25 August 2014

Hisap Ibu Jari Kaki, Baby Nak Adik Lagi?

Assalamualaikum

Pernah dengar tak orang cakap, kalau anak kita hisap jari kaki tandanya nak ada adik lagi. Padahal waktu itu anak kita baru 3 atau 4 bulan. Betul ke?

Bayi menghisap jari kaki tanda nak adik?
Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist yang pertama di dunia. Nak tahu kenapa? Sebab setiap kali baby hisap ibu jari kaki, baby sebenarnya merangsang otaknya untuk berkembang. Cuba tengok bahagian kaki baby seperti di bawah ni, baru la boleh faham.


Bahagian kaki bayi
Dan setiap kali baby nak tumbuh gigi, cuba anda perhatikan bahagian manakah yang menjadi perhatiannya? Baby akan menarik bahagian belakang cuping telinganya, sebab dibahagian belakang telinga mempunyai dental reflexes. 

Sebenarnya sekiranya kita dapat belajar sedikit tentang urutan bayi, ini dapat membantu baby kita untuk lebih sihat dan gembira. Jadikan urutan bayi sebagai amalan setiap hari =)

2 comments:

  1. suka nye gambar kaki baby tu...

    tak penah tau pun info psl tu :)

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount