23 September 2014

Membaca Boleh Menambahkan Ilmu. Absolutely!

Assalamualaikum

Weekend haritu Library di Pusat Bandar Pasir Gudang ada membuat jualan majalah lama. Ini lah masanya untuk saya membeli belah! HEHE. Minggu ni bercadang nak pergi lagi dan membeli 'sedikit' lagi, InsyaAllah =)

Semua ni hanya berjumlah RM3. Sangat berbaloi nak tambah ilmu
Bila letak majalah ni atas meja di ofis, menggigil tangan tahan untuk ambil dan baca. HEHE. Jadi pagi ni sampai awal di ofis, sempat la baca satu article.

Malajah yang sangat ilmiah
Capai majalah Health Today. Selak punya selak terjumpa satu artikel yang sangat bagus. Lipids in Motion. Ia menerangkan tentang pembentukan plaque dalam dinding organ dalaman kita. 

Bila baca je artikel ni terasa macam "oh my..apa yang dah saya makan selama ni? Dah berapa tebal agaknya kolesterol dalam jantung?"
Pembentukan plaque yang dapat menyebabkan kerosakan pada organ yang terlibat 
Individu yang mempunyai penyakit diabetes type 2 selalunya mempunyai tahap triglycerides yang tinggi (darah tinggi). 

Dan tahap trigycerides yang tinggi akan diiringi dengan level HDL yang rendah (kolesterol baik) dan meningkatkan kecenderungan untuk terkena serangan jantung. Do i sound like a doctor? HEHE

Sebab itulah selalunya penyakit tiga serangkai ini memang tidak dapat dipisahkan. Ia berkait rapat antara satu sama yang lain.
Penerangan tentang penyakit 3 serangkai
Tapi hati rasa lega sikit sebab fikirkan hari-hari saya ambil Omega Guard untuk mencairkan dan menyingkirkan kolesterol jahat dalam badan (LDL). 

Lepas ni nak amik CoQ 10 lah. Ia boleh menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL. Selain dari itu pemakanan seharian juga perlu dijaga.

Minyak masak tu, kalau boleh tak perlulah pakai lebih dari 2 kali sekiranya ia adalah minyak sawit. Tapi kalau minyak zaitun boleh la diulang sebanyak 5 kali.

Wah banyak yang saya dapat belajar dari majalah ni. Dengan RM3 je dapat banyak ilmu. Rugi sebelum ni tak tahu kewujudan program ni di library. Thanks to my officemate yang inform dan tolong belika, HEHE

4 comments:

  1. Agree..org yg berilmu adalah yg terbaik jika kita mengamalkn dan menyebarkan ilmu itu ♡♡♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak-nak bila share dalam blog. bila kita dah tiada dan orang amalkan harapnya pahala berkekalan kan? Amin =)

      Delete
  2. Assalamualaikum.salam ukhwah.Menjadi 1 t' jawab kita menjaga kesihatan
    Membaca magazine ttg kesihatan diri adalah sangat baik.Jarang orang2x biasa membeli bacaan begitu.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. oh maka saya adalah org luar biasa la kalau macam tu =p

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount