25 March 2013

Zat Besi / Iron sangat penting untuk wanita

Assalamualaikum

Iron atau Zat Besi sangat penting especially untuk kita kaum hawa ni. Artikel Berita Harian 25 Mac 2013 ada menyentuh tentang Anemia - Penghidap kurang Zat Besi mudah pitam, lesu dan mengantuk.. 

"Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi. Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum. "

"Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya."

Fuh, sungguh bahaya rupanya kalau kekurangan zat besi. Masa Preggy dulu, pernah sekali bacaan hemoglobin 9.0... habis kena tegur dengan nurse. Sekarang baru tau kenapa, huhu. 

Kepentingan Zat Besi:
  • Untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
  • untuk pembentukan myoglobin dalam otot
  • membawa oksigen ke seluruh badan
  • Penggunaan tenaga yang optimum
Sekiranya kita mengambil vitamin yang mengandungi zat besi, pengambilan Vitamin C dapat membantu penyerapannya. Jadi Suppliment yang dicadangkan untuk para ibu dan wanita adalah :


Penghalang penyerapan Zat Besi : 
  • Minuman Bercafein
  • Minuman berkola
  • Susu
  • Makanan/Minuman Bercoklat

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam. 


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028


0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount