16 April 2014

Penyerapan Kalsium Berhenti Pada Usia 28 Tahun?

Assalamualaikum

Ingat lagi dulu belajar masa form 5 cikgu Biologi cakap "Baik korang makan kalsium banyak-banyak sekarang sebab nanti lepas 28 tahun tulang dah tak serap kalsium". 



Maka sebagai seorang murid yang tidak mahu durhaka terhadap cikgu pon telefon ibu di rumah dan menyampaikan berita itu (Time tu dok jauh di asrama, bukan lari rumah takmo balik ke ape =p)

Dengan nada terkejut ibu pon cakap " Eh abistu yang iklan Anlene tu macam mane pulak?" Haaa terus terdiam anak murid patuh ni.. Ye tak ye gak kan? Siap ade penemuan penciptaan penyerapan maximum secara Nano la bagai

Maka saya pon biarkan soalan itu berlalu pergi mengikut peredaran masa. Sampai la tahu pasal Ostematrix Shaklee ni.

Sebenarnya Jisim Tulang berkembang pada tahap maxima semasa kita berusia 28 Tahun. Dan selepas usia 40 Tahun, kepadatan tulang mula menurun dengan cepat, especially bagi kaum hawa.

Dengan pengambilan Supplemen kalsium, telah terbukti secara klinikal bahawa ia akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan berkesan.

Objektif pengambilan kalsium semasa muda adalah untuk membina tulang dan objektif semasa sudah berusia adalah untuk menghalang kehilangan tulang

Apa Beza Ostematrix Shaklee dengan Vitamin Kalsium lain?


  • Ostematrix merupakan kalsium yang isinya paling seimbang dengan memastikan kadar penyerapan sebanyak 99%.
  • Formulanya unik. Di buat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi Kalsium, magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganase dan boron.
  • Nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan Kalsium oleh tubuh dan menghalang enapan sesetengah mineral. Banyak artikel yang pernah saya baca tentang enapan kalsium di dalam jantung yang menyebabkan sakit jantung, serta enapan di pundi kencing yang menyebabkan batu karang, akibat tiada agen penyerap kalsium apabila mengambil supplement. 

Apakah Manfaat Utama Pengambilan Ostematrix Shaklee ini?
  • Menguatkan Tulang
    • Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
    • Pengambilan 600mg Kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan atrtitis
  • Meringankan stress
    • Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, mood swing, sakit kepala dan pitam
  • Memperbaiki masalah Haid
    • Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg Kalsium dan Magnesium serentak meringankan sakit di waktu haid dan membantu membuang air kecil
  • Pengalkalian tubuh
    • Kalsium adalah mineral bersifat alkali, ianya berkesan memastikan imbangan mineral tubuh. Ia juga menghalang obesiti di peringkat tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik


Apakah Fungsi Magnesium?
  • Ini adalah ion positif no. 2 dapenting dalam tubuh kita (ni dulu belajar dalam kelas chemistry mase sekolah,hehe) 
  • Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.
  • Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilakan denyutan tidak sekata pesakit jantung 
  • Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang enapan kalsium, melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mengalami masalah fluktuasi glukos. 
Apakah fungsi Vitamin D?
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. 
  • Vegetarian, yang kurang terdedah kepada cahaya matahari semasa musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dam kanak-kanak perlu mengambil supplemen Vitamin D ini
Apakah pula fungsi Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum?
  • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot,menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis
Bagaimanakah cara untuk memilih kalsium Premium?
  • Pilih Produk yang ada Vitamin D dan Magnesium
  • Elakkan Produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Sekarang dah jelas kan? hehe..Lepas dah tau pasal kalsium ni, boleh la bagitau ibu hal sebenarnya. Yeah, she's right. Calcium absorption don't stop at the age of 28 Years old =)

Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat

0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount