10 February 2014

DISPOSABLE PAD vs CLOTH PAD

Assalamualaikum

Arini Zarith nak bercerita sikit tentang disposable pad atau pantyliner yang kita pakai seharian. Nampak putih, suci bersih dan gebu je kan? Tapi tahu tak anda bagaimana sebenarnya pad ini di hasilkan?

Bagaimana disposable pad dan pantyliner dihasilkan?

  • Pad pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu ataupon seringkali kertas kitar semula. 
  • Kertas kitar semula ini diluntur semasa pemprosesan supaya menjadi putih. Namun begitu, proses pelunturan dengan agen klorin ini menghasilkan sejenis bahan kimia yang bernama dioksinDioksin adalah sejenis bahan karsinogenik (bahan yang boleh menyebabkan cancer). Menurut National Institute of Environmental Health Sciences of US, individu yang terdedah kepada tahap dioxin yang ketara berisiko tinggi untuk menghidap penyakit cancer, masalah mandul, penyakit jantung dan kencing manis. Malangnya pad pakai buang yang kita pakai juga mengandungi dioksin akibat proses pelunturan.
  • Pewangi dan penyah bau ditambah semasa pemprosesan untuk "mewangikan dan menyamankan" keadaan. Ianya boleh menyebabkan alergi kulit dan mengganggu kestabilan vagina
  • Plastik yang digunakan untuk lapisan "dry weave" atau "dry feel cover" boleh menyebabkan alergi kulit, infeksi vagina dan kegatalan.


Apakah pula Cloth pad (Pad Kain)?

Pad kalin adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organic dan sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang baru melahirkan anak.

Adakah ia tidak berbau?

Anda pasti akan terkejut bahawa darah anda tidak mengeluarkan bau yang menjijikkan seperti yang anda fikirkan selama ini. Darah kita sebenarnya steril dan bersih dari saat ia keluar dari faraj. Ia hanya berbau darah yang normal, sama seperti darah yang keluar dari mana-mana bahagian badan yang lain seperti luka pada permukaan kulit.

Bau yang busuk sebenarnya adalah kesan dari tindak balas kimia antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang, bukanlah dari darah itu sendiri

Adakah ia bersih?

Mestilah! Secara teknikalnya, pad kain adalah jauh lebih bersih dari pad pakai buang kerana darah hilang sepenuhnya semasa basuh. Jadi ia boleh digunakan semula untuk bertahun lamanya tanpa risiko jangkitan. (Underware pon basuh hari-hari kan? Bukan pakai dan buang)

Ia terbukti apabila anda tidak akan merasa gatal apabila menggunakan pad kain untuk jangka masa yang penjang, tidak seperti pad pakai buang, anda akan merasa tidak selesa serta gatal jika digunakan pada jangka masa yang panjang kerana pad pakai buang diperbuat dari kertas kitar semula atau pulpa kertas yang mengandungi bahan kimia dan toksik yang merbahaya. Apabila kimia dan toksik ini bertindak balas dengan darah, ia akan membiak bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan faraj dan keputihan yang tidak normal bagi sesetengah wanita.

Jadi ayuh kita bertukar kepada CLOTH PAD dan PANTYLINER serta CLOTH DIAPERS untuk si kecil supaya dapat meningkatkan taraf kesihatan sejagat =)



Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
Dapatkan Harga Menarik Hanya Di Butik GebuGebu
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028

1 comment:

  1. assalam, nk tye kalau pakai cloth pad ni, berap[a jam sekali kena tukar ye??? problem time kerja la. hukhuk

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount