5 November 2014

Rawatan Semulajadi Untuk HFMD (Hand Foot Mouth Disease)

Assalamualaikum

HFMD Outbreaks

Sekarang ni tengah musim HFMD kan? Di mana-mana ada je rakan yang anaknya terkena jangkitan HFMD ni. 




Apa itu HFMD?


HFMD ni adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut). Ia disebabkan oleh jangkitan Virus, iaitu coxsakievirus A16 yang termasuk dari kumpulan Enterovirus

Sesiapa pun boleh terkena jangkitan virus coxsakie ni tetapi yang paling common adalah kanak-kanak berusia 10 tahun. Selalunya HMFD ni mudah berjangkit terutamanya apabila anak-anak berada di taska, taman permainan atapon sekolah.


Apakah simptom HFMD ini?


  • Demam
  • Sakit dalam mulut
  • Ruam seperti lepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki
  • Sakit tekak
  • Kurang selera makan

Bagaimana HFMD boleh berjangkit?

HFMD ni mudah berjangkit. Jangkitan selalunya melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti. Waktu yang perlu dikuarantinkan adalah 3-7 hari sebelum simptom keluar selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Bagaimana mahu merawat HFMD secara semulajadi?



First and foremost, sila berjumapa dengan doctor untuk diagnose penyakit. Oleh kerana HFMD ni adalah daripada jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak untuk melawan virus tersebut. 
  • Rooibos Tea. Mandi ataupun minum air ni
  • Sup tulang/ ayam dengan campuran antiviral food contohnya bawang putih yang banyak
  • Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus
  • Tea Tree Oil, Virgin Coconut Oil - Sapukan pada jangkitan kulit ataupun VCO tu boleh dimakan untuk naikkan imun
  • Rebus semua pakaian dan juga mainan anak dengan air panas
  • Cuci lantai rumah dengan dettol atau campuran cuka epal dan tea tree oil
  • Beri anak makan Vitamin C 
  • Teruskan beri anak minum air yang banyak, boleh juga buatkan homemade ice-cream daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gula (jika anak tidak alah pada makanan sejuk)
  • Olivenol, probiotik juga boleh diberi untuk tingkatkan imun sistem
  • Air Kelapa dan Air Barli adalah antara antivirus semulajadi
  • Madu, jus delima adalah antara remedi untuk ulser mulut pesakit.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan HFMD?


Kata kuncinya adalah kebersihan. 
  • Tutup mulut dan hidung apabila anda batuk atau bersin
  • basuh barang permainan anak secara kerap dengan air panas yang bersabun, terutamanya apabila bersentuhan dengan air liur
  • Basuh tangan setiap kali selepas:
    • Keluar tandas
    • Salinkan lampin anak
    • Hembus hingus
Kredit: GNRAM

Semoga Bermanfaat!



10 comments:

  1. musim agaknya kot skrg kan.. huhu.. lately byk jugak dgr budak2 kena HFMD ni.

    ReplyDelete
  2. Morning BGG...Thanks for the info coz my niece dua orang kena virus ni recently . Dijangkiti dari sekolah..kesian dia orang..Alhamdulillah sekarang dah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Kesiannya..kalau abang dah kena adik mesti kena kan..Alhamdulillah dah ok =)

      Delete
  3. terima kasih atas perkongsian info ni sis. anak saya pernah kena jugak 2 kali, tp alhamdulillah bukan tahap teruk sampai nampak mcm melepuh tu. just in case ada yg mencari info, boleh di suggestkan disini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak berapa teruk kan. Risau kalau sampai melepuh tu =(

      Delete
  4. memang tengah musim kan...sebab kat FB pun dah beberapa orang update status anak diorang kena hfmd ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhla Puteri, Officemate Zarith pon anak kena HFMD kana cuti seminggu

      Delete
  5. terima kasih atas perkongsian ilmu tentang hfmd ni...kemungkinan besar anak saya pun dijangkiti hfmd ni...akan cuba ikut segala saranan awak yunk...terima kasih sekali lagi...doa doakan anak saya cepat sembuh ya...
    Ammiinn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga anak awak cepat sembuh ye..aminn

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount