PMS (Pre-Menstrual Syndrome/ Sindrom Pra Haid) ni ada macam-macam tapi selalunye kita panggil PMS tu sebagai senggugut kan? Sebenarnya emosi tak stabil, sakit pinggang, sakit badan, breast rasa membengkak sebelum period tu pon antara Sindrom Pra Haid. Tapi takpe, sekarang ni cuma nak focus pada senggugut (period pain) je..Okay focus..focus..
Senggugut ni bukan semua wanita akan mengalaminya, sebagai contoh, saya sendiri, kakak dan ibu takde pon senggugut tapi ade PMS lain la macam sakit pinggang, pening kepala, emosi terlebih tu biasa la kan..HEHE. Adik yang bongsu pulak yang mengalaminya. Bukan calang-calang tau, siap muntah-muntah dan pernah pengsan kat sekolah. Nasib baik la sekolah semua perempuan kalau tak memang ada la hero yang sambut. Cewah ala-ala hindustan gitu.
Setelah si kakak membuat kajian bertahun-tahun (ok ni tipu, takde la bertahun. Dah macam buat thesis la pulak kan), maka jumpa la beberapa solusinya dan Alhamdulillah berkesan! Dan sudah semestinya lah tanpa painkiller kan...NO NO NO! Let the pain goes naturally. Dan si adik ni sejak mengambil bidang farmasi ni memang dah tak pandang painkiller la. Dah tau side effect nya yang sungguh menggerunkan. Kalau tak dulu memang tetiap bulan la si adik kena consume. Haish sian dia.
Ok meh sini nak share apa yang boleh kurangkan senggugut
- Minum air panas.
- Bukan suam-suam kuku tau. Buat la susu panas ke, milo panas ke. Nanti legaaa rasa. Dan darah rasa lancar je keluar takde sekat-sekat.
- Elakkan minum ais
- Ais ni seperti akan membekukan lagi darah haid itu, dan kesannya. Ouch! Perut semakin sakit.
- Gunakan hot pouch/bag panas/bertungku.
- Teknik ini sungguh melegakan. Pun akan rasa darah mengalir dengan lancar.
- Mandi air suam
- Elakkan mandi air pili. Kalau ada water heater lagi bagus tapi kalau takde mintak tolong sape-sape jerang air atas api dan bancuhkan air panas dalam baldi.
- Bertukar kepada Cloth Pad
- Baca kat forum dan group-group banyak yang mencadangkan penggunaan clothpad untuk yang senggugut ni. Mula-mula dulu beli macam-macam brand untuk adik cuba, dia cakap selesa, maka si kakak pon terus membuat keputusan untuk menjual. Yela, kalau asik membeli je bila pulak nak untung. Beli bukan takat sikit-sikit. 10 tahun punya stok HEHE.
- Ok kalau nak tau clothpad ni takde langsung bahan kimia, takde gel yang menarik darah keluar jadi darah keluar secara semulajadi mengikut tarikan graviti, gitu. Takde dioxin yang boleh menyebabkan sakit-sakit puan yang lain.
- Alhamdulillah period adik semakin regular dan duration tidak terlalu panjang. Dulu kami adik beradik mesti betul-betul boleh solat pada hari 11-14. Tapi sekarang dalam seminggu je.
- Makan Supplement yang mengandungi Gamma Linolic Acid
- Yang ni bukan time sakit je kena makan tapi kena makan hari-hari la sebab dia bukan ubat tapi makanan tambahan. InsyaAllah anda akan dapat rasa perubahannya.
Ni lah antara yang adik saya amalkan sampai sekarang. Alhamdulillah takde lagi insiden berguling-guling menahan sakit, pengsan, serta muntah-muntah semasa senggugut. Cubalah! Tak Cuba tak tahu =)
Assalamu'alaikum..memang kesian kn bila dtg je period sakit parut, sakit pinggang, teguling2 atas katil dan mcm2 lgi benda berlaku..tapi alhamdulillah lepas sye consume satu jenis jus yang bahan dia terdiri dari 14 jenis herba (beli kat abg sye, sbb dia ada jual) senggugut makin berkurang..lepas minum jus ni dh dua kali period..sakit perut berkurangan, tak perlu tuam air panas, tak perlu urut2, takde aksi guling2 atas katil, mampu buat kerja rumah dan mcm2 lgi..bersyukur sngt abg jual jus ni..memang berkesan..sye sangat mencadangkn semua adik2, akak2, mak2, yg dh kawin, yg belum kawin, muda dan tua untuk cuba jus yg abg sye jual ni..sbb banyak sangat manfaat dari herba yg Allah dh turunkn di bumi-Nya ni..semua org boleh minum..In shaa Allah istikhomah dan yakin dengan Allah..sakit2 yg sllu kita alami dapat berkurangan dan berunsur pulih. I care about all women and really wanted to help all women out there.
ReplyDeletesiapa yg nk cuba boleh la hubungi mardhiah =)
DeleteSesama =)
ReplyDelete