30 October 2014

15 Rahsia Multivitamin Dan Multimineral Yang Tidak Kita Ketahui


Assalamualaikum

Multimineral dan Multivitamin

Multivitamin dan multimineral
  1. Dapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri dengan selenium, silica, zinc, copper, Omega 3 fatty acids dan Vitamin A, B, C, E dan K.
  2. Dapatkan mata yang sihat dan cantik dengan Vitamin A, C, E dan lutein.
  3. Sekiranya berasa letih tidak bermaya, Vitamin B akan meningkatkan tenaga
  4. Vitamin C dan Selenium adalah antioksidan yang tinggi untuk meningkatkan imun sistem dan daya tahan badan
  5. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 3000mg Vitamin C sebelum melakukan kerja yang stressful akan membantu blood pressure dan cortisol untuk kembali kepada keadaan normal dengan lebih cepat
  6. Adakah anda tahu bahawa kalsium amat membantu dalam keadaan stress? Calcium mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan rasa cemas dan memperbaiki mood swing akibat PMS
  7. Untuk tulang yang kuat dan sihat, carilah calcium yang mengandungi Vitamin D serta mineral yang membantu penyerapan Kalsium iaitu manganese, copper, magnesium dan zinc
  8. Keletihan, pening, meragam, pucat, nafas yang tersekat-sekat dan bermasalah untuk focus adalah simptom anemia. Pastikan multivitamin dan multimineral yang anda ambil mengandungi iron untuk membantu pembentukan sel darah merah
  9. Magnesium dan Vitamin D membantu mengekalkan otot dan fungsi saraf yang sihat.
  10. Sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan secara berterusan, badan akan kekurangan magnesium yang akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan
  11. Zinc adalah mineral asas untuk imun sistem dan tumbesaran
  12. Orang yang mengamalkan diet yang ketat dan juga warga yang lebih berusia mempunyai risiko kekurangan zink. Mereka ini akan mengalami kehilangan rambut, hilang selera makan, cirit-birit dan sebagainya
  13. Untuk penyerapan nutrisi secara optimum, ambil oil-based supplement selepas makan dan water-based supplement sebelum makan. 
  14. Pastikan botol ditutup dengan ketat untuk mengelakkan multivitamin dan multimineral tadi teroksida, dan simpan di kawasan yang jauh dari sumber cahaya matahari dan kepanasan
  15. Selalu ingat bahawa supplement bukanlah pengganti makanan. Ia adalah makanan tambahan. Ambil sekali dengan makanan yang sihat dan seimbang.
Semoga bermanfaat! =)

2 comments:

  1. yang no 13 tu memang info baru untuk puteri...ingatkan supplemen kena ambil selepas makan je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..hehe...sebenarnya ada banyak vitamin yang perlu diambil sebelum isik perut contohnya zinc =)

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount