7 November 2014

7 Cara Hilangkan Sakit Badan Akibat Anak Menyusu Sepanjang Malam

Assalamualaikum

Badan Sakit Sepanjang Tempoh Penyusuan

Ibu menyusukan ni memang banyak cabaran. Selain memastikan bekalan susu mencukupi untuk si manja, ibu-ibu sering mengalami sakit badan selepas bangun tidur akibat anak suka mengempeng. Ngempeng tu bahasa jawa. Dengan kata lainnya menyusu je tak nak cabut, huhu.

Bila sakit badan mula la esoknya rasa tak best, kadang-kadang boleh membawa kepada stress tau. Susu pon merudum. Haih sungguh tak best perasaan tu.

Petua Hilangkan Sakit Badan

  • Berurut

Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah

Berurut dapat merangsang perjalanan darah yang betul. Yang ni saya paling suka, cepat, tuntas dan best! Tapi tak boleh la buat selalu, kang badan manja pulak kan. Bagi siapa yang duduk di Pasir Gudang dan nak dapatkan khidmat tukang urut bertauliah sila la hubungi saya, saya akan bagi contact number.


  • Epsom Salt

Tambahkan Epsom Salt dalam mandian suam

Epsom salt ni diperbuat daripada magnesium sulfate. Magnesium adalah penenang otot secara semulajadi dan sebagai garam, sifatnya adalah menarik fluid belebihan dari tisu, mengurangkan kebengkakan otot.

Masukkan secawan atau dua Epsom Salt ni dalam tub mandi yang berisi air suam. Bukan air panas tau, nanti kering kulit. Berendamlah dalam 15 minit ataupun sehingga air tu sejuk. 

Buat 3 kali seminggu. Tapi cara ini tidak digalakkan untuk penghidap sakit jantung, darah tinggi ataupun diabetes.

  • Apple Cider Vinegar (ACV)

ACV boleh didapati di Jusco dan supermarket yang lain
ACV ni adalah komposisi acidic. Asid yang ada dalam cuka epal ini telah terbukti dapat menenangkan kulit dan otot kita. Selain itu, ACV membekalkan mineral yang sungguh hebat kepada badan dan dapat membantu mengatasi masalah sakit otot dan badan. 

Campurkan 1 atau 2 sudu besar ACV ke dalam segelas air. Atau ada yang lebih hebat minum macam tu je tanpa larutkan dalam air. 

Boleh juga mencampurkan 2 sudu besar ACV, 1 sudu kecil madu, sedikit fresh mint dan 8 ke 10oz air sejuk, dicampurkan dengan sekata dan diminum

  • Blackstrap molasses 

Blackstrap molases ni dihasilkan dari tebu yang ditapis dan mengandungi beberapa jenis mineral seperti Iron, Calcium, Potassium dan Magnesium. Kesemua mineral ini membantu memberi sokongan kepada tulang, otot dan kesihatan joint kita. 


Blackstrap molases yang sungguh berkhasiat

Penggunaan Blackstrap molasses dalam secawan kopi setiap hari boleh mengurangkan sakit otot yang kronik. Ini disebabkan kandungan magnesium yang ada di dalamnya.

Boleh juga mencampurkan blackstrap molases ni dengan ACV:
1/2 cawan ACV
1/4 cawan molasses
1/2 cawan madu
1 1/2 sudu besar halia yang telah dikisar
2 liter air

Campurkan keempat-empat bahan dan blendkan. Bila dah sebati baru campurkan dengan 2 liter air. Sejukkan ataupun boleh dihidang bersama ice.

  • Minyak Kelapa
Minyak kelapa yang sangat banyak khasiatnya

Minyak kelapa ni memang dah sedia maklum akan khasiatnya. Dalam kes kita ibu menyusukan yang sakit badan ni, minyak kelapa membantu penyerapan minerals dan nutrien lain ke dalam badan kita. Minyak kelapa juga mengelakkan kekejangan, keletihan pada otot dan masalah lain. 

  • Berehat
Rehat yang secukupnya

Kadangkala, perkara yang terbaik adalah, tak perlu buat apa-apa. Rest! Sekiranya kita boleh berehat beberapa hari dari membuat kerja-kerja, ini yang paling heaven sekali. Tapi kalau takde masa, ok, boleh cuba beberapa cara di atas tadi =)

  • Ostematrix
Ostematrix rakan baik saya

Pengambilan Ostematrix yang ada dalam Set Penyusuan Shaklee memang sangat membantu. Sepanjang tempoh menyusukan Zuyyin dan sekarang disambung dengan Zayra memang tak pernah tinggal. Alhamdulillah memang sangat best bila bangun pagi.

Selain kandungan Kalsium yang ada di dalam Ostematrix ni, ia juga dilengkapi dengan Vitamin D dan juga Magnesium yang membantu penyerapan optimum kalsium ke dalam tulang. Magnesium, seperti yang kita tahu sangat penting dalam membaik pulih otot kita yang kekejangan dan keletihan.

Alhamdulillah perkongsian seorang customer =)

Jadi ibu-ibu boleh la cuba petua di atas. Nak share pengalaman ke nak dapatkan Ostematrix boleh hubungi saya =)


Kepada Yang Berminat Boleh Mencuba!!!
CONSULTATION PERCUMA DAN TERBAIK
Your Shaklee Independant Distributor: ID 914562
COD Area : Pasir Gudang dan Batu Pahat
SMS/Wassap : 0137510028


12 comments:

  1. khusus untuk ibu menyusui aja ya mba?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah ipah. Yang tidak menyusukan pun boleh. Magnesium memang membantu mengurangkan rasa sakit badan =)

      Delete
  2. byk juga info bermanfaat ayie perolehi.

    ReplyDelete
  3. Garam epsom tu macam menarik..mana nk dpt ye

    ReplyDelete
  4. info yang sangat berguna..tapi saya juga pilih ostematrix, sebab senang,selamat dan bekesan...

    danishdamiadaris.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. zarith pilih berurut sebulan sekali dan ostematrix ;) yang lain bila sempat,hihi

      Delete
  5. info yang sangat berguna..tapi saya juga pilih ostematrix, sebab senang,selamat dan bekesan...

    danishdamiadaris.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Boleh try nie. Dah start sakit macam-macam pas lahirkan anak 3 bulan lepas.

    ReplyDelete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount