Showing posts with label SET IBU HAMIL. Show all posts
Showing posts with label SET IBU HAMIL. Show all posts

5 May 2014

Selamatkah Penyusuan Semasa Hamil?

Assalamualaikum.

Masa dapat tahu yang saya preggy my second child while still bf Zuyyin (at that time Zuyyin was only 16months old), i was like..."Alamak, macam mana ni, i still want to nurse my Zuyyin." 

Berkecamuk perasaan waktu tu. Happy dengan berita yang doctor baru bagitau tapi at the same time sedih sebab nak wean off Zuyyin. Kenapa nak wean off? Sebab ramai yang "menasihatkan" saya untuk wean off. Sobsobsob (T_T")

Bila melihatkan saya yang kesedihan (sebab belum bersedia nak wean off lagi), ibu saya cakap, "Takpe nak (anak), ibu dulu pon breastfeed anak-anak mase preggy, lepas tu bila dah lahir, uolls share dengan adik. Yang penting jaga makan, pastikan makan makanan berkhasiat." 

See, that's why i said she's the best mom in the world, memahami naluri anaknya yang super fragile ini. HEHE



Yes, memang banyak kita dengar orang tua yang menasihatkan kita supaya berhenti menyusukan anak ketika sedang hamil, takut baby tak cukup khasiat, takut kita tak cukup khasiat, takut bersalin awal, tapi sebenarnya hal ini bergantung kepada keadaan ibu tu sendiri.

Contohnya:
  1. Ibu pernah mengalami keguguran
  2. Ibu pernah melahirkan anak pra matang, 
  3. Semasa menyusukan tu, si ibu mengalami sakit perut yang kuat dan berlakunya pendarahan. 
Selain itu ia adalah selamat.

Mari kita lihat satu artikel yang saya ambil dari buku LLLI (La Leche League International):

"Semasa kita menyusukan, mesti kita terasa ada contraction pada uterus. Ini tidak akan mendorong kepada melahirkan anak pra matang ataupon keguguran. Ini kerana Hormon Oxytoxin yang dirembeskan semasa menyusukan (hormon ini juga yang dihasilkan untuk merangsang kelahiran) tidak cukup untuk merangsang pembukaan serviks sebelum tiba masanya."

Lagi artikel tentang penyusuan semasa hamil di sini

Jadi setelah saya membuat keputusan untuk teruskan breastfeeding, ada beberapa perkara yang perlu saya titik beratkan:


  • Jaga pemakanan dan ambil makanan berzat
    • Ibu yang hamil memerlukan 200-400 kalori tambahan untuk pembesaran bayi dalam kandungan. Manakala sekiranya kita masih menyusukan anak, kita memerlukan tambahan sebanyak 600-700 kalori. Jadi kita kena pastikan memakan makanan berkhasiat untuk kesihatan ibu dan anak-anak
  • Bila kita hamil, nipple akan sedikit sakit dan sensitif bila anak latch. 
    • Pastikan anak kita latch dengan betul untuk mengelakkan melecet. Kena bersedia fizikal dan mental ni..HUHU.. Kadang-kadang sampai menitis air mata tahan sakit (T_T")
  • Jika kita rasa kurang selesa dan tidak sihat, mual dan sebagainya pada awal kehamilan.
    • Amalkan menyusukan anak kita dalam keadaan mengiring. Letakkan bantal di belakang badan untuk posisi yang lebih selesa.
  • Ibu hamil kan memang cepat letih. 
    • Jadi pastikan kita mendapat rehat yang secukupnya. Kalau di ofis tu tidur la sekejap masa lunch hour tu =)
  • Jika perlu ambillah supplement semasa hamil, lebih-lebih lagi kalau kita ni bukan seorang yang prihatin terhadap pengambilan makanan berkhasiat.
    •  Ingat! kita bukan makan untuk berdua tapi makan untuk bertiga tau.
  • Bersedia untuk penyusutan susu di akhir kehamilan.
    • Anak kita juga akan terasa "kelainan" pada rasa susu tu, ade sedikit rasa masin akibat kewujudan placenta.
Dan bila adik dah keluar, saya ingin mencuba tandem nursing, InsyaAllah.. Dulu masa breastfeed Zuyyin buat tandem dengan pump medela sebab lagi banyak hasilnya, lepas ni tak perlu lagi la pump, si kakak ade =) Semoga semua dipermudahkan-Nya. Amin.

12 April 2014

Tips Pemakanan Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum

Pemakanan sihat

Kehamilan merupakan saat mendebarkan dan kadangkala sampai pening kepala apabila orang sekeliling memberikan pelbagai nasihat, terutama nasihat dalam bidang pemakanan.

Ada yang kata makanan itu tak boleh makan, makanan ini tak boleh makan, tapi bila kita amati, makanan tersebut yang mempunyai khasiat yang paling tinggi. Jadi disini ada saya ambil satu artikel mengenai PEMAKANAN SEPANJANG KEHAMILAN



Folat



Folat adalah vitamin B yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi yang sihat tiub neural dan korda spina bayi. Ibu hamil memerlukan pengambilan folat yang banyak semasa hamil, tetapi keperluan terbaiknya ialah sebulan sebelum konsepsi dan dalam trimester pertama.


Keperluan seperti ini boleh didapati dari : Sayuran berdaun, avokado, roti gandum tulen, sarapan bijirin, ekstrak yis, oren dan kekacang seperti badam, kacang hazel dan kacang tanah.

Untuk masa yang memerlukan, ambillah makanan tambahan untuk membantu anda mendapat khasiat maksimum dari diet anda. 

Apabila memilih supplement anda, pilihlah yang mengandungi sekurang-kurangnya 500 mikrogram asid folic.

Makanan bersih



Listeriosis ialah sejenis penyakit yang boleh dijangkiti daripada makanan yang biasa kita makan. Ia menunjukkan beberapa simptom terhadap orang sihat tetapi bagi ibu hamil, ia boleh mengakibatkan keguguran dan beberapa penyakit serius terhadap bayi. 


Risiko infeksi ini boleh dikurangkan dengan amalan kerbersihan yang baik di rumah, berjaga-jaga ketika makan di luar dan elakkan makanan yang mengandungi risiko yang tinggi (contohnya: makanan deli yang sedia dimakan, ayam sejuk yang sedia dimakan, sayuran atau buah-buahan yang belum dibasuh)

Aiskrim dan juga makanan laut mentah, disalai atau yang sedia dimakan - termasuklah sushi makanan laut. 

Sentiasa memilih alternatif seperti masakan di rumah seperti ayam dan daging yang sejuk. Salad yang dibasuh dengan bersih dan disediakan di rumah.

Omega-3



Rantaian pajang asid lemak Omega-3 adalah amat penting untuk perkembangan otak bayi, mata dan tisu saraf jadi cubalah untuk mengambil makanan yang mengandungi asid lemak ini.


Makanan lain yang perlu dipertimbangkan ialah daging mentah, makanan yang penuh dengan omega seperti telur, roti dan susu.

Banyakkan Serat



Lebihan hormon yang dikeluarkan semasa hamil menjejaskan usus, oleh itu buasir adalah biasa. Pastikan pengambilan serat dan cecair adalah tinggi untuk mengelakkan masalah ini. 


Makanan terbaik untuk pengambilan yang kerap ialah makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti bijirin dan roti bijirin tulen. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran juga akan membantu.


Perkembangan tumbesaran bayi anda memerlukan pembekalan darah, ini bermakna anda memerlukan lebih zat besi daripada biasa.

Makanan harian yang kaya dengan zat besi mengawal paras tenaga anda dan membentuk penyimpanan zat besi bayi anda. Daging adalah sumber terbaik untuk membekalkan zat besi. 

Sementara itu anda juga boleh mendapatkan sumber dari ayam dan ikan. Zat besi dari sumber tumbuh-tumbuhan adalah sangat kurang menyerap, sekiranya anda adalah seorang vegetarian, anda patut menimbangkan untuk mengambil supplement zat besi.

Anda harus memastikan anda mendapat bekalan kalsium 1000mg sehari seperti yang disyorkan untuk menguatkan tulang anda. Tiga hidangan yang rendah lemak akan mencukupi untuk kalsium yang anda dan bayi perlukan.

Iodin


Kajian menunjukkan yang paras iodin kanak-kanak semakin mengurang. Oleh itu lindungi perkembangan bayi anda dan perkembangannya dengan mengambil iodin tambahan yang diperlukannya. 

Makan makanan yang tinggi iodin seperti tenusu, makanan laut, rumpai laut, dan garam yang diletak iodin. Sebagai alternatif, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat tahu supplement yang perlu anda ambil

Credit : Pa&Ma

Jangan lupa mengambil Set Hamil Shaklee yang lengkap, untuk mengurangkan simptom kaki cramp, sembelit, kulit ada stretchmark dan membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Set Hamil Shaklee ini juga adalah sebagai persediaan untuk si ibu menyusukan anak sepenuhnya selepas kelahiran nanti, InsyaAllah =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

Nak Beli Sendiri? Boleh Klik Pada Link Di bawah ni yea:

9 April 2014

Excited nak shopping untuk baby?

Assalamualaikum

Kita mesti excited time nak shopping barang baby kan? Especially first time mommy.. I know the feeling =) Rasa semua nak beli, rase semua comel sangat, HEHE. 

Okies, here are some tips/garis panduan supaya kita tidak tersasar jauh dalam dunia membeli belah barang keperluan bayi ni =)


  • Setiap Bayi Berbeza
    • Setiap bayi berbeza sama seperti ibu bapanya. Tiada bayi yang serupa dan mereka mempunyai citarasa masing-masing. Tidak semestinya sesuatu alat itu berkesan ke atas seorang bayi dan ia akan berkesan untuk bayi anda juga
  • Mahal Tidak semestinya bagus
    • Amat mudah bagi anda yang menyangka lebih banyak duit anda habiskan, lebih bagus produk yang anda beli tu, itu tidak benar. Terutamanya seperti pembelian besar seperti stroller
  • Jangan percayakan iklan yang mempengaruhi
    • Hanya kerana produk itu telah diiklankan ditelevisyen dengan perkataan "100% boleh menenagkan bayi anda" telah dicopkan keatasnya tidak semestinya ia akan berkesan untuk sikecil anda juga 
  • Jangan Panik
    • Ia amat mudah untuk mendapatkan barangan yang diperlukan dengan segera daripada menyesal jika membeli belah pada saat akhir.

Kredit: Pa&Ma

Jangan lupa dapatkan SET HAMIL Shaklee, membantu anda untuk lebih sihat dan cergas sepanjang kehamilan. 

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028






6 February 2014

Tips Kurangkan Morning Sickness Cara Sihat

Assalamualaikum

Bagi setiap ibu yang hamil boleh dikatakan 90% mengalami morning sickness semasa 1st Trimester. Ada juga yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan. 

Nak gosok gigi muntah, nak masak tak boleh, dan yang paling teruk, jiran masak pon kita rasa macam nak marah sebab hidung sangat sensitif dengan bau-bauan.

Ada cara untuk kurangkan rasa tak selesa ni, tanpa makan asam kecut ke asam masin ke (Read: this is not good for our baby)




Cara yang saya suka buat untuk hilangkan mual-mual ni adalah :


  • Hiris lemon into slices dan tiap kali rase mual, hidu...hidu.. dan hidu... kadang-kadang jilat jugak sikit hehe
  • Selalu minum air suam, jus lemon, yogurt.
  • Selalu isik perut dengan makanan ringan seperti cracker, buah-buahan
  • Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan rasa nak muntah contohnya minuman berkafein, makanan manis seperti kek, gula-gula dan coklat
  • Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa
  • Jauhkan diri dari benda-benda yang berbau yang dapat mencetuskan rasa mual 
  • Ambil Vitamin B-complex yang dapat mengurangkan rasa mual
  • Boleh juga ambil Peppermint ginger Plus

Tapi kalau dah teruk sangat sampai lebih dari 1st Trimester, sampai dah tak boleh bangun dari katil, sila lah berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Takut diri sendiri dan baby tidak mendapat nutrisi yang diperlukan.

Jangan lupa ambil Vitamin dalam SET HAMIL untuk membekalkan nutrisi dan tenaga untuk ibu dan anak yang dikandung =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

4 February 2014

Amalan ibu hamil

Assalamualaikum

Bagi setiap ibu hamil, mesti inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan kan? Selain pemakanan dan akhlak kita, amalan-amalan kerohanian juga sangat2 la perlu dititik beratkan. 


Antara amalan-amalan yang perlu diamalkan semasa hamil adalah:
  1. Makan makanan yang baik, kurma, badam, air zamzam dan kismis jangan dilupa. Elakkan memakan fast food dan junk food
  2. Sentiasa buat latihan math
  3. Jangan suka bergaduh dengan pasangan bagi mengelakkan anak yang ganas dan panas baran
  4. Sentiasa bersedekah bagi mendapatkan anak yang berjiwa lembut
  5. Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
  6. Ibu bapa perlulah rajin solat unutk melahirkan anak yang mudah mendapat petunjuk dan hidayah
  7. Sentiasa bertaubat,beristighfar dan berdoa kepada Allah
  8. Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat Isnin dan Khamis
  9. Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya solat hajat dan taubat.
  10. Banyakkan berzikir kepada Allah. Si suami di galakkan berzikir contohnya semasa memandu. Si ibu pulak boleh la berzikir semasa masak ke..Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan fizikalnya.
  11. Banyakkan membaca Al-Quran dan menghadiri majlis-majlis ilmu
  12. Rajin mengukir senyuman, sentiasa bersangka baik dan elakkan sifat dendam dan dengki
  13. Menjaga akhlak dan emosi. Jangan stress, jangan sedih-sedih
  14. Lakukan kerja-kerja ringan dirumah. Ini akan memudahkan proses bersalin nanti. Dan suami perlulah membantu melakukan kerja-kerja rumah itu.
  15. Banyakkan berbual dengan anak di dalam kandungan sambil mengusap-usap perut. Ini akan merangsang perkembangan anak di dalam kandungan.
  16. Membaca surah-surah amalan ketika hamil
  17. Membaca doa ketika hamil 

Ohye vitamin semasa hamil jangan lupa makan...supplement untuk badan kita yang berbadan dua, di mana gizi makanan seimbang pon perlulah kali dua.. cuma portion makan takyah lah kali dua..nanti kena minum air gula lak..HEHE


20 August 2013

Kekal Sihat Bertenaga Semasa Hamil Dengan Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum

Masih ingat lagi saat saya disahkan hamil oleh doctor, rasa macam tak percaya, time tu scan cuma nampak poppy seed je,tapi perasaan time tu hanya Allah je yang tahu.

Hati berbunga riang, kembang setaman hihi..Syukur ya Allah. Time tu dah plan elok2 ape yang nak di buat sepanjang tempoh kehamilan.



First of all mestilah jaga pemakanan. Apa yang kita makan, baby pon akan dapat. So i decided to slash out all processed food, junk food and fast food ( i looove pizas, burgers and ayam goreng,huhu). 

Susu, yogurt, sayur dan buah-buahan tak pernah missed. Madu, badam, kurma, kismis dan air zamzam pon tak pernah tinggal. Vitamin pon sama.

Jadi, vitamin apa yang diperlukan oleh seorang ibu hamil? 

Set Hamil Shaklee adalah pilihan saya kerana ia LENGKAP, dari BAHAN SEMULAJADI dan BUKAN SINTETIK



Apakah yang ada dalam Set Hamil Shaklee ni?
  • Bcomplex (with Folic Acid)
  • Vitamin C
  • Vitalea (Multivitamin with Iron Formula)
  • Ostematrix
  • Omega Guard (Tambahan)
  • ESP (Tambahan)

Adakah perlu bagi kita mengambil vitamin-vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee ini?

YA, PERLU! Pengambilan vitamins dapat mengelakkan kelahiran bayi pra matang, kekurangan berat bayi dan mengurangkan risiko kecacatan

Ia juga penting untuk menjadikan kita sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan. Almaklum la time hamil badan akan jadi letih lesu tidak bertenaga seperti dan lari beratus-ratus kilometer..huhu

Apakah Khasiat dan Fungsi Setiap Vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee ni?

  • Bcomplex
    • Ia sangat penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang baby. Ia juga dapat mengurangkan rasa loya dan menurunkan stress level kita (Stress tak bagus untuk ibu hamil sebab ia akan menyebabkan baby depress)
  • Vitamin C
    • Ibu yang hamil ni antibodi adalah sangat lemah (saya dulu kalo pegi tempat awam, pakai mask,hehe) Jadi Vitamin C dapat meningkatkan antibodi badan kita. Yang bestnya, Vitamin C Shaklee tidak mengandungi pewarna dan pengawet tiruan.
  • Vitalea with Iron Formula
    • Multivitamin Shaklee ini mengandungi zat besi yang dapat membantu mengekalkan HB si ibu. Kalau selalu kena marah dengan nurse sebab HB rendah, dah try makan sayur bayam, kerang,hati,jambu batu pon tak jalan..boleh la try makan vitalea, InsyaAllah =) Nak tau apa kesan kalo kurang zat besi? Boleh bawa maut tau. Cuba baca kat sini.
  • Ostematrix
    • Membekalkan kandungan Calcium yang ideal dalam badan, mengelakkan cramp especially time malam. Juga mengelakkan komplikasi time bersalin.
  • Omega Guard (Omega 3)
    • Ia sangat pentng dalam pembentukan otak bayi sejak dari awal lagi. Ia juga membantu memecahkan lemak dalam badan kita, jadi ia membantu ibu untuk mengawal berat badan semasa hamil =)
  • ESP (Energizing Soy Protein)
    • Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit. 
    • ESP juga memberikan ibu tenaga, ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga memelihara dan membekalkan asid amino yang bertindak membentuk organ dan otot baby. 
    • Keperluan protein semasa hamil perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan placenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki Trimester ke 3.
    • Kerana itu ESP sangat penting dalam Set Hamil Shaklee ini
Selain dari testimoni diri sendiri yang sangat cintakan Set Hamil Shaklee ini, ada banyak lagi testimoni yang hendak saya kongsikan. Tapi kalau banyak sangat bosan pulak kan? Ok, jom tengok a few je Testimoni Set Hamil Shaklee ni

# 1. Testimoni


# 2. Testimoni

Nak tengok lagi Testimoni Set Hamil Shaklee? Boleh tengok di sini

Setelah berusaha menjaga pemakanan, adab dan akhlak pon hendaklah dijaga, supaya anak di dalam kandungan berakhlak mulia, insyaAllah =) Amalkan surah-surah untuk ibu hamil juge ye..hehe. Jom tengok apakah AMALAN IBU HAMIL

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028



5 August 2013

Kacang Soya Non- GMO dalam ESP Shaklee

Assalamualaikum

Tahukah anda bahawa kacang soya yang digunakan dalam pembuatan ESP ini adalah dari yang bermutu tinggi?

Shaklee hanya menggunakan kacang soya yang Non -GMO (non-Genetically Modified Organism) dan di proses pada kadar suhu yang rendah untuk mengekalkan kualiti terbaiknya.

Satu tin ESP (850gm) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP ini merupakan satu-satunya produk yang menyediakan 9 asid amino penting yang sangat diperlukan oleh badan namun badan kita tidak boleh menghasilkannya. 

Ia juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungan Indeks Glisemiknya juga rendah iaitu 39.


Kandungan Indeks Glisemik yang rendah membuatkan ESP sesuai untuk penghidap diabetes

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. ESP jugak tiada kolesterol, rendah lemak, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh kita


Siapa yang susuai amik ESP?

Manfaat utama ESP:

  1. Awet muda
    • Asid amino penting untuk membina otot, kult, rambut, darah, organ dan kulit. Pegambilan yang konsisten dan kerap adalah kunci kepada awet muda =)
  2. Baik untuk hormon
    • kacang soya kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  3. Baik untuk prostat
    • Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam penyembuhan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat
  4. Kulit remaja
    • Merangsang pembentukan semulajadi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan keremajaan kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  5. Pembekal tenaga
    • Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun
  6. Membaiki pigmentasi
    • Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, kedutan dan kesan tua
  7. Membaiki memori
    • Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

Apakah kepentingan protein?

  • Bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan 
  • Komponen utama kepada hormon manusia
  • Merangsang fungsi psikologi
Maka setiap organ kita memerlukan protein. 

Tahukah anda apakah risiko kekurangan Protein?

  • Anemia
  • Kidney disease
  • Liver
  • High Cholestrol
  • Low Blood Pressure
  • Low Blood Sugar
  • Nerve instability
  • Peptic Ulser
  • Luka yang lambat sembuh
  • Pengaliran darah yang tidak lancar
  • Penglihatan yang kurang baik
  • Badan lesu
  • Lemah
  • Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  • Perubahan warna rambut
  • Bantut pertumbuhan
  • Masalah penghasilan darah dan hormon
  • Masalah penghadaman
dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang boleh membawa kepada kematian

Jadi apa tunggu lagi. ESP ni memang power...Tak Cuba tak tahu =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount