21 September 2014

Apa Yang Perlu Ada Dalam Bag Pam Ibu

Assalamualaikum

Bagi saya bag mengepam adalah harta yang paling bermakna. Sebab apa? Sebab dalamnya ada pelbagai harta karun yang sangat penting sepanjang tempoh penyusuan 2 Tahun.

Bag mengepam saya =)

Apa yang ada dalam bag mengepam saya?


  • Peralatan Mengepam

Pam dan bekas yang mengandungi peralatan mengepam yang telah disterilize. Ini bagi memastikan peralatan mengepam ini sentiasa bersih walaupun perlu dimasukkan ke dalam fridge di office

Pekakas Mengepam yang telah disterilize

  • Peralatan Sampingan tapi tetap penting

Peralatan lain yang mesti ada adalah:

  1. Selotip kertas dan ball pen untuk tulis tarikh dan masa setiap kali abis sesi mengepam. 
  2. 4 botol susu yang telah disteril untuk 3 sesi mengepam. 
  3. 10 storage plastic bag untuk digunakan pada waktu kecemasan sekiranya terlupa bawak botol atau botol yang dibawa tidak mencukupi.
  4. Hand sterilizer dan wet tissue juga wajib ada. Setiap kali sebelum dan selepas mengepam saya akan basuh tangan. Sekiranya travel, 2 benda ini memang sangat penting. In case nak mengepam dalam kereta ke kan. 
  5. Power bank, lipbalm dan brooch spare tu sebagai tambahan.
  6. Purse pun saya sumbat dalam bag mengepam since saya tak bawak bag lain untuk ke pejabat, HEHE.
  7. Roti Gardenia yang 70sen tu pon ada sekali tapi tak disertakan dalam gambar. Kadang-kala semasa mengepam ni tak disangka-sangka kelaparannya.
Peralatan lain yang penting

  • Milkbooster dan energy booster:

Dan yang paling penting adalah Set Menyusu Shaklee yang saya masukkan siap-siap dalam bekas. ESP + Alfalfa yang bertindak sebagai milkbooster dan juga energybooster memang tak boleh tinggal.

Vitamin lain seperti Vitamin C dan Olivenol untuk kuatkan immune sistem saya dan Zayra, BComplex untuk tenaga dan elakkan stress di tempat kerja, Omega Guard untuk perkembangan otak Zayra dan...saya =p

ESP dan sets of vitamin sebagai rakan baik saya
Sebenarnya bag mengepam medela freestyle ni besar dan muat untuk simpan bekas mengepam saya dan cooler bag. Namun, disebabkan harta karun yang banyak ini, terpaksa la pegang dengan sebelah tangan lagi. HEHE

Apa pula yang ada dalam bag menepam anda?

4 comments:

  1. hehehe..
    sama la kita..
    Cuma saya takda la wet tissue tue..
    sebab mengepam kat surau terus je basuh simpan balik dalam cooler bag..

    bdw nice sharing..

    salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh bestnya ada tempat membasuh yang mudah begitu!hehe

      Selamat berkenalan =)

      Delete
  2. nice sharing... lepas ni bleh listkan dah...
    done follow sini sis
    sudi lah singgah
    http://hidayuayumie.blogspot.com/

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount