat, kan? Demam terutamanya. Abis semua kerja jadi tak kena. 

Bawak pergi klinik, doctor bagi ubat demam, antibiotic, dua tiga hari baru baik. Bulan depan demam lagi, ulang benda yang sama lagi.

Ingat tak lagi saya cerita tentang doctor di Germany? Setiap kali kita tak sihat, bila jumpa doctor kita hanya diperiksa dan diberi consultation, bukannya ubat. 

Dulu rase stress jugak, apesal la doctor ni tak bagi ubat, nasib baik insurance cover. Tapi once dah jadi ibu ni, dah banyak belajar kenapa itu tak boleh, ini tak boleh. 

Konsep perubatan di Europe lebih kepada menaikkan imun system sendiri untuk melawan virus dan bakteria. Dengan ini badan kita lebih kuat untuk melawan virus dan bakteria pada masa akan datang.

Apa yang saya lakukan bila Zuyyin demam?

  • First and foremost saya akan bawak Zuyyin pegi klinik supaya doctor boleh diagnose Zuyyin demam kerana apa. Plus boleh mintak MC untuk jage Zuyyin dengan sepenuh perhatian di rumah..HEHE.
  • Balik rumah, saya akan pastikan SUHU DISEMAK SENTIASA. TAK BOLEH TERAGAK-AGAK. Saya pakai thermometer yang best untuk tengok suhu Zuyyin. Kat dahi boleh, kat telinga boleh. Dalam masa 1saat dah dapat reading. Ia adalah tepat dan mengeluarkan lampu merah kalau suhu jejak 38C. Cuak iolls kalau dah kale merah tu, memang tak tidur malam la jawabnye
    Thermometer yang saya gunakan, kalau panas lampu  akan bertukar merah

    Teknik sponging/Lap/Spray

      Zaman mak-mak kita dulu bila kita demam mesti jerlum kepala dengan air asam jawa atau daun bunga raya putih kan? Ataupon letak towel basah kat kepala kita. 

      Tapi disebabkan Zuyyin ni penggeli orangnya, tiap kali letak asam jawa mesti merengek-rengek suro cuci, “basyuh ibu, dirty..dirty” sambil tunjuk-tunjuk kepala dia.

      So I came out with something easier, yet have the same concept and benefit, saya letak jus perahan lemon dalam spray cebuk Zuyyin, bila kering je kepala dia, spray dan ratakan, so Zuyyin suka la sebab rasa ala2 main hujan gitu =p 

      Sekali-sekala spray di ketiak dan pelipat-pelipat. (Untuk anak lelaki, lap di area ‘ball’ dia. Boleh jugak terus letakkan tuala basah disekitar tempat tu)

        Pakaian dan suhu persekitaran

          Pakaikan baju nipis, on kipas. Kalau Zuyyin saya akan pakaikan baju lubang-lubang tapi kalau suhu dh 38+ tu pakaikan diapers je tanpa baju.


          Teknik mandian dan rendaman


            Mandian dan rendaman hanya di buat pada waktu siang sebab pada waktu siang suhu persekitaran panas, jadi bila badan anak kita dah dibasahi air, air tu akan tersejat dan membawa keluar suhu panas badan anak. 

            Yang ni Zuyyin paling suka. Masukkan 2 sudu Epsom Salt (Epsom Salt ni boleh di beli di Guardian dengan harga RM 5.50 je) atau ACV – Apple Cider Vinegar (cari yang ada ibu dia - serdak epal kat bawah botol tu) Brand Bragg ade kat bahagian organic Supermarket Jusco) dalam besen, tadah air suam dan masukkan Zuyyin beserta toys favourite dia. 

            Under supervision tau, jangan bia anak sorang-sorang. Siram air tu ke kepala dan badan anak. Biarkan dia berendam dalam 15 minit. Sesi rendaman ni buat 3 kali sehari. Dalam pukul 9 pagi, tengahari lepas bangun tidur, dan masa mandi petang.

            Petua Stokin

              Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. 

              Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stokin basah pada kaki. Pasang sepasang lagi stokin semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai.

              Semasa tidur badan akan mengeluarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang system imun. Stokin selalunya akan kering pada waktu pagi.

              Ulangi rawatan sehingga 5-6 malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam.
                Kenapa di kaki?

                Kerana kaki kita mengandungi kepekatan kelenjar peluh yang lebih tinggi daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.

                Teknik stokin ni selalunya saya buat time Zuyyin tidur. Sama ada pakai garlic socks/ onion socks/ lemon socks/ ACV socks.

                  • Stokin bawang putih

                  Nak buat garlic socks ni kena buat patch test dulu tau, takut kaki buah hati kita ni melecet. Nak buat patch test senang je.
                    Oleskan bawang putih yg telah di chopped di bahagian kaki/ bahagian dalam lengan anak (sebab bahagian ni paling sensitive). Tunggu setengah jam tengok ade keradangan ke takde. 
                      Kalau ade tu better jangan buat direct ye. Buat double socks. Amik stokin lubang-lubang dan sarungkan pada kaki anak. Amik lagi satu stokin cotton, masukkan sebiji bawang putih yang telah di chopped (utuk baby ambil separuh bawang putih sahaja ditakuti kaki anak terlalu kepanasan) di setiap stokin dan pakaikan. 
                        Kalau tengok anak tak selesa boleh pakai garlic oil. Nak buat garlic oil ni simple sangat. Boleh buat lebih dan boleh disimpan. 
                          Ambil satu labu bawang putih, chopped, tak perlu buang kulit, sangai/ bakar atas kuali tanpa minyak dengan api kecik. 
                            Bila dah kekuningan, buang kulit, masukkan dalam bekas bertutup dan campurkan dengan minyak Extra Virgin Olive Oil dan ramas-ramas sampai minyak tu pon berbau garlic

                            Pakai minyak masak biasa pon boleh, tapi yang bersih tau, bukan yang dah dipakai, HEHE. Makin lama disimpan makin kuat bau garlic ni. 
                              Kenapa bawang putih? Allah jadikan bawang putih sebagai antivirus dan antibakteria yang sangat hebat, bila cecair limfa dalam badan bawa khasiat bawang putih ni ke seluruh badan, cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada virus dan bakteria

                                • Stokin Bawang Merah

                                Menggunakan kaedah yang sama dengan stokin bawang putih.
                                  Penawar menggunakan bawang putih boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria dan fungus
                                    Manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.

                                      •  Stokin Lemon
                                      Selalunya kalau pakai stokin Zuyyin pasti terjaga, jadi saya selotipkan je =)

                                      Kadang-kadang saya buat lemon socks. Ambil sebiji lemon dan hiris, ambil secawan air suam dan perahkan dalam 2sudu besar jus lemon tu. Lebih pon takpe. 
                                        Rendam stokin dalam air tu sampai semua meresap dan pakaikan kat anak. Tapi disebabkan Zuyyin ni mudah terjaga bila sarungkan stoking sejuk dan basah.
                                          Maka saya amik satu slice lemon tu (tak rendam siap-siap), masukkn dalam socks Zuyyin dah siap pakai, agak-agak dalam sejam lepas tu spray pakai air lemon dalam spray cebuk Zuyyin macam dalam point Teknik Sponging/ Lap/ Spray kat atas tu. Kering je spray, kering je spray

                                            •   ACV (Apple Cider Vinegar)


                                              Ambil 2-3 sudu besar ACV dan campurkan dalam semangkuk air suam (ataupon buat nisbah 1:1)
                                                Rendam stokin beberapa minit sehingga benar-benar menyerap jus tersebut
                                                  Pakaikan anak stokin tersebut semalaman
                                                    Rendam kembali stokin sekiranya sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki
                                                      Selain itu boleh juga menggunakan putih telur (bagi yang itdak alah pada telur, dan kita akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba dari badan
                                                        Gel lidah buaya/ aloevera fresh dari daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam dengan menyapukan gelnya pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi gel tersebut sewaktu anak sedang tidur.

                                                          Fokus pada rawatan imun:

                                                          • Kerapkan beri susu ibu (ibu pon kena kawal diet)
                                                          • Liquid Diet : Air kosong, Sup Tulang/ Sup ayam sebagai penawar, letak lotsss of garlic dan onion untuk menaikkan imun badan (sup tulang dan ayam adalah sebagai sumber protein, makanan bagi sel badan untuk menentang virus dan bakteria.)
                                                          • Makan banyak antiviral foods, bawang putih, halia, kunyit, brocoli, dan makan makanan penyejuk badan seperti air barli dan air kelapa
                                                          • Jika anak tak boleh makan, ibu yang menyusukan sila la makan ye
                                                          • Elakkan Gula sebab gula adalah makanan virus dan bakteria yang melemahkan sistem imun tubuh keseluruhannya juga. Gula membantu pembiakan bakteria dan menyebabkan imun rendah sekaligus mengaktifkan virus
                                                          • Makan Vitamin C semulajadi - Jus buahan segar
                                                          • Jika anak demam selalu, beri anak makan probiotik, Virgin Coconut oil atau Olivenol. Kita kena support body untuk melawan kuman dan bukannya memberikan lebih beban kepada sistem badan.
                                                          • Pastikan anak kekal aktif
                                                          • Suhu 39 ke atas menghampiri 40 darjah bawa ke hospital untuk rawatan lanjut
                                                          • Suhu dibawah 38C TIDAK MEMERLUKAN PARACETAMOL (PCM)
                                                          • PCM cuma diambil jika susu mencecah 38.5C
                                                          • Suppository (ubat buntut cuma diambil jika suhu 39C ke atas) dan tidak sesuai untuk bayi berusia setahun ke bawah

                                                            Bagaimana sifat asid lemon/ ACV membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

                                                            • Sifat asid dapat membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai keseluruh badan. Apabila haba dapat bergerak, ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.
                                                            • Selain itu lemon juga adalah antioksidan semulajadi dan kaya dengan vitamin C, dengan ini dapat menaikkn imun system kita dan fight the viruses and bacteria gitu
                                                            -Credit to : GNRAM

                                                            Cara rawatan semulajadi ni memang agak meletihkan tapi Alhamdulillah Zuyyin jarang demam dan kalau demam pon Drugs Free wee wee ~~~ HEHE. Semoga bermanfaat kepada rakan-rakan juga =)

                                                            Jom tengok macam mana ibu-ibu ni jaga kesihatan anak-anak mereka

                                                            51 comments:

                                                            1. zarith pakai termometer apa tu? share pls..hehe

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Okay dah update, HEHE. Kalau nak ade tinggal 1 je stock =)

                                                                Delete
                                                            2. zarith jual yer? sy nak☺

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Boleh =) Whatsapp Zarith ye 013-7510028

                                                                Delete
                                                            3. salam,zarith sy feza, ade watsapp awk..nt check ek tq

                                                              ReplyDelete
                                                            4. Sponging mmg penting kalau demam..

                                                              lepas nie nak cube garlic sock pulak...petua bawang meah tu saya hiris pastu letak dalm runag rumah utk serap toksin2..

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. garlic socks kena pantau, takut anak allergic pula. Garlic tu agak panas. Even Zuyyin sekarang dah dekat 3 tahun pon haritu try letak direct, merah-merah nak melepuh kaki dia. Nasib baik dah pandai cakap sakit, so Zarith cepat-cepat tukar lemon socks

                                                                Delete
                                                            5. Tq for the tips..anak pn tgh demam...

                                                              ReplyDelete
                                                            6. Pertama kali anak sy demam, sejak 8bulan. Bole ke tido dlm ekon

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Kalau boleh ekon tu suhu 28-30.. tak perlu sejuk sangat, sebab bila kita sendiri demam, orang rasa kita panas, tapi kita sendiri kalau boleh nak selibung dalam selimut kan

                                                                Delete
                                                            7. Thanks for the info... Thermometer tu ada lagi k

                                                              ReplyDelete
                                                            8. Banyak khasiat lemon kan.. nice sharing dear.. sy rujuk sini ye, baby tgh demam :(

                                                              ReplyDelete
                                                            9. Tq for sharing.
                                                              Sy try dulu yg guna lemon tu...harap panas anak turun la...

                                                              ReplyDelete
                                                            10. Tq for tips...mohon share kt fb

                                                              ReplyDelete
                                                            11. anak saya kerap demam...tq ye...nanti blh la saya cuba

                                                              ReplyDelete
                                                            12. Sis lau bg ank mnum je lemon xpe ker...lam xsmpai 1sudu kcik pon..

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Anak umur berapa tu? Huhu..Kalau kecik lagi tak perlu lah bagi ye

                                                                Delete
                                                            13. tq untk petua tu... ank sy tgh demam skrg ni.. siap batuk berkahak... dah ganggu pernafasan dia.. baby bru 10 bln..

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Kesiannya, semoga baby sentiasa sihat ye

                                                                Delete
                                                            14. Tq share.sgt berguna.. Jemput baca entri terbaru sy http://vitaminfiqah.blogspot.com/2015/08/assalamualaikum.html

                                                              ReplyDelete
                                                            15. Baby 5 bulan boleh ke pakai petua tu

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Boleh. Cuma jangan buat bawang putih direct pada tapak kaki baby.

                                                                Delete
                                                            16. Trina ksh byk2...dgn izin Nya sgt mbntu wpun anak sy selang 2 mggu akn demam..

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Alhamdulillah syukur. Takpe, yang penting dapatkan juga nasihat dari doctor. Kalau asyik demam dan baby nampak lemah, dikhuatiri demam disebabkan oleh bakteria atau perkara lain.

                                                                Delete
                                                            17. Sis..ada petua utk bayi bwh 6 bulan cirit birit?
                                                              Anyway..sy suka entri sis..mohon share kat fb

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Better bawak pergi berjumpa doctor kalau cirit birit, terutamanya baby di bawah 6 bulan

                                                                Delete
                                                            18. Alhamdulillah, jumpa blog sis ni masa tgh google utk baby yg tgh demam. Thank you for sharing sis.

                                                              ReplyDelete
                                                            19. Assalamualaikum kak..anak sy genap 2 bulan n baru amek injection.pastu demam lak..normal ke kak@sy kena g bwk jumpe doc?ade x kaedah sesuai utk cegah@kurangkan demam die?

                                                              ReplyDelete
                                                            20. Zarith,boleh ek kalo anak sakit ibu dpt MC haha. anyway, Nukman demam ni tak taula cmne suhu, balik dari ofis ni baru nak cek.

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. kene sentiasa cek tau =) Semoga Nukman cepat sembuh =)

                                                                Delete
                                                            21. Alhamdulillah...the tips are very impressive..tq sooo much for sharing..currently looking for this useful tips..my 5 mths old baby is having fever...huaaaa...

                                                              ReplyDelete
                                                            22. Masalah anak saya pulak susah sgt nk makan ubat, kesian kadang nak kena pegang kuat2, kadang sampai meracau2 sebab terlalu takut makan ubat..so nnt boleh try cara ni, thanks for sharing..

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Boleh cuba cara ni,yang penting sentiasa cek suhu (setiap 5 minit) dan pastikan kepala sentiasa dibasahi air lemon. Bila waktu siang rendamkan dengan air Epsom salt. Inshaa Allah..

                                                                Delete
                                                            23. Lemon tu potong nipis trus selotep kt kaki anak ke?

                                                              ReplyDelete
                                                              Replies
                                                              1. Ye betul..tapi Zarith potong tebal sikit supaya bertahan sepanjang malam. Kalau nak lebih mujarab, pakaikan stoking yang dibasahi lemon tu

                                                                Delete

                                                              Peringatan!

                                                              Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

                                                              CountCount