22 August 2014

8 Tips Mencari Pengasuh Untuk Anak

Assalamualaikum

Sekarang ni macam-macam kita dengar tentang pengasuh atau pun pusat asuhan kanak-kanak . Baru-baru ni kes pengasuh mendera kanak-kanak berusia 1tahun 2 bulan sampai meninggal selepas seminggu koma.

Nak menitik air mata bila mengikuti kisah adik tu. Bayangkan penat kita mengandungkan anak selama 9 bulan. Berjaga malam sekiranya sakit, senang-senang je mereka yang tidak bertanggungjawab ni mendera mereka.

Kita yang salah pilih pengasuh ataupon pengasuh tu yang tidak amanah menjaga anak kita? 


Apakah yang perlu kita lakukan bagi memastikan pilihan kita tepat?


Memilih pengasuh yang terbaik bukanlah sesuatu yang senang


  1. Pergi melawat kawasan
    • Sebelum menghantar anak, kita mestilah memantau dulu kawasan tersebut dan melihat cara kerja pengasuh berkenaan.
    • Contohnya: Melihat bagaimana pengasuh melayan anak-anak yang berada di bawah jagaannya. Mengikut American Academy of Paediatrics, secara idealnya, seorang pengasuh hanya boleh menjaga 3 orang bayi sehingga berusia 24bulan
  2. Bertanya tentang commitment
    • Bayi memerlukan perhatian yang konsisten dan sesuatu yang predictable. Jadi bertukar-tukar pengasuh bukanlah sesuatu yang bagus.
    • Berterus terang dengan pengasuh yang kita perlukan commitment beliau sehingga anak kita berusia at least setahun. 
  3. Buat policy check
    • Ini penting bagi memastikan kita tahu apakah aktiviti seharian anak kita
    • Contohnya: Televisyen - adakah tv dibuka sepanjang hari ataupon selama sejam dua sahaja. Makanan - apakah snack yang diberi. Adakah makan makanan yang kita bekalkan ataupon ada makanan tambahan? Tidur - Berapa jam sehari anak kita ditidurkan?
    • Tanya juga tentang policy mereka tentang sick-child policy. Adakah anak-anak yang sakit masih dibenarkan dihantar ke pusat asuhan?
    • Semakin banyak yang kita tanya, semakin kurang la kebarangkalian kita untuk surprised di hari muka nanti.
  4. Singgah sebentar dan buat spot check
    • Kadang kala bila kita datang untuk menghantar anak, keadaan sangat cantik dan teratur. Bersih dan semua barang berbahaya tiada dipersekitaran.
    • Namun selepas menghantar anak, sangat disarankan agar kita buat spot check. Kalau saya, kadang-kadang lunch hour tu datang dan tengok. Kadang-kala balik awal tapi tak bagitau, tup-tup dah sampai je depan rumah pengasuh. Alhamdulillah so far semuanya perfect!
  5. Sentiasa bertanya keadaan anak
    • Lepas dah hantar anak kita, jangan terus lepas tangan. Sebelum hantar, kita perlu ceritakan kepada pengasuh apa yang berlaku kepada anak kita malam semalam. Lena tidurkah? Meragamkah?
    • Jadi semasa mengambil anak, sila la ringan-ringankan mulut untuk bertanya akan keadaan anak. Selera makan ke? Minum susu berapa oz? Air masak minum tak? Tidur berapa kali?
  6. Berbincang sekiranya ada masalah
    • Perkara ini memang tidak dapat dielakkan. Sama ada masalah besar atau kecil, bawalah berbincang. 
    • Selesaikan dengan cara penuh berhemah. Contohnya anak kita sukar tidur malam kerana banyak tidur di rumah pengasuh, maka berbincanglah agar waktu tidur anak dikurangkan
  7. Percayakan naluri keibuan kita
    • Sekiranya kita rasakan ada sesuatu yang tidak kena, walaupon ramai yang mengatakan pengasuh/ pusat asuhan itu terbaik, percayakan naluri kita.
    • Teruskan mencari yang terbaik
  8. Bersedialah untuk berubah
    • Memang baby perlukan consistency dan pengasuh yang sama tapi itu tidak bermakna kita kena stick kepada pengasuh yang tidak baik
    • Kajian menunjukkan selagi kita boleh mendapatkan pengasuh baru yang baik dan memberikan pengalaman berharga kepada baby kita, semuanya akan baik-baik sahaja.

Bagi saya mencari pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak ni seperti memilih jodoh untuk berkahwin. Sekiranya bernasib baik, kita jumpa lah yang terbaik, sekiranya tidak, jangan ragu-ragu untuk melepaskannya. 

Apa pun, berdoa lah kita sentiasa supaya Allah lindungi anak-anak kita dari tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.


4 comments:

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount