16 August 2014

Rahsia Urutan Bayi

Assalamualaikum

Tahukah anda, urutan bayi adalah sangat penting. Masa untuk kita melakukan urutan juga bukanlah sebarangan. Kita kena pastikan perut bayi tidak terlalu penuh dan bayi kita dalam keadaan tenang.

Selalunya urutan bayi ini dilakukan selepas bayi mandi ataupon sebelum tidur. Boleh juga dilakukan setiap kali selepas kita menukar lampin bayi.

Apakah kelebihan melakukan urutan bayi:


  • Melegakan bayi agar dapat tidur nyenyak dan lama.
  • Merangsang perkembangan otak bayi.
  • Masa untuk mengukuhkan ikatan di antara ibubapa dan bayi.
  • Menguatkan sistem pernafasan dan pencernaan bayi.
  • Melegakan kembung, sembelit dan sakit akibat gigi baru nak tumbuh.
  • Merangsang penghasilan sesetengah hormon seperti growth hormone untuk penambahan berat baby

Urutan dapat merangsang otak bayi
Jom tengok contoh urutan bayi. Dalam video ini, si ibu menggunakan lotion johnson tapi kita kan boikot produk johnson, jadi boleh la menggunakan lotion atau minyak urutan bayi jenama lain ye =)


Setiap sentuhan akan memberi rangsangan terhadap bayi anda. Di bawah ni ada guideline untuk urutan bayi yang boleh kita ikut:
Baby Massage Guideline
Jadi mari kita amalkan mengurut bayi kita. Banyak kebaikan yang akan diperolehi. You will be surprised =)



0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount