18 May 2014

Keperluan Ibu dan Bayi Untuk Dibawa Ke Hospital

Assalamualaikum




Saya dah 34 minggu, Alhamdulillah.. Walaupon ni anak ke 2, tapi tetap rase nervous..HUHU. Barangan baby dah complete insyaAllah. Last week dah basuh baju si kakak, bedung, barut sume. Tadi baru tambah sedikit lagi baju newborn. 

Dulu masa Zuyyin tak banyak sangat baju newborn. Dan Zuyyin pon lahir 2.78kg, jadi bila baju yang ada adalah 0-3months, 3 months, 3-6months, nampak macam baju pinjam pulak, HEHE. So kali ni we olls decided untuk tambah la sedikit lagi baju newborn.

Mengikut pengalaman lepas, semasa Zuyyin saya lahirkan di Hospital Ampang, kita kena bawak buku merah (ni bila kandungan dah 7bulan memang kena sentiasa ada dengan kita di mana jua kita berada), Kad pengenalan diri dan GL (kalau ada).

Kalau boleh letak la dalam satu file plastik tu, senang nanti. Nak kuar hospital pon senang, pelbagai jenis resit dan document boleh sumbat je dalam file tu, HEHE

Ok bila dah masuk dalam labour room, nurse akan mintak kita sediakan :
  • sepasang mittens and booties
  • sepasang baju lengan panjang berbutang depan.
  • bedung/ lampin kain
  • sekeping pampers
Jadi lebih mudah sekiranya barang ni kita masukkan dalam satu beg kecil/ beg plastik, kemudian baru la kita masukkan dalam beg yang lebih besar untuk duduk dalam ward tu.

Once dah masuk ward, sekiranya bersalin normal dan tiada masalah, kita akan dibenarkan pulang pada keesokan harinya. Tapi sekiranya ada masalah sama ada baby atau ibu, kena stay lebih sikit la. Jadi baik bawak extra.

Barang yang kita perlukan adalah:

Untuk Ibu:
  • Baju yang selesa (2 pasang)
  • Tudung
  • Kain batik/skirt (2 pasang)
  • Stokin (2 pasang)
  • Sepasang sandal/selipar untuk di bawa mandi dan berjalan-jalan di dalam ward
  • Towel
  • Maternity pad (saya guna clothpad, bagi saya ia lagi selesa untuk jahitan kita yang masih fresh tu)
  • Kelengkapan mandian (bawak je toiletries yang kecik-kecik tu dan letak dalam satu beg plastik)
  • Nursing bra dan nursing pad (yang ni pon saya pakai reusable nursing pad dari fabric bamboo sebab lagi lama dia boleh serap susu yang leaking dan lebih lembuttt. HEHE)
  • Seluar dalam (saya beli yang pakai buang, senang, HEHE)
  • Makanan! (Saya bawa milo 3in1, muesli bar, nestum,roti, thermos air panas, 1liter air zamzam, biskut lemak,sudu)
Untuk Baby:
  • Pampers dalam 20 keping (saya pakai clothdiapers seperti biasa HEHE)
  • Toiletries 
  • *Baju lengan pendek dan seluar (3 pasang)
  • *Baju lengan panjang dan seluar (3 pasang)
  • *Topi baby
  • *Receiving blanket (selimut baby)
  • *Mittens and booties (5 pasang)
  • Bedung (5 helai - saya beli gugu. Best!!Masa Zuyyin dulu beli satu je sebab nak try. Haritu pegi baby expo tambah lagi 3helai, HEHE)
  • *Barut (5 helai)
  • *Tuala Baby
  • *Tuala Kecil (5 helai)

*Kebanyakan barang-barnag ni recycle Zuyyin punya, cuma ada tambah sikit baju newborn, mittens and booties =) Kalau semua pakai baju lama, macam kesian pulak, HUHU..

Barang dalam bakul:
Macam yang Puan Khadeejah ni alami, luka cepat sembuh, tak sembelit dan yang penting kurus macam sebelum mengandung. Tak percaya? Saksikan sendiri Video ni:



Ok dah ready untuk check-in kat mana-mana hospital yang kita nak! HEHE..Semoga semuanya dipermudahkanNya bila tiba masanya nanti =)



2 comments:

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount