21 May 2014

PCOS Dan Diet Yang Sihat

Assalamualaikum.

Pernah dengar tentang PCOS? Ia adalah penyakit yang dihidapi oleh 5-7.5% wanita. Yang selalu kita dengar hanyalah Cyst, Fibroid dan juga kanser serviks kan? Jadi jom kita tengok apakah sebenarnya PCOS ni.

PCOS (Polycystic Ovarian Disease) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidak seimbangan homon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi kita

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS.

Ini adalah perbezaan ovari penghidap PCOS dan ovari normal. Ovari Normal mempunyai telur matang yang bersedia untuk dikeluarkan dan disenyawakan

Kesan PCOS terhadap penghidapnya:
  • Hormon sex menjadi tidak stabil. Kebiasaanya ovari mengeluarkan sejumlah kecil hormon lelaki iaitu androgen. Tapi penghidap PCOS ni akan mengalami kelebihan hormon lelaki (androgen dan testosteron) dan ini akan menyebabkan kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan bulu-bulu yang tidak diingini
  • Untuk kes yang lebih teruk, penghidap PCOS ini mudah terkena diabetes. Ini kerana badan menghadapi masalah menggunakan insulin, makanya gula dalam darah akan meningkat. Ia seterusnya akan meningkatkan peluang penghidap PCOS ini untuk menghidap diabetes.
Diagnosis boleh di buat dengan:
  • Melalui ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap testosterone
  • Imbasan ultrasound
Untuk membuat diagnosis PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami at least 2 dari kriteria berikut:
  • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
  • Tahap hormone androgen yang tinggi atau
  • Polycystic Ovari
PCOS memberikan golongan wanita lebih berisiko untuk mendapat masalah:
  • Infertility (ketidaksuburan) disebabkan anovulasi, 
  • Diabetes,
  • Tekanan darah dan kolesterol yang tinggi
  • Kegemukan 
  • Masalah kanser Rahim
Simptom PCOS
  • Jerawat
  • Berat badan naik mendadak dan susah turun
  • Lebihan rambut dimuka dan dibadan
  • Rambut gugur
  • Period yang tidak teratur
  • Kesuburan terganggu dan ramai penghidap PCOS ni mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat
  • Tekanan
Rawatan untuk PCOS
Setakat ini tiada ubat untuk merawat PCOS. PCOS ini adalah penyakit sepanjang hayat. Namun penghidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Penghidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil:
  • GLAComplex Shaklee
    • untuk mengimbangi dan mengawalatur semula hormone estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita supaya kitaran haid kembali normal dan memperbaiki simptom seperti kesakitan haid, mood swing dan kesakitan breast
  • Omega Guard
    • PCOS menyebabkan peningkatan mendadak berat badan kepada pesakit, dengan mengambil Omega Guard dapat membantu mengurangkan dan mengawal berat badan pesakit. Pertambahan berat badan yang mendadak juga turut menyumbang kapada kesukaran untuk hamil.
    • Selain itu Omega Guard juga mengandungi Omega 3 yang dapat  membantu merendahkan tahap testosterone pada wanita penghidap PCOS ini

** Gabungan Vitamin ACE ini adalah terbaik untuk boost immune sistem since mereka adalah Vitamin yang tinggi sifat anti-oksidant, anti-radang dan anti-radikal yang mana penghidap PCOS amat memerlukan supplement yang anti-radang kerana keradangan akan merangsang polycystic ovary untuk menghasilkan androgen

  • Vivix
    • Sekiranya anda telah mengambil Vivix maka tidak perlulah mengambil Vitamin A,C dan E kerana Vivix ini bertindak sebagai antioksidan dan anti radang yang sangat superb


Penghidap PCOS juga boleh mengamalkan DIET SUPERFOOD:
  • Avocado

Lemak yang terdapat dalam avocado ini adalah lemak yang sihat dan sebenarnya mempunyai sifat anti-radang (anti-inflammation). Sifat anti radang ini adalah sangat penting kepada penghidap PCOS kerana penghidap PCOS cenderung kepada chronic inflammation.

Ada satu kajian menunjukkan keradangan akan merangsang polycystic ovary untuk menghasilkan androgen. Jadi ini menunjukkan yang penghidap PCOS perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan anti-radang

  • Kacang

Kajian terbaru yang melibatkan 31 wanita yang menghidap PCOS menunjukkan hasil yang positif terhadap kacang. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. 

Satu kumpulan menerima walnuts dan satu lagi menerima badam. Mereka makan kekacang tersebut setiap hari dalam masa 6 minggu

Keputusan kajian itu menunjukkan bahawa wanita dalam kumpulan kekacang walnut telah meningkat kandungan sex-hormone-binding globulin (SHBG). Ini sangat penting kerana SHBG ini mengikat testosterone dan merendahkan tahap testosterone yang bebas dalam darah, yang mana akan memperbaiki symptom PCOS ini secara keseluruhannya

Wanita yang menerima badam pula didapati dapat menurunkan paras androgen dan testosteron. Ini menunjukkan kacang adalah salah satu diet yang sihat untuk penghidap PCOS namun harus bersederhana kerana kacang mempunyai kalori yang agak tinggi iaitu 160 calories untuk 22 biji badam
  • Kayu Manis

Kajian menunjukkan kayu manis ini boleh merendahkan kandungan glucose dalam darah bagi penghidap diabetes type 2. Hasil kajian ini sangat penting kerana penghidap PCOS adalah insulin resistant dan mempunyai risiko menjadi penghidap diabetes.

Kajian juga menunjukkan kayu manis merendahkan keperluan terhadap insulin (insulin bertindak ke atas ovari untuk menghasilkan testosterone), jadi sekiranya anda berupaya mengawal insulin level, anda akan berupaya unutk mengawal testosterone.

Satu kajian lain yang melibatkan 45 wanita penghidap PCOS pula menunjukkan dengan pengambilan kayu manis secara harian ini akan meningkatkan kebolehan mereka untuk datang bulan sebayak 2 kali ganda dan dua daripada mereka telah berjaya hamil pada masa yang sama
  • Apple Cider Vinegar

ACV memperbaiki sensitivity terhadap insulin. Jadi dengan pengambilan ACV sebelum makan akan merendahkan kandungan gula dalam darah selepas makan, juga merendahkan insulin yang diperlukan. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengelakkan kenaikan dan penurunan kandungan gula dalam darah dan juga insulin secara mendadak 

Cara membuatnya: Carik yang organic ye, kemudian campurkan 2 sudu besar ACV dalam segelas air suam. Minum!
  • Salmon

Adakah anda tahu yang 67-85% penghidap PCOS ni adalah Vitamin D deficient? Jadi dengan pengambilan salmon sebanyak 4oz akan memberikan 127% keperluan Vitamin D yang anda perlukan. Selain itu Salmon (terutamanya wild salmon) mengandungi kandungan Omega 3 yang telah diketahui boleh membantu merendahkan tahap testosterone pada wanita penghidap PCOS ini

Yang penting, jangan cepat putus asa. Berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah. Next time saya akan kongsikan testimoni penghidap PCOS ni yang berjaya hamil dengan izin Allah =)







2 comments:

  1. terima kasih berkongsi artikel ni...first time baca tentang PCOS ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome puteri. Tuhla ramai yang tak tahu pasal PCOS ni

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount