Assalamualaikum
Harini saya nak berkongsi cerita tentang kesayangan saya, ibu si ratu hati. Selain Mr Hubby dan anak-anak, saya sangat sayangkan kedua ibu bapa saya.
Terutama ibu yang semestinya telah melahirkan dan membesarkan saya sehingga menjadi seorang yang berguna dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Anda pon mesti begitu juga kan?
Saya ingat lagi, waktu kecil dulu ibu masih bekerja, setiap malam ibu tidur lambat buat persiapan untuk kami ke sekolah. Semak kerja sekolah kami adik beradik, kalau ada yang salah, esok lepas mandi pagi ibu minta kami betulkan.
Kami bangun pagi tinggal masuk je bilik air dan mandi. Baju, towel dan air panas telah ibu sediakan. Ibu bangun pula seawal 4 pagi kerana ibu perlu menyiapkan bekal kami dan makanan tengahari selepas kami pulang dari sekolah.
Ibu kerja jauh, di Kluang yang mana masa perjalanan selama sejam dari Batu Pahat. Untuk memastikan kami makan air tangan ibu, ibu gigih menyiapkan lauk tengah ari. Jadi balik sekolah, kami akan panaskan je.
Balik kerja pula perlu basuh baju yang pada waktu tu tiada mesin basuh automatik. Setiap malam kami ada supper. Never failed! Walaupun ibu sakit, demam teruk tak boleh bangun, tetap gagahkan diri sediakan kami makanan walaupun hanya biskut dan air panas.
Oh baru cerita 1% jasa ibu terhadap kami dah rasa sebak dada. I should stop writing about her and give her a warm hug instead =( nak balik Batu Pahat sekarang! If only i have a pair of wing
Nak balas jasa mereka 100% memang tidak mampu saya lakukan. Selain dari elaun bulanan, saya akan pastikan keperluan mereka lengkap. macam ibu yang ada penyakit jantung dan sakit lutut, saya akan pastikan bekalan Set Sendi dan Tulang ibu yang mengandungi AJHT, Ostematrix dan Omega Guard tidak putus. CoQ 10 pun tidak ketinggalan untuk kesihatan jantung ibu.
Bagi ayah yang ada gout yang sangat teruk pula, saya pastikan bekalan Vivix tidak putus.
Semoga Allah melindungi dan mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi saya dahulu, kini dan selamanya. Amin.
I love you
22 September 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment