16 May 2014

Happy Birthday!

Assalamualaikum

15 May 2014 tanggal kelahiran saya. Yeay! (eh pernah ke orang buat entry pasal birthday sendiri? HEHE). Setiap tahun dirasakan begitu istimewa sampai tak sabar-sabar nak tunggu 15 May tu HEHE. Tahun nih berlainan sedikit (setiap tahun pon berlainan sebenarnya =P)

Malam sebelum tidur tu Mr. Hubby cakap nak buat kek. Ingat main-main, sekali rupanya betul pulak. Siap bawak pegi opis lagi (ala-ala kanak-kanak tadika sambut birthday kan?HEHE) Thanks sayang for all your effort! Sedap sangat Cheese Cake Oreo Love Love Love sayang tu!! Kalah secret Recipe tuuu..=D

Mak Buyong yang kelaparan tak sabau nak makan cheese cake sedap
Malam tu kami melayan Zuyyin yang terjaga selepas tidur kol10 malam. Boleh pulak dia bangun kol1 pagi carik ayah yang tengah buat kek. Lepas tu tak tidur sampai kol 5 pagi (tak pernah pulak Zuyyin macam ni, saja bagi ibu hadiah harijadi mata panda ye, HEHE). Bayangkan la macam mana kami jadi zombi esoknya kat opis (@_@)

Kat opis pulak jangan ingat boleh berjimba-jimba. Kerja urgent sana-sini, dan yang paling aneh, boleh pulak dapat kerja urgent lagi kol 4.30 petang, sejam sebelum balik (T_T). Dengan bantuan Mr. Hubby, maka kerja dapat dibereskan sebelum pukul 7 malam. (Kami satu opis, lain department tapi satu floor, HEHE) Abis plan kami untuk berjimba-jimba malam tu.

Ambik Zuyyin pon lambat dah. Sian Zuyyin. Tapi yang buat saya hilang penat, bila dukung je Zuyyin, ayah suro Zuyyin wish birthday kat ibu. Terus Zuyyin cakap "Epi beday, buuu" Oh hampir menitik air mata ni..Tak sangka pada usia 29 tahun dah dapat dengar anak wish besday kat kita..uwaaa...terharu..terharu. Lepas bersiap kami keluar makan malam sesudah solat maghrib. Time ni memang dah lapar sangat. Sian baby (T_T)

Mak buyung ni pulak disebabkan keletihan tak dapek la nak berjalan sakan. Walaubagaimanapun, semalam merupakan hari kelahiran terakhir sebagai seorang ibu kepada seorang anak. Lepas ni jadi seorang ibu kepada dua anak pulak, InsyaAllah =D

*6 more weeks and counting*

2 comments:

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount