Showing posts with label Tips Mengemas Rumah. Show all posts
Showing posts with label Tips Mengemas Rumah. Show all posts

20 September 2014

Tips Mengemas Rumah Dua Tingkat Dengan Pantas Tanpa Gangguan Anak Kecil

Assalamualaikum

Bila rumah dua tingkat ni memang bercinta la nak mengemasnya. Terutamanya bila ada dua orang anak yang masih kecil. Kita kemas sini, sorang dok mengemas sana, sorang lagi menangis nakkan perhatian. Kalau macam tu sampai esok pon belum tentu siap kan.

Selalunya kami akan mengemas pada hari minggu. Hari biasa sampai rumah pun dah dekat pukul 7, dengan nak jaga dua puteri solehah seorang diri, memang mencabarlah kalau nak mengemas waktu tu.

Apakah tips mengemas dengan cepat tanpa gangguan anak kecil:


  • Bangun pagi kami akan minum Performance Drink+ESP untuk bekalan tenaga sepanjang hari. Tenaga sangat penting untuk mengemas rumah secara pantas sambil menguruskan dua orang puteri solehah kami ni.

Energy booster kami

  • Bahagikan tugas dengan suami. Siapa nak kemas apa. Jangan kita sibuk mengemas suami dok bergumbira mengadap TV. Alhamdulillah Mr Hubby memang sangat ringan tulang membantu. So far tak pernah saya mengemas rumah seorang diri.

    Suami perlu membantu isteri untuk mengemas rumah

  • Semasa saya masak sarapan, Mr. Hubby akan mandikan Zuyyin (2tahun). Sambil tu saya akan basuh baju.
  • Waktu mandi pula, saya akan basuh toilet bawah sementara Mr Hubby jaga anak-anak dan bagi Zuyyin sarapan. Mr. Hubby pula akan mandi di atas dan basuh lagi 2 toilet semasa saya memandikan dan tidurkan Zayra (2 bulan).
  • Saya akan tukar semua cadar, sarung bantal dan mattress protector, sementara Mr. Hubby pula akan jemur semua bantal dan kapet. Tilam tu sembur febreze je, HEHE. 
  • Lepas tu beliau juga yang akan sidai baju yang dah siap di basuh sementara saya menyediakan makanan untuk tengahari.
  • Selepas kami makan tengahari bersama, saya akan tidurkan Zuyyin dan Zayra. Pada waktu ni Mr. Hubby akan vacuum satu rumah. Bila puteri solehah kami dah tidur, saya pula akan mengemop satu rumah dan lap segala meja dan rak yang ada.
  • Waktu anak-anak bangun. Rumah dah bersih berkilat berseri-seri =) Waktu mereka tidur malam kami akan lipat baju bersama-sama.
Bila rumah bersih dan cantik, baru lah bersemangat nak buat kerja lain kan. Anak-anak pon sihat, InsyaAllah =)

Jom Tonton Video ni =)




    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount