29 October 2014

Cadangan Menu Dan Resipi Birthday Party Anak 1 Tahun Tanpa Gula Dan Garam

Assalamualaikum

Menu Harijadi Yang Sihat

Kita sedia maklum yang ank di bawah usia 2 tahun tidak boleh mengambil makanan bergaram ataupun bergula. Jadi seharusnya semasa birthday mereka tidak didedahkan dengan makanan sebegini.
Cake yang lazat lagi berkhasiat =)
Masa Birthday Zuyyin yang pertama dulu kami mengambil keputusan untuk sambut di rumah ibu. Plannya nak buat kek buah sendiri, dah ready dah, tapi disebabkan si ayah sangat teruja nak buat kek sendiri, maka beliau dengan terujanya decorate kek untuk permata hati kesayangan. 

Biasa lah, Mr. Hubby memang suka baking kek birthday ni. Namun, kek tersebut kami tak bagi Zuyyin makan, orang dewasa je makan, HEHE.

Nak tahu apa yang Zuyyin makan?

She loved it! -27/06/2013-


Chicken Pie:

Chicken Pie

Bahan-Bahan:

  • 2 biji kentang
  • 1cawan isi ayam
  • 2 oz susu ibu/ formula milk
  • Sayur apa-apa pon boleh (saya buat tomato+daun sup
  • 1 sudu unsalted butter
  • Sedikit serbuk kayu manis
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Minyak zaitun untuk menumis
  • Sedikit cheese

Cara-cara:

  • Rebus kentang sampa empuk
  • Rebus isi ayam sampai lembut
  • Lenyekkan kentang dengan susu dan butter
  • Tumis bawang merah & putih sampai berbau harum
  • Masukkan sedikit air (jangan banyak nanti pie berair)
  • Masukkan isi ayam yang diracik halus
  • Masukkan tomato, daun sup dan serbuk kayu manis
  • Didihkan sampai agak-agak kering
  • Gaul sebati hasil tumisan dengan kentang yang telah dilenyek
  • Masukkan ke dalam bekas aluminium kecil untuk membuat pie 
  • Parutkan sedikit cheese dan taburkan 
  • Bakar 130 Celcius selama 45 minit

Biskut Cair Dalam Mulut

Biskut melt in mouth yang dah siap! Pakai acuan kuih raya je

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk membuat biskut 

Cara-cara:

  • Pre-heat Oven 190 Celcius
  • Pukul unsalted butter sampai kembang
  • Masukkan tepung, gaul sebati

Cara tambah perisa sama ada:

  • 1/3 adunan tambah 1sudu besar puree kurma
  • 1/3 adunan tambah susu ibu
  • 1/3 adunan tambah 1 sudu kecil cream cheese dan 2 sudu kecil puree kurma

Nugget Ayam

Naget yang digoreng

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  • Kisar ayam dengan air masak sedikit (jangan banyak, nanti susah nak kepal)
  • Campurkan tepung atta sedikit demi sedikit, sampai boleh kepal, jangan banyak sangat nanti rasa aneh.
  • Celup dalam telur
  • Golekkan dalam mangkuk berisi oat
  • Goreng dengan minyak zaitun

Creamy Cheezy Chicken Pasta

Boleh je pakai ape pon jenis pasta

Bahan-bahan:

  • Bawang merah, bawang putih
  • Marcaroni/pasta lain
  • Isi ayam
  • Stok ayam homemade
  • Carrot/cendawan/brokoli
  • Cheddar cheese (grated)
  • Pepper/black pepper
  • Pelbagai herba itali
  • Unsalted butter/ minyak zaitun
  • Tepung atta

Cara-cara:

  • Rebus marcaroni dengan air+minyak zaitun
  • Tumis bawang merah dan bawang putih dengan unsalted butter
  • Masukkan isi ayam
  • Masukkan air/stok ayam
  • Tambah tepung atta dan kacau hingga tidak berketul
  • Masukkan sayur
  • Bila dah mendidih masukkan cheese, pepper dan mix herbs tadi
  • Tutup api bila cheese dah cair

Kentang bakar


Bahan-bahan:

Cara-cara:

  • Bersihkan kentang
  • Potong ikut suka
  • Gaul dengan unsalted butter,pepper dan sedikit chopped garlic
  • Bakar dalam oven. Sekiranya tiada oven boleh bakar atas kuali tali sebelum tu kena steamkan dulu kentang tu biar lembut

Biskut kering

Her Favourite Biscuit. Boleh dijadikan teether juga.

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Pencetak kuih raya

Cara-cara:

  • Terap roti gardenia ikut bentuk yang anda suka
  • Bakar pada suhu 110C dalam masa 10minit
  • Bakar sampai keperangan (semua air dah keluar dari roti)
  • Sejukkan
Ok itu sahaja buat masa ini. Banyak lagi sebenarnya nak share tapi next time k. Jom bagi anak-anak kita makanan sihat :)

Semoga bermanfaat!

10 comments:

  1. Ooo roti tu menarik btl...
    Snng je nak buay

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah roti tu memang jadi bekalan zuyyin kat rumah babysitter hehe..

      Delete
  2. resipi-resipi yang menarik dan mudah nak buat :)

    ReplyDelete
  3. Bagusnye share banyak resepi.
    Bolehlah buat nanti
    Birthday Abe (anak1st Nov ni).

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh dah nak dekat ni..lagi 2 hari.. happy birthday in advance =)

      Delete
  4. Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
    Tidak termasuk postage
    Whatsapp fakhru 0139233431

    ReplyDelete
  5. thanks share..
    resepi last tu pling senang..hehe;p

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount