29 May 2014

Olivenol Meningkatkan Daya Imun Badan Secara Semulajadi

Assalamualaikum

Alhamdulillah Olivenol yang ditunggu dah sampai =) Yang kat rumah tu tinggal untuk Zuyyin sekali makan jek.

Nak tau kenapa Zuyyin makan Olivenol?

Saje je sebab Zuyyin suka makan benda pahit. Eh? Bukan begitu. Olivenol ni banyak sangat khasiatnya. Dan yang paling penting saya bagi Zuyyin makan olivenol sebagai salah satu cara untuk naikkan immune system beliau.

Olivenol ni 100 kali lebih mudah diserap oleh badan dengan 300 kali anti-oksidan daripada Extra Virgin Olive Oil.

Di mana nak beli?

Boleh dapatkan di Guardian yang berhampiran anda. Harga memang standard RM199 untuk 60ml. Tapi selalu saya beli online je. Di The Pill House. Selalunya beli time ada sales la. Boleh dapat RM159.90 Free Postage.

Macam mana nak bagi anak makan?

Zuyyin dulu saya bagi makan seawal umur setahun. Mula dengan 0.5ml dulu. Punya la tak suka dulu. Biasa la kan, kena tangkap dia dan kepit, HEHE. Pahit kemasaman rasanya. Ibu pon tak lalu nak telan yang liquid tu, sebab tu la ibu beli yang capsul untuk diri sendiri (-_-")

Tapi sekarang memang amazing. Zuyyin siap tunjuk fridge dan cakap "Ibu.. Nak olinol" HUHU. Sekali bagi 1ml. Muka terkulat-kulat lepas tu mintak lagi. Hai la anak..Overdose nanti (-_-")

Okay balik nak kena sorok dulu, kang abis di tuangnya Zuyyin HEHE


4 comments:

  1. amboi suka Zuyyin makan olinol yer..hehe :)

    ReplyDelete
  2. http://www.georgetownpharmacy.com.my/products/olivenol-plus-essence-3-60ml-free-60ml

    Olivenol buy 3 free 1 promotion now on!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! My olivenol almost finish =)

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount