Bagi setiap ibu hamil, mesti inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan kan? Selain pemakanan dan akhlak kita, amalan-amalan kerohanian juga sangat2 la perlu dititik beratkan.
Antara amalan-amalan yang perlu diamalkan semasa hamil adalah:
- Makan makanan yang baik, kurma, badam, air zamzam dan kismis jangan dilupa. Elakkan memakan fast food dan junk food
- Sentiasa buat latihan math
- Jangan suka bergaduh dengan pasangan bagi mengelakkan anak yang ganas dan panas baran
- Sentiasa bersedekah bagi mendapatkan anak yang berjiwa lembut
- Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
- Ibu bapa perlulah rajin solat unutk melahirkan anak yang mudah mendapat petunjuk dan hidayah
- Sentiasa bertaubat,beristighfar dan berdoa kepada Allah
- Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat Isnin dan Khamis
- Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya solat hajat dan taubat.
- Banyakkan berzikir kepada Allah. Si suami di galakkan berzikir contohnya semasa memandu. Si ibu pulak boleh la berzikir semasa masak ke..Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan fizikalnya.
- Banyakkan membaca Al-Quran dan menghadiri majlis-majlis ilmu
- Rajin mengukir senyuman, sentiasa bersangka baik dan elakkan sifat dendam dan dengki
- Menjaga akhlak dan emosi. Jangan stress, jangan sedih-sedih
- Lakukan kerja-kerja ringan dirumah. Ini akan memudahkan proses bersalin nanti. Dan suami perlulah membantu melakukan kerja-kerja rumah itu.
- Banyakkan berbual dengan anak di dalam kandungan sambil mengusap-usap perut. Ini akan merangsang perkembangan anak di dalam kandungan.
- Membaca surah-surah amalan ketika hamil
- Membaca doa ketika hamil
Ohye vitamin semasa hamil jangan lupa makan...supplement untuk badan kita yang berbadan dua, di mana gizi makanan seimbang pon perlulah kali dua.. cuma portion makan takyah lah kali dua..nanti kena minum air gula lak..HEHE
0 comments:
Post a Comment