5 May 2014

Selamatkah Penyusuan Semasa Hamil?

Assalamualaikum.

Masa dapat tahu yang saya preggy my second child while still bf Zuyyin (at that time Zuyyin was only 16months old), i was like..."Alamak, macam mana ni, i still want to nurse my Zuyyin." 

Berkecamuk perasaan waktu tu. Happy dengan berita yang doctor baru bagitau tapi at the same time sedih sebab nak wean off Zuyyin. Kenapa nak wean off? Sebab ramai yang "menasihatkan" saya untuk wean off. Sobsobsob (T_T")

Bila melihatkan saya yang kesedihan (sebab belum bersedia nak wean off lagi), ibu saya cakap, "Takpe nak (anak), ibu dulu pon breastfeed anak-anak mase preggy, lepas tu bila dah lahir, uolls share dengan adik. Yang penting jaga makan, pastikan makan makanan berkhasiat." 

See, that's why i said she's the best mom in the world, memahami naluri anaknya yang super fragile ini. HEHE



Yes, memang banyak kita dengar orang tua yang menasihatkan kita supaya berhenti menyusukan anak ketika sedang hamil, takut baby tak cukup khasiat, takut kita tak cukup khasiat, takut bersalin awal, tapi sebenarnya hal ini bergantung kepada keadaan ibu tu sendiri.

Contohnya:
  1. Ibu pernah mengalami keguguran
  2. Ibu pernah melahirkan anak pra matang, 
  3. Semasa menyusukan tu, si ibu mengalami sakit perut yang kuat dan berlakunya pendarahan. 
Selain itu ia adalah selamat.

Mari kita lihat satu artikel yang saya ambil dari buku LLLI (La Leche League International):

"Semasa kita menyusukan, mesti kita terasa ada contraction pada uterus. Ini tidak akan mendorong kepada melahirkan anak pra matang ataupon keguguran. Ini kerana Hormon Oxytoxin yang dirembeskan semasa menyusukan (hormon ini juga yang dihasilkan untuk merangsang kelahiran) tidak cukup untuk merangsang pembukaan serviks sebelum tiba masanya."

Lagi artikel tentang penyusuan semasa hamil di sini

Jadi setelah saya membuat keputusan untuk teruskan breastfeeding, ada beberapa perkara yang perlu saya titik beratkan:


  • Jaga pemakanan dan ambil makanan berzat
    • Ibu yang hamil memerlukan 200-400 kalori tambahan untuk pembesaran bayi dalam kandungan. Manakala sekiranya kita masih menyusukan anak, kita memerlukan tambahan sebanyak 600-700 kalori. Jadi kita kena pastikan memakan makanan berkhasiat untuk kesihatan ibu dan anak-anak
  • Bila kita hamil, nipple akan sedikit sakit dan sensitif bila anak latch. 
    • Pastikan anak kita latch dengan betul untuk mengelakkan melecet. Kena bersedia fizikal dan mental ni..HUHU.. Kadang-kadang sampai menitis air mata tahan sakit (T_T")
  • Jika kita rasa kurang selesa dan tidak sihat, mual dan sebagainya pada awal kehamilan.
    • Amalkan menyusukan anak kita dalam keadaan mengiring. Letakkan bantal di belakang badan untuk posisi yang lebih selesa.
  • Ibu hamil kan memang cepat letih. 
    • Jadi pastikan kita mendapat rehat yang secukupnya. Kalau di ofis tu tidur la sekejap masa lunch hour tu =)
  • Jika perlu ambillah supplement semasa hamil, lebih-lebih lagi kalau kita ni bukan seorang yang prihatin terhadap pengambilan makanan berkhasiat.
    •  Ingat! kita bukan makan untuk berdua tapi makan untuk bertiga tau.
  • Bersedia untuk penyusutan susu di akhir kehamilan.
    • Anak kita juga akan terasa "kelainan" pada rasa susu tu, ade sedikit rasa masin akibat kewujudan placenta.
Dan bila adik dah keluar, saya ingin mencuba tandem nursing, InsyaAllah.. Dulu masa breastfeed Zuyyin buat tandem dengan pump medela sebab lagi banyak hasilnya, lepas ni tak perlu lagi la pump, si kakak ade =) Semoga semua dipermudahkan-Nya. Amin.

0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount