Assalamualaikum
Diet BRAT untuk pesakit Diarrhea
Dah lama
tak dapat nak update blog. My baby Zuyyin Safiyya down with fever siap
cirit-birit lagi. Selama 2 tahun 4 bulan tak pernah pulak Zuyyin
kene diarrhea selama 3 hari macam ni.
Pernah jugak sebelum ni tercirit, tapi lepas bagi makanan untuk elokkan diarrhea iaitu BRAT, setengah hari je dah elok. Dah nak kena kan, nak buat macam mana. Mungkin sumber air ke ape, wallahualam.
BRAT Diet Untuk Pesakit Cirit Birit |
Dalam diet
BRAT ni, pisang mengandungi potassium yang dapat membantu usus serap air
manakala apple mengandungi pectin yang dapat memekatkan makanan di
dalam usus.
Sabtu- 4 kali tercirit penuh pampers
Bangun
pagi sabtu Zuyyin dah cakap sakit perut dan mintak dicebukkan, rupanya dah
tercirit masa tidur. Tengah ari tu dah tengok Zuyyin lemah je, rupanya dah
mula demam dengan suhu mencecah 39 Celcius. Ibu pon buatkan lemon socks setiap kali Zuyyin tidur serta rawatan untuk anak demam secara semulajadi yang lain.
Apa lagi,
ibu dan ayah pon memang tak buat apa weekend lepas, rumah pun tak sempat
nak kemas, focus pada anak-anak je. Tengah hari dan petang rendamkan
Zuyyin dalam air suam dengan 2 sudu Epsom Salt.
Lemon Socks Cara mudah supaya Zuyyin tak Terjaga |
Rendam Zuyyin dalam Air suam+ Epsom Salt bersama toys |
Ahad - 7 kali penuh pampers
Hari ahad
demam dah turun around 37.5- 38.4. Tapi kami jadi kalut setiap kali Zuyyin
pegang perut dan cakap "ibu, zuyyin sakit perut" diikuti dengan bunyi
cirit. Mr. Hubby cepat-cepat bawak Zuyyin ke toilet dan cebukkan dia.
Ibu sibuk mencari dan memberi penawar seperti olivenol, VCO, Probiotik, Vitamin C Chew, pisang dan air kelapa original. Sebiji kelapa jugak la Zuyyin minum. Alhamdulillah senang nak carik orang jual buah kelapa kat sini.
Saya masakkan Zuyyin bubur ayam namun tiada selera, jadi saya berikan Zuyyin roti gardenia yang wholemeal tu. Disamping memberikan rasa kenyang roti wholemeal adalah bagus untuk diet pesakit diarrhea ni. Alhamdulillah 3 keping juga Zuyyin makan, saya potong empat satu keping roti tu.
Petang tu
kami bawa Zuyyin jumpa doctor tapi doctor tak bagi ubat kecuali ORS (air garam)
dan probiotik.
Doctor cakap biarkan usus die buang toksin. Yang penting kita kena pastikan dia minum air secukupnya untuk mengelakkan dehydrates. Kuantiti yang sedikit tapi sangat kerap. Doctor nasihatkan kalau dah lebih 3 hari cirit-birit terus bawa ke hospital.
Jadi saya sediakan dua botol air, satu berisi air ORS perisa oren dan satu lagi air masak biasa. Selepas minum 2 sedutan ORS, Zuyyin akan bilas dengan satu sedutan air masak.
Isnin - 2 kali cirit penuh pampers, 1 sikit je
Saya
ambil keputusan untuk ambil cuti pada hari isnin dan jaga Zuyyin di rumah.
Buatkan sup ayam dan nasi tapi Zuyyin tak selera nak makan nasi, jadi ibu
suapkan juga sup ayam dan habis la juga 3 ketul ayam.
Sup Ayam |
Lepas tu saya bagi Lacto 5 probiotik. Bukak 2 kapsul dan larutkan dalam 2 syringe air masak, bagi Zuyyin makan.
Lacto 5 Boleh didapati di Guardian |
Selepas lunch, Zuyyin tidur. Bangun dari tidur Zuyyin cakap nak makan, jadi ibu pon cepat-cepat buat pancake tanpa gula, ditambah dengan quaker oat. Zuyyin tak berapa berselera. Jadi ibu tetiba dapat idea nak buatkan Zuyyin sugarless banana cupcake.
Blend 2 biji telur, dah kembang tu saya masukkan 2 biji pisang yang dah masak ranum, garam sedikit dan blend lagi. Masukkan dalam bekas untuk menggaul, campurkan 3 sudu quaker oat, dan sedikit tepung kek. kacau-kacau dan bakar pada suhu 175 celcius selama 20 minit. Tada~
Zuyyin Suka dapat main pondok-pondok |
Bila anak cirit ni benda yang perlu kita tahu adalah jangan sesekali bagi makanan yang bergula. A big NO!
Sekali 3
cup cakes ni Zuyyin makan =) Alhamdulillah.. Menjelang petang dah takde lagi
tercirit ke sakit perut ke. Ohye memang tiada susu langsung saya berikan
kepada Zuyyin sepanjang 3 hari ni. No diary product at all.
Sampai ke
harini Zuyyin sihat dan tiada mengadu sakit perut secara tiba-tiba seperti 3
hari yang lepas. Bersyukur sungguh Allah kurniakan semula kesihatan yang
terbaik buat puteri solehah saya yang sorang ni.
Semoga
ibu dan ayah dikurniakan kesihatan yang baik untuk sentiasa menjaga dan
melindungi puteri-puteri solehah kami ini. Amin =)
wow bestnye panduan mama ni.. terperinci sgt. thanks
ReplyDeleteuntuk panduan bersama =)
Delete