Assalamualaikum
Masa pertama kali saya memberi pengenalan makanan pejal kepada Zuyyin (when she's 7+ months old), risau juga kalau-kalau Zuyyin sakit perut ke, muntah-muntah ke. Tapi Alhamdulillah she enjoyed her puree. I gave her banana puree =)
Tapi ada juga bayi yang akan memuntahkan kembali makanan yang dimakan selang beberapa minit selepas itu. One of them adalah my nephew. Dulu ingatkan dia saja-saja je takmau makan, tapi bila kerap sangat, sampai nangis-nangis, bila tanya doctor memang ada yang begitu.
Sekiranya makanan tersebut baru je dimakan dan kemudian sudah dimuntahkan semula, mungkin dia mengalami masalah di sekitar mulut sama ada kerana proses menelannya tidak baik atau anak kita tidak suka pada makanan tersebut. But don't worry too much. Mungkin hari ni anak tak suka puree apple, sebulan kemudian bila dicuba lagi anak suka =)
Tapi jika makanan tersebut dimuntahkan setelah beberapa lama, ia bermaksud ada kemungkinan anak kita mengalami gangguan pada bahagian pencernaannya
Refleks Menelan Belum Terbentuk
Ketika makanan diletakkan dihadapan lidahnya, bayi akan berusaha untuk menelan makanan tersebut dengan menjelirkan lidahnya. Namun makanan tersebut tidak akan masuk, malah terkeluar. Kadang-kadang perkara ini akan membuatkan bayi kita berasa kesal sebab tidak boleh menelan makanan, maka bayi akan menangis.
Melihatkan perkara ini ada segelintir ibu bapa yang memaksa anak makan juga dengan posisi mendatar sehingga menyebabkan bayi muntah. Perkara ini sangat berbahaya tau, sebab makanan boleh masuk ke dalam salur pernafasan.
Ingat lagi kata-kata ibu yang menghalang kami adik beradik dari makan sambil berbaring " Jangan makan baring, nanti masuk hidung, lepas tu hidung berulat" HEHE..cuak beb.
Refleks menelan ini akan terbentuk dengan sendirinya dimana ia bergantung kepada kemampuan bayi itu sendiri dalam menelan. Tapi jika refleks menelan itu belum terbentuk, jangan dipaksa, tapi si ibu haruslah bekerja keras sedikit dengan menghancurkan makanan sehingga memudahkan bayi kita menelan.
Ala apa susah, sekarang ni ada banyak jual dipasaran blender makanan bayi, pilih dan beli je la yang mana berkenan =)
Belum Kenal Dengan Makanannya
Bayi kita menyusu kan sampai umur 6 bulan, at least. Susu kan cecair. Kalau kita tetiba jek bagi makan solid, haruslah bayi kita akan menolaknya sebab belum pernah di kenalkan dengan makanan tersebut. Sila jangan paksa anak makan, ok? Nanti bayi trauma terus tak mau makan.
Kalau mula-mula bagi tu bersyukur la kalau bayi kita nak makan at least satu dua sudu dia tu. Kita sebagai ibu bapa harus bersabar dalam melatih bayi kita untuk menerima makanan pejal.
Jika usia sudah menjangkau setahun, boleh lah ajak bayi kita duduk untuk makan bersama-sama. Kalau Zuyyin, kami ada belikan kerusi makan bayi kat SSF Rm59.90 je. Comel je. Macam kat bawah ni.
Rasanya yang berbeza
Cuba bayangkan, bayi kita diberi minum susu lemak manis santan kelapa muda selama 6 bulan. EH? HAHA.. Ok, jadi adalah sesuatu yang amat pelik bagi mereka untuk makan sesuatu yang lain. Jadi cuba pelbagaikan rasa makanan
(INGAT! cuma guna makanan semulajadi! Janganlah rajin sangat letak garam, gula, kicap manis ke kicap masin ke dalam makanan anak berusia kurang dari 2 tahun,ok?) Untuk Zuyyin dulu, saya suka letak kismis dalam bubur, di selang seli dengan kurma, labu, buah-buahan lain. Memang Zuyyin suka!
Menghadapi Bayi Muntah
Jika bayi muntah, letakkan tubuhnya dalam posisi mengiring atau diangkat kebelakang seperti disendawakan agar muntahnya tidak masuk ke dalam salur pernafasan.
Sekiranya muntah keluar dari hidung, janganlah risau, lapkan saja muntah tersebut. Apa yang perlu dirisaukan adalah apabila muntah termasuk kedalam hidung, dimana ia boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat. Dan jika muntah masuk ke dalam peparu, segeralah bawa anak berjumpa doctor.
14 May 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment