Assalamualaikum
Kalau ditanya best ke tak, mestilah tak best kan? Kesian kat anak-anak yang rindukan ayah mereka. Bayangkan setiap hari bangun pagi, mesti Zuyyin akan tanya ayah ada tak.
Zuyyin: "Ibu, ayah dah balik ke?"
Ibu: "Ayah balik hari Jumaat malam sayang, harini baru Isnin"
Zuyyin: " Oh, ayah work lagi ye bu? Kat Subang? Kita kat Pasir Gudang kan?"
Ibu: "Iye sayang, pandai anak ibu"
Bergenang air mata Zarith tiap kali Zuyyin bangun pagi macam tu. Kalau Mr. Hubby balik Jumaat malam, anak-anak dah tidur. Jadi bila bangun pagi Sabtu tu bukan main gembira lagi. Hug dan kiss ayah puas-puas.
Bila sorang-sorang macam ni memang rasa seperti seorang ibu yang sangat efisyen. Semua benda buat sendiri. Mr. Hubby pulak seorang yang sangat ringan tulang membantu. Jadi sebelum ni tak pernah buat semua seorang diri.
Kekurangan yang sangat nyata apabila PJJ ni adalah, keletihan dan stress yang berlebihan.
Bayangkan nak handle Zuyyin dan Zayra yang masih kecil. Zuyyin yang baru 2 tahun 5 bulan asyik merengek minta dilayan. Nak makan, nak main bersama. Nak borak-borak. Yes, Zuyyin memang macam makcik-makcik, suka betul berborak.
Zayra yang baru berusia 4 bulan ni pulak asyik menangis tiap kali tak nampak ibu. Asyik nak menyusu dan nak di agah. Kerja-kerja rumah seperti membasuh baju dan cloth diapers lagi. Basuh pam susu lagi. Lipat kain baju. Nak solat pun terkejar-kejar.
Allahuakbar memang mencabar. Hari-hari berdoa supaya diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menjaga dan mendidik mereka. Takut juga termarah dan ternaik tangan bila dah stress sangat kan. Alhamdulillah belum sampai ke tahap tu lagi.
Zarith nak share sikit la rutin harian yang Zarith rasa boleh diaplikasikan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.
Jadi Mr. Hubby mencadangkan agar Zarith makan dulu sebelum ambil anak-anak. Jadi lepas abis kerja terus makan di opis. Ini sangat praktikal.
Habiskan waktu yang singkat itu dengan bermain dengan mereka. Pam susu ke apa ke Zarith akan simpan dalam peti sejuk dulu untuk elakkan basi.
Zuyyin akan tetap tanya ayah bila nak balik, ayah kat mana dan sebagainya, setiap hari tanpa jemu. Kesian.
Waktu Maghrib adalah waktu yang paling genting. Sampai rumah kita nak mandi dan solat magrib tapi waktu ni lah anak-anak nakkan perhatian lebih.
Jadi bila facetime dengan ayah mereka, mereka ralit sekejap. Dengan Zayra pon akan senyum bila ayah agah. Padahal alam maya je pon. Jadi Facetime serius membantu.
Seawal jam 8.30malam Zarith memang akan salinkan Cloth Diapers anak-anak, gosokkan gigi Zuyyin dan gosok gigi sendiri. Jam 9 malam memang bilik dah gelap.
Pastikan alarm rumah dipasang. Dalam bilik yang gelap tu Zarith akan bercakap dengan anak-anak supaya mereka behave esok pagi sepanjang perjalanan pergi ke rumah babysitter dan pulang yang mengambil masa 15 minit sekiranya tidak jem, 30minit kalau jem.
Cara bercakap dengan anak-anak sebelum mereka tidur memang sangat-sangat membantu, Alhamdulillah.
Bacakan/ buka di handphone Surah Al-Mulk sebagai pendinding dan bacakan Ayatul Kursi dan sebagainya sebelum tidur. Ini akan membuatkan anak-anak berasa tenang dan mereka akan tidur nyenyak sepanjang malam, Inshaa Allah.
Oleh kerana kerja rumah terbengkalai sebab tidur awal, maka Zarith akan bangun seawal 3 pagi untuk buat semua kerja-kerja rumah yang patut.
Basuh dan steril pam dan botol. Sambil membuat powerpumping, sambil melipat kain baju.
Baju dan cloth diapers pula akan dibasuh bila dah pukul 5 pagi, sidai setelah pukul 6.30 pagi. Sebab waktu tu orang dah balik masjid jadi agak selamat untuk keluar rumah pada waktu tu.
Sementara tunggu basuhan siap, Zarith akan masak dulu untuk bekalan Zarith dan Zuyyin.
Supplement ibu menyusu tu dah memang satu kemestian. Zarith tambah juga dengan Vitalea sebagai multivitamin, Vitamin C untuk pastikan Zarith sentiasa sihat dan fit untuk si manja 2 orang ni, B-Complex pula sebagai penambah tenaga dan penenang.
Yang ni sangatlah penting. Berdoa supaya Allah kurniakan kita kekuatan dan kesihatan untuk terus berkhidmat untuk anak-anak dan suami tersayang.
Berdoa supaya Allah kurniakan kita kesabaran dan ketabahan dalam melalui semuanya. Berdoa supaya Allah kurniakan kita kelapangan masa untuk buat semua benda.
Rutin ni berulang setiap hari. Dan Alhamdulillah dah biasa dengannya =)
Semoga ibu-ibu diluar sana juga diberi kekuatan yang luar biasa demi anak-anak tercinta! Yang penting jangan stress, nanti susu merajuk =)
Suami Isteri Jarak Jauh, Stress, Letih, Memang Tak Dapat Dielakkan
Masuk bulan ni dah hampir 4 bulan hidup berjauhan dengan Mr. Hubby. Kiranya weekend Husband And Wife la ni. PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) la bak kata kawan-kawan. Stress dan letih betul bila cinta hati jauh ni.![]() |
| Walaupun berjauahan namun kasih sayang semakin mendalam |
Kalau ditanya best ke tak, mestilah tak best kan? Kesian kat anak-anak yang rindukan ayah mereka. Bayangkan setiap hari bangun pagi, mesti Zuyyin akan tanya ayah ada tak.
Zuyyin: "Ibu, ayah dah balik ke?"
Ibu: "Ayah balik hari Jumaat malam sayang, harini baru Isnin"
Zuyyin: " Oh, ayah work lagi ye bu? Kat Subang? Kita kat Pasir Gudang kan?"
Ibu: "Iye sayang, pandai anak ibu"
Bergenang air mata Zarith tiap kali Zuyyin bangun pagi macam tu. Kalau Mr. Hubby balik Jumaat malam, anak-anak dah tidur. Jadi bila bangun pagi Sabtu tu bukan main gembira lagi. Hug dan kiss ayah puas-puas.
Bila sorang-sorang macam ni memang rasa seperti seorang ibu yang sangat efisyen. Semua benda buat sendiri. Mr. Hubby pulak seorang yang sangat ringan tulang membantu. Jadi sebelum ni tak pernah buat semua seorang diri.
Kekurangan yang sangat nyata apabila PJJ ni adalah, keletihan dan stress yang berlebihan.
Bayangkan nak handle Zuyyin dan Zayra yang masih kecil. Zuyyin yang baru 2 tahun 5 bulan asyik merengek minta dilayan. Nak makan, nak main bersama. Nak borak-borak. Yes, Zuyyin memang macam makcik-makcik, suka betul berborak.
Zayra yang baru berusia 4 bulan ni pulak asyik menangis tiap kali tak nampak ibu. Asyik nak menyusu dan nak di agah. Kerja-kerja rumah seperti membasuh baju dan cloth diapers lagi. Basuh pam susu lagi. Lipat kain baju. Nak solat pun terkejar-kejar.
Allahuakbar memang mencabar. Hari-hari berdoa supaya diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menjaga dan mendidik mereka. Takut juga termarah dan ternaik tangan bila dah stress sangat kan. Alhamdulillah belum sampai ke tahap tu lagi.
Zarith nak share sikit la rutin harian yang Zarith rasa boleh diaplikasikan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.
1. Makan sebelum pulang ke rumah
Dulu pernah cuba lepas ambil anak-anak dari rumah babysitter, masak sambil pakai babycarrier. Tapi cara tu sungguh tak relevan. Dengan Zayra kepanasan lagi, Zuyyin nak tolong masak sama. Bahaya!Jadi Mr. Hubby mencadangkan agar Zarith makan dulu sebelum ambil anak-anak. Jadi lepas abis kerja terus makan di opis. Ini sangat praktikal.
2. Balik kerja, layan anak sahaja. Kerja rumah letak tepi
Okay yang ni memang perlu. Almaklumlah kita seorang yang bekerja, jadi sangatlah sikit masa yang ada untuk anak-anak.Habiskan waktu yang singkat itu dengan bermain dengan mereka. Pam susu ke apa ke Zarith akan simpan dalam peti sejuk dulu untuk elakkan basi.
3. Facetime dengan Mr. Hubby
![]() |
| Facetime pengubat rindu |
Yang ni memang wajib. Disamping ayah dapat tengok anak-anak dan isteri tersayang, ia juga dapat menjaga emosi anak-anak.
Zuyyin akan tetap tanya ayah bila nak balik, ayah kat mana dan sebagainya, setiap hari tanpa jemu. Kesian.
Waktu Maghrib adalah waktu yang paling genting. Sampai rumah kita nak mandi dan solat magrib tapi waktu ni lah anak-anak nakkan perhatian lebih.
Jadi bila facetime dengan ayah mereka, mereka ralit sekejap. Dengan Zayra pon akan senyum bila ayah agah. Padahal alam maya je pon. Jadi Facetime serius membantu.
4. Tidur Awal
Pastikan alarm rumah dipasang. Dalam bilik yang gelap tu Zarith akan bercakap dengan anak-anak supaya mereka behave esok pagi sepanjang perjalanan pergi ke rumah babysitter dan pulang yang mengambil masa 15 minit sekiranya tidak jem, 30minit kalau jem.
Cara bercakap dengan anak-anak sebelum mereka tidur memang sangat-sangat membantu, Alhamdulillah.
Bacakan/ buka di handphone Surah Al-Mulk sebagai pendinding dan bacakan Ayatul Kursi dan sebagainya sebelum tidur. Ini akan membuatkan anak-anak berasa tenang dan mereka akan tidur nyenyak sepanjang malam, Inshaa Allah.
5. Bangun Seawal Jam 3pagi
Basuh dan steril pam dan botol. Sambil membuat powerpumping, sambil melipat kain baju.
Baju dan cloth diapers pula akan dibasuh bila dah pukul 5 pagi, sidai setelah pukul 6.30 pagi. Sebab waktu tu orang dah balik masjid jadi agak selamat untuk keluar rumah pada waktu tu.
Sementara tunggu basuhan siap, Zarith akan masak dulu untuk bekalan Zarith dan Zuyyin.
6. Berehat sebentar
Zarith tak ambil nap sebab banyak benda nak kena buat. Tapi kalau diikutkan adalah lebih baik kita berehat sebentar pada lunch hour tu.7. Amalkan Pengambilan Makanan Tambahan
Yang ni memang Zarith tak boleh tinggal. Kalau tak memang lunyai la rasa badan ni. Bangun pagi mesti dimulakan dengan secawan madu suam, diikuti dengan Zinc setengah jam kemudian. Lepas tu baru la boleh buat kerja rumah sikit. Shake pula ESP suam untuk cover kelaparan dan tambah tenaga yang diperlukan.Supplement ibu menyusu tu dah memang satu kemestian. Zarith tambah juga dengan Vitalea sebagai multivitamin, Vitamin C untuk pastikan Zarith sentiasa sihat dan fit untuk si manja 2 orang ni, B-Complex pula sebagai penambah tenaga dan penenang.
8. Berdoa kepada Allah
![]() |
| Pergantungan yang tinggi kepada Allah |