28 May 2014

Perbelanjaan Untuk Menyambut Ahli Baru

Assalamualaikum.

Kali ni nak share pulak tentang persediaan untuk menyambut my 2nd baby. Bak kata orang dolu-dolu, kalau nak berbelanja tu biar la ikut size poket sendiri, HEHE. 



Jadi saya pon berbelanja la seadanya. Kebanyakannya pakai Zuyyin punya je. Sebab mengikut doctor yang buat Scan 4D tu, insyaAllah baby girl. Zuyyin ada kawan la nanti, takde la boring sangat asik main dengan ibu dan ayah je..HEHE

Baju


Baju baru untuk adik =)
Baju Zuyyin semua dah basuh, cuma ada add on mittens, booties, hats, swaddle dan sedikit baju newborn. Kesian pulak kalau takde yang baru kan. Tapi tambah pon tak banyak sebab baby cepat membesar kan.

Jadi haritu pegi la ke BP Mall masa balik kampung, pegi carik baju newborn yang selesa dan murah. Fiffy yang kainnya sangat lembut cuma RM7.50, kalau sepasang terus RM14.90. 

Tollyjoy kalau short sleeves tu RM14.90 tapi kalau long sleeves tu RM15.90 . Cuma Anakku tu terbeli jugak yang agak mahal sebab kainnya lembuttt sangat. Terpengaruh (-_-") Fabrik dari bamboo. RM29.90 untuk baju sahaja, lepastu beli seluar dia pulak, HUHU

Bedung & Barut


Yang pink kiri nih Zuyyin punya dulu, yang kanan ni one of the new swaddle
Swaddle masa zaman zuyyin dulu takdelah beli banyak sangat. My favorite adalah GuGu, tapi disebabkan dulu cuma beli 1 je, haritu masa Baby Expo di Danga City mall, borong lagi 3, HEHE. Harga dah naik, dari RM35 (Tahun 2012) kepada RM45. 

Barut pulak pakai yang lama je, sebab dulu Zuyyin pakai barut pon kejap je. So masih baru =)


Diapers

Zuyyin fully on Cloth Diapers (CD) since she's 3months old. Masa Zuyyin newborn ada beli sikit je CD ni, ingatkan cukup tapi rupanya tidak. Jadi terpaksa topup disposable diapers (DD) jugak sampai la Zuyyin masuk 3 months old, terus fully CD. 


Ni koleksi Cloth Diapers Zuyyin. Dua lapis depan belakang. Yang row tengah tu untuk newborn. Sangat comel macam ibu rasa nak pakai pulak =p
Tapi sekarang disebabkan ibu dah tinggal sebulan je lagi nak due, maka takde la larat nak menguruskannya lagi. Nanti lepas adik keluar, kita start balik ye Zuyyin, HEHE

Krim dan Alat mandian

Borong Buds masa kat Baby Expo aritu
Disebabkan ibu Zuyyin taknak kulit mulus Zuyyin dan adik kena bahan kimia, maka ibu pon akan menjadi orang yang memborong habis-habisan barangan Buds setiap kali ade Baby Expo. 

Buds ni kan 100% organik. Bila beli kat expo dapat la 20-25% discount. The best bargain ever! Yang bestnya siap dapat lucky draw worth RM150 aritu.

Nampak tak set yang dalam kotak tu? Set lavender, set orange dan set newborn. Tu la hadiahnya. Nak melayakkan diri join 1 lucky draw ni kene beli RM150 ke atas. Zuyyin dapat draw sebanyak 3kali, jadi cuba teka kami sebenarnya berbelanja bape RM kat booth buds ni saje? HUHU..

Yang minyak TYT dalam gamba tu untuk Zuyyin, untuk adik ibu dah belikan Buds jugak, daripada peppermint. Sedap je bau die, berangin semulajadi, HEHE

Eh ada lagi tak yang tertinggal eh? Harap semua dan cukup la.. Lagi sebulan je menghitung hari ni, Nervous jugak (-_-)



4 comments:

  1. comel je tengok cloth diapers tu..warna warni :)

    ReplyDelete
  2. eksaited kan nak sambut org baru...

    samleah, sy punya persiapan sederhana juga.. baju2 newborn kakak abang dulu2 basuh balik, tambah yg baru sikit2 je...

    wah terer memborong yer ;)

    banyaknyeee CD ! kami ada 15 pcs je.pun dah lama stop. tak tau bila nak restart

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummi pon dah dekat due ke? hehe

      Kan..walaupon baju dah banyak tapi mesti rasa tak sampai hati kalau tak beli sikit yang baru ek?HEHE

      Err.. borong time ade sales je. Sales pulak 3-6 bulan sekali, harus lah buat stok, HEHE

      CD ni bila dah start memang addicted! tapi kalau dah stop memang bercinta la nak start balik, kena carik mood dulu HEHE

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount