12 April 2014

Tips Pemakanan Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum

Pemakanan sihat

Kehamilan merupakan saat mendebarkan dan kadangkala sampai pening kepala apabila orang sekeliling memberikan pelbagai nasihat, terutama nasihat dalam bidang pemakanan.

Ada yang kata makanan itu tak boleh makan, makanan ini tak boleh makan, tapi bila kita amati, makanan tersebut yang mempunyai khasiat yang paling tinggi. Jadi disini ada saya ambil satu artikel mengenai PEMAKANAN SEPANJANG KEHAMILAN



Folat



Folat adalah vitamin B yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi yang sihat tiub neural dan korda spina bayi. Ibu hamil memerlukan pengambilan folat yang banyak semasa hamil, tetapi keperluan terbaiknya ialah sebulan sebelum konsepsi dan dalam trimester pertama.


Keperluan seperti ini boleh didapati dari : Sayuran berdaun, avokado, roti gandum tulen, sarapan bijirin, ekstrak yis, oren dan kekacang seperti badam, kacang hazel dan kacang tanah.

Untuk masa yang memerlukan, ambillah makanan tambahan untuk membantu anda mendapat khasiat maksimum dari diet anda. 

Apabila memilih supplement anda, pilihlah yang mengandungi sekurang-kurangnya 500 mikrogram asid folic.

Makanan bersih



Listeriosis ialah sejenis penyakit yang boleh dijangkiti daripada makanan yang biasa kita makan. Ia menunjukkan beberapa simptom terhadap orang sihat tetapi bagi ibu hamil, ia boleh mengakibatkan keguguran dan beberapa penyakit serius terhadap bayi. 


Risiko infeksi ini boleh dikurangkan dengan amalan kerbersihan yang baik di rumah, berjaga-jaga ketika makan di luar dan elakkan makanan yang mengandungi risiko yang tinggi (contohnya: makanan deli yang sedia dimakan, ayam sejuk yang sedia dimakan, sayuran atau buah-buahan yang belum dibasuh)

Aiskrim dan juga makanan laut mentah, disalai atau yang sedia dimakan - termasuklah sushi makanan laut. 

Sentiasa memilih alternatif seperti masakan di rumah seperti ayam dan daging yang sejuk. Salad yang dibasuh dengan bersih dan disediakan di rumah.

Omega-3



Rantaian pajang asid lemak Omega-3 adalah amat penting untuk perkembangan otak bayi, mata dan tisu saraf jadi cubalah untuk mengambil makanan yang mengandungi asid lemak ini.


Makanan lain yang perlu dipertimbangkan ialah daging mentah, makanan yang penuh dengan omega seperti telur, roti dan susu.

Banyakkan Serat



Lebihan hormon yang dikeluarkan semasa hamil menjejaskan usus, oleh itu buasir adalah biasa. Pastikan pengambilan serat dan cecair adalah tinggi untuk mengelakkan masalah ini. 


Makanan terbaik untuk pengambilan yang kerap ialah makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti bijirin dan roti bijirin tulen. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran juga akan membantu.


Perkembangan tumbesaran bayi anda memerlukan pembekalan darah, ini bermakna anda memerlukan lebih zat besi daripada biasa.

Makanan harian yang kaya dengan zat besi mengawal paras tenaga anda dan membentuk penyimpanan zat besi bayi anda. Daging adalah sumber terbaik untuk membekalkan zat besi. 

Sementara itu anda juga boleh mendapatkan sumber dari ayam dan ikan. Zat besi dari sumber tumbuh-tumbuhan adalah sangat kurang menyerap, sekiranya anda adalah seorang vegetarian, anda patut menimbangkan untuk mengambil supplement zat besi.

Anda harus memastikan anda mendapat bekalan kalsium 1000mg sehari seperti yang disyorkan untuk menguatkan tulang anda. Tiga hidangan yang rendah lemak akan mencukupi untuk kalsium yang anda dan bayi perlukan.

Iodin


Kajian menunjukkan yang paras iodin kanak-kanak semakin mengurang. Oleh itu lindungi perkembangan bayi anda dan perkembangannya dengan mengambil iodin tambahan yang diperlukannya. 

Makan makanan yang tinggi iodin seperti tenusu, makanan laut, rumpai laut, dan garam yang diletak iodin. Sebagai alternatif, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat tahu supplement yang perlu anda ambil

Credit : Pa&Ma

Jangan lupa mengambil Set Hamil Shaklee yang lengkap, untuk mengurangkan simptom kaki cramp, sembelit, kulit ada stretchmark dan membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Set Hamil Shaklee ini juga adalah sebagai persediaan untuk si ibu menyusukan anak sepenuhnya selepas kelahiran nanti, InsyaAllah =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

Nak Beli Sendiri? Boleh Klik Pada Link Di bawah ni yea:

0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount