Showing posts with label Sustained Release Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vitamin C. Show all posts

16 December 2014

Nak Cantik Dan Gebu Tanpa Make Up? Ini Masanya!

Assalamualaikum

Kulit Berseri Idaman Semua

December dah sampai setengah bulan baru terhegeh-hegeh nak buat entri tentang promosi bulan ni yang sangat menarik. Sebab apa? Sebab Zarith nak kelihatan cantik dan gebu sorang-sorang maka tak mau berkongsi dengan orang lain. (Apakah?)



Okay kesayangan semua, rasanya dah ramai yang sedia maklum tentang Bulan December, Bulan Kecantikan. 

Bulan December ni Promosi berganda-ganda. Buy 6 Free 1 selalunya hanya ada satu sets of vitamin je, namun bulan ni Shaklee bermurah hati nak bagi 2 produk


Apakah Promosi Buy 6 FREE 1 December 2014?


  1. Vitamin C
  2. Vitamin E

Bukan itu sahaja, siapa yang tak nak berkongsi dengan kawan-kawan atau sedara mara, nak beli untuk diri sendiri je, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan 5% off.


Tiba-tiba pada pertengahan bulan December Shaklee buat semua Distributornya terkejut dengan satu lagi promosi iaitu Buy 3 FREE 1 Collagen Powder. 


Dan kami mendapat perkhabaran bahawa Collagen Powder ini akan "lenyap" selama SETAHUN. Kejadian yang pernah berlaku kepada Vitamin C pada tahun lepas. Habis la semua distributor pon kering kontang waktu tu.

Okay harga yang anda lihat ni semua adalah harga pasaran. Nampak mahal? Jom jadi ahli. Seumur hidup tau. Harga? Tentulah potongan sehingga 35%!

Jom tengok Video yang menarik ni


Zarith dah simpan stok untuk diri sendiri. Anda pula bagaimana? Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkannya sekarang!! 

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

21 September 2014

Apa Yang Perlu Ada Dalam Bag Pam Ibu

Assalamualaikum

Bagi saya bag mengepam adalah harta yang paling bermakna. Sebab apa? Sebab dalamnya ada pelbagai harta karun yang sangat penting sepanjang tempoh penyusuan 2 Tahun.

Bag mengepam saya =)

Apa yang ada dalam bag mengepam saya?


  • Peralatan Mengepam

Pam dan bekas yang mengandungi peralatan mengepam yang telah disterilize. Ini bagi memastikan peralatan mengepam ini sentiasa bersih walaupun perlu dimasukkan ke dalam fridge di office

Pekakas Mengepam yang telah disterilize

  • Peralatan Sampingan tapi tetap penting

Peralatan lain yang mesti ada adalah:

  1. Selotip kertas dan ball pen untuk tulis tarikh dan masa setiap kali abis sesi mengepam. 
  2. 4 botol susu yang telah disteril untuk 3 sesi mengepam. 
  3. 10 storage plastic bag untuk digunakan pada waktu kecemasan sekiranya terlupa bawak botol atau botol yang dibawa tidak mencukupi.
  4. Hand sterilizer dan wet tissue juga wajib ada. Setiap kali sebelum dan selepas mengepam saya akan basuh tangan. Sekiranya travel, 2 benda ini memang sangat penting. In case nak mengepam dalam kereta ke kan. 
  5. Power bank, lipbalm dan brooch spare tu sebagai tambahan.
  6. Purse pun saya sumbat dalam bag mengepam since saya tak bawak bag lain untuk ke pejabat, HEHE.
  7. Roti Gardenia yang 70sen tu pon ada sekali tapi tak disertakan dalam gambar. Kadang-kala semasa mengepam ni tak disangka-sangka kelaparannya.
Peralatan lain yang penting

  • Milkbooster dan energy booster:

Dan yang paling penting adalah Set Menyusu Shaklee yang saya masukkan siap-siap dalam bekas. ESP + Alfalfa yang bertindak sebagai milkbooster dan juga energybooster memang tak boleh tinggal.

Vitamin lain seperti Vitamin C dan Olivenol untuk kuatkan immune sistem saya dan Zayra, BComplex untuk tenaga dan elakkan stress di tempat kerja, Omega Guard untuk perkembangan otak Zayra dan...saya =p

ESP dan sets of vitamin sebagai rakan baik saya
Sebenarnya bag mengepam medela freestyle ni besar dan muat untuk simpan bekas mengepam saya dan cooler bag. Namun, disebabkan harta karun yang banyak ini, terpaksa la pegang dengan sebelah tangan lagi. HEHE

Apa pula yang ada dalam bag menepam anda?

10 June 2014

8 Tips Untuk Terus Katakan Bye-Bye Jerawat Batu!

Assalamualaikum

Jerawat batu memang menyakitkan. Bukan sahaja kulit muka, malah menyakitkan jiwa. HUHU. Habis cacat penampilan =p



Tapi nak buat macam mana, sebagai seorang wanita sejati, sebulan sekali mesti miss P menjelma, dan setiap kali itulah encik jerawat akan menampakkan dirinya *sigh* Kalau yang kecik tu takpe la juga kan? Kalau dah sebesar alam, warna kemerahan pula, macam mana nak sorok? Concealer habis pon belum tentu dapat cover. HUHU


Jom tengok apakah Rawatan Semulajadi untuk Jerawat ni:

Untuk melakukan rawatan ni, tak perlu lah nak sapu satu muka, memadai sapu affected area je. Juga tak perlulah nak sapu setiap 2jam ke apa, memadai sehari 2 kali. Bersederhanalah dalam setiap perkara =)
  • Gunakan Lavender essential oil. Jangan sekali-kali gunakan essential oil yang belum dicairkan ke seluruh muka, cuma ambil one drop dan letak pada jerawat batu itu!
Lavender Essential Oil 
  • Sapukan satu lapisan Apple Cider Vinegar (ACV) yang tidak di cairkan pada jerawat dan biakan. Tidak perlu bilas. lakukan setiap hari, okay?
Apple Cider Vinegar
  • Sapukan satu lapisan lemon pada jerawat. Ha.. kan dah kata lemon ni sangat banyak rahsia yang kita tak tahu kan? Boleh baca enrty saya yang ini. Kalau nak sapu lemon dimuka tu pastikan anda tak keluar rumah ye. Sebab lemon ni akan menyebabkan kulit kita photosensitif (maksudnya cahaya matahari boleh menyebabkan sedikit kecederaan pada kulit yang berlemon) Jadi rawatan paling selamat adalah pada waktu malam.
Lemon
  • Mustard bukan sahaja mengandungi salisilic asid yang yang terkenal dalam merawat jerawat, malah ia juga mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, Omega-3, Omega-6 and Zinc yang sangat mujarab untuk merawat jerawat. Tambahkan 1/8 sudu besar serbuk mustard kepada 1sudu besar madu dan kacau sebati. sapukan pada jerawat. Bilas selepas 15minit
Mustard
  • Suka minum green tea? Cuba kali ni tak payah minum tapi jadikan ia ais! Jadikan ice cube dan gosokkan pada jerawat untuk beberapa minit. Ini akan mengurangkan keradangan dan bertindak sebagai anti bakteria!
Green Tea ice cube
  • Tomato! Kegemaranku =) Ia terkenal dengan sifat anti-oksidan yang tinggi. Fresh tomato juice ni letakkan sedikit di kawasan yang berjerawat tu sehari dua kali. Walaupon tomato ni boleh diletakkan pada satu muka, tapi adalah lebih baik letak di kawasan untuk dirawat sahaja sebab ia pon boleh menyebabkan kekeringan pada kulit bila di gunakan selalu. Untuk sapuan ke seluruh muka, boleh lakukan seminggu dua kali.
    Tomato
  • Mask telur putih adalah yang paling mudah. Lepas dah pecahkan telur untuk memasak tu, bolehlah calitkan sedikit saki baki dalam kulit telur tu ke seluruh muka. Anda akan dapat rasakan seolah-olah kulit muka anda menegang. Nak Kesan lebih effektif, sapukan lemon pada jerawat, lepas tu cover dengan telur putih ni
Telur Putih
  • Since bawang putih adalah antibakteria, ia juga adalah sangat berkesan dalam merawat jerawat ni. Sapukan je jus bawang putih yang dah di chopped pada jerawat ni dan tengok la hasilnya =)
Bawang Putih

Selain itu SET JERAWAT BATU SHAKLEE juga boleh membantu. 

Jom kita tengok apakah yang ada dalam SET JERAWAT BATU Shaklee ni



  • GLA Complex
    • Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
    • Membantu mencairkan sebum yang berminyak
    • Mengurangkan rongga dari tersumbat
    • Mengurangkan gatal dan inflamasi
    • Menggalakkan kulit sihat
  • Vitamin C Sustained Release
    • Meningkatkan Imun Sistem
    • Membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
    • Melindungi kulit dan mempertingkatkan pemulihan
    • Penting untuk kolagen dan tisu penghubung
  • Vitamin E Complex
    • Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
    • Memudarkan parut jerawat
    • Anti-penuaan terbaik
    • Membekalkan oksigen dan meningkatkan pemulihan
    • Mengurangkan bintik penuaan
  • Vitamin B Complex
    • Memperbaiki peredaran darah dan meratakan warna tona kulit pada wajah
    • Tidak timbul lagi masalah kulit bertompok-tompok
Nak cuba? Jangan segan dan malu. Jom dapatkan SET JERAWAT BATU Shaklee ni sekarang!

Lepas ni cantik berseri-seri la wajah kita yek...


Kulit mulus idaman semua

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028



4 June 2014

Tiada Lagi Resdung Dengan Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum.

SET RESDUNG SHAKLEE ni memang thorbaik (ala-ala boboboi pulak). Jom tengok perkongsian tentang SET RESDUNG SHAKLEE ni

# 1. Testimoni 


# 2. Testimoni

Alhamdulillah =)) Nak try jugak? Takde masalah. 


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

21 May 2014

PCOS Dan Diet Yang Sihat

Assalamualaikum.

Pernah dengar tentang PCOS? Ia adalah penyakit yang dihidapi oleh 5-7.5% wanita. Yang selalu kita dengar hanyalah Cyst, Fibroid dan juga kanser serviks kan? Jadi jom kita tengok apakah sebenarnya PCOS ni.

PCOS (Polycystic Ovarian Disease) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidak seimbangan homon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi kita

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS.

Ini adalah perbezaan ovari penghidap PCOS dan ovari normal. Ovari Normal mempunyai telur matang yang bersedia untuk dikeluarkan dan disenyawakan

Kesan PCOS terhadap penghidapnya:
  • Hormon sex menjadi tidak stabil. Kebiasaanya ovari mengeluarkan sejumlah kecil hormon lelaki iaitu androgen. Tapi penghidap PCOS ni akan mengalami kelebihan hormon lelaki (androgen dan testosteron) dan ini akan menyebabkan kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan bulu-bulu yang tidak diingini
  • Untuk kes yang lebih teruk, penghidap PCOS ini mudah terkena diabetes. Ini kerana badan menghadapi masalah menggunakan insulin, makanya gula dalam darah akan meningkat. Ia seterusnya akan meningkatkan peluang penghidap PCOS ini untuk menghidap diabetes.
Diagnosis boleh di buat dengan:
  • Melalui ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap testosterone
  • Imbasan ultrasound
Untuk membuat diagnosis PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami at least 2 dari kriteria berikut:
  • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
  • Tahap hormone androgen yang tinggi atau
  • Polycystic Ovari
PCOS memberikan golongan wanita lebih berisiko untuk mendapat masalah:
  • Infertility (ketidaksuburan) disebabkan anovulasi, 
  • Diabetes,
  • Tekanan darah dan kolesterol yang tinggi
  • Kegemukan 
  • Masalah kanser Rahim
Simptom PCOS
  • Jerawat
  • Berat badan naik mendadak dan susah turun
  • Lebihan rambut dimuka dan dibadan
  • Rambut gugur
  • Period yang tidak teratur
  • Kesuburan terganggu dan ramai penghidap PCOS ni mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat
  • Tekanan
Rawatan untuk PCOS
Setakat ini tiada ubat untuk merawat PCOS. PCOS ini adalah penyakit sepanjang hayat. Namun penghidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Penghidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil:
  • GLAComplex Shaklee
    • untuk mengimbangi dan mengawalatur semula hormone estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita supaya kitaran haid kembali normal dan memperbaiki simptom seperti kesakitan haid, mood swing dan kesakitan breast
  • Omega Guard
    • PCOS menyebabkan peningkatan mendadak berat badan kepada pesakit, dengan mengambil Omega Guard dapat membantu mengurangkan dan mengawal berat badan pesakit. Pertambahan berat badan yang mendadak juga turut menyumbang kapada kesukaran untuk hamil.
    • Selain itu Omega Guard juga mengandungi Omega 3 yang dapat  membantu merendahkan tahap testosterone pada wanita penghidap PCOS ini

** Gabungan Vitamin ACE ini adalah terbaik untuk boost immune sistem since mereka adalah Vitamin yang tinggi sifat anti-oksidant, anti-radang dan anti-radikal yang mana penghidap PCOS amat memerlukan supplement yang anti-radang kerana keradangan akan merangsang polycystic ovary untuk menghasilkan androgen

  • Vivix
    • Sekiranya anda telah mengambil Vivix maka tidak perlulah mengambil Vitamin A,C dan E kerana Vivix ini bertindak sebagai antioksidan dan anti radang yang sangat superb


Penghidap PCOS juga boleh mengamalkan DIET SUPERFOOD:
  • Avocado

Lemak yang terdapat dalam avocado ini adalah lemak yang sihat dan sebenarnya mempunyai sifat anti-radang (anti-inflammation). Sifat anti radang ini adalah sangat penting kepada penghidap PCOS kerana penghidap PCOS cenderung kepada chronic inflammation.

Ada satu kajian menunjukkan keradangan akan merangsang polycystic ovary untuk menghasilkan androgen. Jadi ini menunjukkan yang penghidap PCOS perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan anti-radang

  • Kacang

Kajian terbaru yang melibatkan 31 wanita yang menghidap PCOS menunjukkan hasil yang positif terhadap kacang. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. 

Satu kumpulan menerima walnuts dan satu lagi menerima badam. Mereka makan kekacang tersebut setiap hari dalam masa 6 minggu

Keputusan kajian itu menunjukkan bahawa wanita dalam kumpulan kekacang walnut telah meningkat kandungan sex-hormone-binding globulin (SHBG). Ini sangat penting kerana SHBG ini mengikat testosterone dan merendahkan tahap testosterone yang bebas dalam darah, yang mana akan memperbaiki symptom PCOS ini secara keseluruhannya

Wanita yang menerima badam pula didapati dapat menurunkan paras androgen dan testosteron. Ini menunjukkan kacang adalah salah satu diet yang sihat untuk penghidap PCOS namun harus bersederhana kerana kacang mempunyai kalori yang agak tinggi iaitu 160 calories untuk 22 biji badam
  • Kayu Manis

Kajian menunjukkan kayu manis ini boleh merendahkan kandungan glucose dalam darah bagi penghidap diabetes type 2. Hasil kajian ini sangat penting kerana penghidap PCOS adalah insulin resistant dan mempunyai risiko menjadi penghidap diabetes.

Kajian juga menunjukkan kayu manis merendahkan keperluan terhadap insulin (insulin bertindak ke atas ovari untuk menghasilkan testosterone), jadi sekiranya anda berupaya mengawal insulin level, anda akan berupaya unutk mengawal testosterone.

Satu kajian lain yang melibatkan 45 wanita penghidap PCOS pula menunjukkan dengan pengambilan kayu manis secara harian ini akan meningkatkan kebolehan mereka untuk datang bulan sebayak 2 kali ganda dan dua daripada mereka telah berjaya hamil pada masa yang sama
  • Apple Cider Vinegar

ACV memperbaiki sensitivity terhadap insulin. Jadi dengan pengambilan ACV sebelum makan akan merendahkan kandungan gula dalam darah selepas makan, juga merendahkan insulin yang diperlukan. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengelakkan kenaikan dan penurunan kandungan gula dalam darah dan juga insulin secara mendadak 

Cara membuatnya: Carik yang organic ye, kemudian campurkan 2 sudu besar ACV dalam segelas air suam. Minum!
  • Salmon

Adakah anda tahu yang 67-85% penghidap PCOS ni adalah Vitamin D deficient? Jadi dengan pengambilan salmon sebanyak 4oz akan memberikan 127% keperluan Vitamin D yang anda perlukan. Selain itu Salmon (terutamanya wild salmon) mengandungi kandungan Omega 3 yang telah diketahui boleh membantu merendahkan tahap testosterone pada wanita penghidap PCOS ini

Yang penting, jangan cepat putus asa. Berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah. Next time saya akan kongsikan testimoni penghidap PCOS ni yang berjaya hamil dengan izin Allah =)







1 May 2014

Baby Lahir Sihat dan Cantik Dengan Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum

Masa hamil macam-macam yang kita alami kan? Setiap kehamilan kita akan alami pengalaman yang berbeza. Sama juga dengan seorang pengguna Shaklee ni. Alhamdulillah Set Hamil Shaklee membantu. Jom tengok Testimoni ni




Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

11 April 2014

Hamil Setelah 3 Tahun 10 Bulan Mencuba

Assalamualaikum

Alhamdulillah ada seorang lagi pengguna SET KESUBURAN SHAKLEE yang berjaya mendapatkan berita gembira dalam masa 2 BULAN!! Tak perlu cerita panjang, moh tengok testi ini

#Testimoni 1:


# Testimoni 2:

SET KESUBURAN SHAKLEE insyaAllah merupakan usaha terakhir anda untuk hamil. Yang penting teruskan usaha dan jangan putus asa k =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028


Nak Order Sendiri? Boleh Klik Link Di Bawah ini yea:

10 April 2014

SET RESDUNG SHAKLEE melegakan simptom SINUS

Assalamualaikum,

Bahagian hidung terasa miang dan gatal-gatal? Kerap bersin di awal pagi? Banyak jerawat?

Kebanyakan simptom ini dialami oleh pesakit RESDUNG. Kesian bila tengok penghidap resdung ni, sapu rumah - bersin, rumah berabuk sikit - bersin, even goreng belacan pon bersin dan gatal-gatal hidung..huhu..Seperti adikku la nih..HEHE..


Ok, sekarang mari kita tengok:

Apa itu RESDUNG (SINUSITIS)?

Resdung adalah radang pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis adalah keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan

Apakah gejala RESDUNG (SINUSITIS)?
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat si muka terutama kawasan di antara mata.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya.

Apakah ada Supplement Shaklee untuk mengurangkan simptom RESDUNG ni?

Ok kita sedia maklum yang Shaklee bukan la ubat yang MERAWAT tetapi makanan tambahan yang membantu MENYOKONG sistem badan, bila badan kita lemah dan tidak kuat maka mudah diserang pelbagai penyakit. Tapi bila badan kita kuat, virus dan bakteria masuk je, dengan mudah di tepis oleh askar-askar badan kita yang kuat.

Berbalik kepada Supplement Shaklee untuk Resdung ini, ada tiga sekawan yang digabungkan menjadi SET RESDUNG SHAKLEE dan meletop! HEHE..

  1. Vitamin C
    • Berfungsi meningkatkan daya tahan badan untuk melawan penyakit. Dalam kes ni resdung la kan. Selalunya bila kita selesema, kita digalakkan makan makanan yang tinggi vitamin C. Hebat jugak kalau dapat telan 7 bijik setengah buah oren. Sebab sebijik Sustained Release Vitamin C ni sama dengan kandungan 7bijik setengah buah oren tau. 
  2. Alfalfa Complex
    • Dapat mengurangkan keradangan disebabkan resdung dan lain-lain alahan.
    • Alfalfa juga boleh dibancuh dan dijadikan mask untuk merawat jerawat yang timbul akibat resdung ini.
    • Namun penghidap SLE tidak digalakkan mengambil alfalfa ya. Dapatkan nasihat dari doktor anda
  3. BComplex
    • B6 membantu pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
    • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati. Jadi sesiapa yang ada resdung ni dapat merawat jewarat dengan cara ini juga
Jadi dengan adanya SET RESDUNG SHAKLEE yang memudahkan hidup ni, tak perlu la lagi anda bersusah payah menjalani rawatan resdung yang menyakitkan, memedihkan dan bau asap yang tak berapa menyenangkan..HEHE

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028


Jom tonton =)






19 February 2014

Program Meningkatkan Immune System Shaklee

Assalamualaikum

Sekarang ni bermacam-macam jenis penyakit ada. Cara paling berkesan untuk melawan penyakit-penyakit ini adalah dengan meningkatkan immune sistem badan kita sendiri. Bila badan kita kuat, InsyaAllah segala mala jenis penyakit susah nak kena. Contohnya sebatang pokok yang kuat dari akar ke daunnya akan sihat walaupon pokok disekelilingnya diserang penyakit. Cewah,siap masuk ke dunia perkebunan pulak. HEHE.


Apakah Produk Shaklee Yang Dapat Membantu Meningkatkan Daya Tahan Badan Untuk Melawan Penyakit? 

Jeng Jeng Jeng. Memperkenalkan Program Anti-Oksidan Shaklee.
Setiap Supplement ini mempunyai daya tindakan dan fungsi yang berbeza. Nak tahu lebih lanjut? Hubungi Zarith =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

18 February 2014

Vitamin C Shaklee Akan Musnah Bila..

Assalamualaikum,

Dari kecik sampai la ke besar, Vitamin C dan Multivitamin memang tak pernah takde. Ibu akan pastikan kitorang adik beradik makan 2 Vitamin asas ni. 

Ibu cakap, Vitamin C dan Multivitamin akan buat badan tahan terhadap penyakit. Dulu tak faham kenapa tapi sekarang bila dah blaja macam2 baru la tau. 

Alhamdulillah kami dulu adik beradik memang jarang sangat sakit. Sebab tu la saya selalu dapat sijil dan piala kedatangan cemerlang setiap tahun, sebab tak pernah MC. HEHE

Ok mari kita tengok 

Manfaat Utama Vitamin C 

  • Membentuk Collagen
      • merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan
      • Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun
      • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan daya tahan terhadap allergy hidung dan kulit, athma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema
  • Memerangi Cancer
      • Ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells utnutk melawan sel cancer dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita
  • Mencantikkan Kulit
      • Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat
  • Memperbaiki Insomnia
      • Ia memperbaiki insomnia, serta masalah yang berkaitan dengan mental seperti stress dan keresahan
  • Mengekalkan Kolesterol sihat
      • Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi

Adakah Vitamin C dari dalam buah sudah mencukupi?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum.

Jadi, buah yang kurang ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C buah pulak akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan termusnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Vitamin C yang kita ambil akan MUSNAH apabila:

  • Seseorang itu merokok. 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C
  • Kita resah sebab keresahan mempercepatkan penyusutan Vitamin C
  • Kita mengambil Kontraseptif dan Pil Penahan Sakit. Ini akan mengurangkan Vitamin C dengan banyak sekali.
Pengambilan Vitamin C yang terlebih dos (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan cirit-birit..

Apakah Keistimewaan Vitamin C Shaklee 


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028




    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount