20 February 2014

Tips Membanyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum

Sepanjang tempoh penyusuan, tidak sepanjang masa susu kita banyak. Bila stress sikit je, penat sikit je, susu pon kurang. Nak-nak time period menjengahkan diri. Memang pening kepala nak buat stok. 

Jadi moh kita tengok apakah dia bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati disekeliling kita yang boleh membantu kita dalam menyelesaikan isu negara ni..HEHE

Ada baaaanyak makanan yang dapat memperbanyakkan susu ibu. Antaranya adalah:

  • Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada breast. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak
  • Nasi Panas, Halia Muda dan Air Asam

Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan dengan air asam
  • Longan Kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang dan diminum airnya
  • Lobak Putih

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2x sehari
  • Susu
Banyakkan minum susu. Seeloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 ke 4 hidangan sehari
  • Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, Vitamin E, Kalsium, Vitamin B Complex dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur, dan kacang soya. 

Kandungan Asid Aminonya pon tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Halba dan Jintan Hitam

Cuci Halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu tapis dan keringkan, simpan dalam bekas tertutup. 

Cara menggunakannya, rendamkan satu sudu halba atau jintan hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
  • Daun Betik Muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut2 hingga 3 kali sehari.
  • Bunga Melur dan daun pucuk manis

Giling daun bunga melur atau pucuk manis sehingga halus dan tampal disekeliling breast pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan breast sebelum menyusukan bayi
Sumber: Majalah Pa&Ma

Jangan lupa mendapatkan SET MENYUSU SHAKLEE . Selain tu boleh la amalkan membaca Ya-Matin (70 kali ataupun sepanjang waktu menyusukan/ mengepam) dan membaca surah Al-Baqarah Ayat-60.

Semoga bermanfaat!


4 comments:

  1. ilmu yang bermanfaat ..
    biar tau ntar kalo udah punya suami :)
    terimakasih

    ReplyDelete
  2. memang berguna info kat sini..
    Annur faham sangat macam mana perasaan ibu2 yg kurang susu..mmg akan desperate search kat google, cari tahu petua banyakkan susu..hehe dari pengalaman sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..betul tu..memang kita risau sangat kalau susu kurang utk si manja..

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount