My breastfeeding journey starts again! In fact tak pernah berhenti pon..HUHU. Zuyyin masih menyusu sehingga la lahirnya Zayra. Kira sekarang tandem nursing la.
Tandem Nursing |
Selain dari sokongan padu dari semua pihak, minda kita sendiri kena kuat. Hari-hari kena perbaharui niat untuk bf anak sehingga 2 tahun. Sebab di pertengahan jalan nanti ada banyak sangat cabarannya.
Makan minum juga perlu saya jaga seperti dulu, semasa zaman kegemilangan saya bersama Zuyyin, HEHE. Tiada minuman sejuk dan berais (yang ni memang saya kurang gemar jadi tidak menjadi masalah). Set Menyusu Shaklee pon tidak pernah tinggal
Makan minum juga perlu saya jaga seperti dulu, semasa zaman kegemilangan saya bersama Zuyyin, HEHE. Tiada minuman sejuk dan berais (yang ni memang saya kurang gemar jadi tidak menjadi masalah). Set Menyusu Shaklee pon tidak pernah tinggal
Tiada minuman bercafein (yang ni memang mencabar. Bila Zuyyin berusia setahun dulu dah mula berjinak-jinak semula dengan minuman kegemaran ni, kali ni kene berpantang betul, insyaAllah)
Ok sekarang nak cerita tentang tandem nursing pulak.
Tahukah anda apakah itu tandem nursing?
Tandem Nursing adalah apabila ibu yang sedang menyusukan anak itu hamil dan apabila baby tu dah lahir, si ibu masih lagi menyusukan kakak/abang baby tersebut.
Maksudnya menyusukan kedua-dua anak sama ada secara serentak ataupun pada waktu yang berbeza.
Teknik tandem ini juga boleh digunakan untuk membanyakkan susu iaitu menyusukan anak pada sebelah breast dan mengepam pada breast yang satu lagi.
Apakah kebaikan tandem nursing?
Selepas ibu melahirkan anak yang dikandungnya, selalunya ibu akan mengalami bengkak susu. Pada masa ini tandem nursing memang sangat membantu untuk mengurangkan bengkak susu.
Masa lahirkan Zuyyin dulu lama juga mengalami bengkak susu tapi Alhamdulillah kali ni selepas lahirkan Zayra, Zuyyin yang membantu. Sehari je dah surut, syukur..
Selain itu tandem nursing juga mengurangkan perasaan cemburu timbul pada si kakak/ abang selepas kelahiran adik. Tidak la mereka terasa hati kerana baby lahir mereka dah tak dapat menyusu lagi.
Tandem nursing ini dapat mengeratkan hubungan adik beradik. Ini memang dapat saya lihat di antara Zuyyin dan Zayra. Zuyyin memang sangat sayangkan Zayra.
Bangun pagi je yang dicarinya adalah Zayra. Dia kiss dan ucapkan selamat pagi sambil berbaring-baring sebelah Zayra.
Dari sudut yang lain, tandem nursing juga dapat melatih anak-anak perasaan sanggup berkongsi, tidak kedekut dan sebagai bonus, dapat memberikan khasiat susu ibu kepada si kakak/abang.
Tandem Nursing is sibling's bonding time |
Bagi saya tandem nursing adalah pengalaman paling berharga =) Saya dalam proses nak wean off Zuyyin namun masih belum ada kekuatan.
Tunggu sikit hari sahaja lagi. Doakan perjalanan breastfeeding saya dipermudahkan Allah =)
0 comments:
Post a Comment