24 April 2014

8 Cara Untuk Merangsang Anak Bercakap

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya boleh mengucapkan rasa syukur sebab Zuyyin belum menjangkau umur 2tahun dah fasih berkata-kata dengan jelas. Potpetpotpet je kerjanya..Ingat lagi perkataan pertamanya adalah "baby" pada usia 8bulan. Yup, baby saya lambat berjalan, umur 1tahun 3 bulan baru boleh berjalan. Kan orang tua kata kalau cepat bercakap lambat berjalan. Tak tahu la kat mana kebenarannya. Kebetulan kot semua tu.

Apa yang saya buat untuk merangsang anak bercakap?


  • Jangan pandang rendah kebolehan baby
    • Selalu la bercakap dengan baby kita. Walaupon kita rasa macam kita bercakap sensorang, but please don't underestimate our baby. Setiap patah perkataan yang kita cakapkan kat baby tu, baby akan proses dan pada satu masa akan terluah jugak dari mulut dia. Believe me. Dulu bila nampak gamba baby kat pampers, shower gel, dan manual pump medela tu, tunjuk kat Zuyyin dan cakap baby.. baby.. and amazingly, pada satu petang yang hening, when she's 8 months old, Zuyyin tunjuk kat pampers dan sebut 'baby' dengan terang dan jelas tanpa dengung. Time tu rase macam nak nangis je, huhu..emosi sungguh kami suami isteri mencium Zuyyin tak henti-henti
  • Puji dan ulang 
    • Bila anak cuba bercakap sesuatu, puji dan ulang balik apa yang anak cuba katakan. Kalau kita tak paham apa yang anak cakap, jangan asik tanya dia je, nanti anak akan kecewa sebab kita tak faham apa yang di cakapkan. Cuba teka ape yang diperkatakan dan ulang, Zuyyin selalu akan menganggukkan kepala dan senyum serta berlalu pergi kalau kita ulang betul, kalau yang saya ulang tu lain dari yang dia cakap, Zuyyin akan sebut berulang kali sampai la kita dapat tangkap dan ulang dengan betul. kalau tak dapat jugak dia akan merajuk dan marah. Jadik caranya, bila dia marah tu, pujuk dia dan suro dia tunjuk apa yang dia nak.
  • Bagi Anak Pilihan
    • Kita cuba bagi anak pilihan supaya anak boleh memilih dan mengulang perkataaan yang kita cakapkan. Contohnya “Sayang ibu nak car ke bird?" sambil menunjukkan pada objek yang perlu dipilih

  • Bagi dengar lagu
    • Ha yang ni Zuyyin paling suka. Tiap pagi pegi kerja nak hantar Zuyyin pegi umah babysitter dan balik dari kerja, siap joget-joget sambil mulut terkumat kamit ikut lagu. Rasa nak cubit je mulut dia tu, HEHE.
    • Oh dan lagi satu, walaupon suara tak berapa sedap, tapi ajarlah anak kita menyanyi lagu-lagu basic contohnya "Twinkle Twinkle little star" "Buai laju-laju" dan sebagainya. Mula-mula dengar macam aneh dia nyanyi tapi melodi betul, lama-kelamaan jelas. Kan practice make perfect =)
  • Berbual macam kawan
    • Saya suke borak-borak dengan Zuyyin. Ekspresi dia sangat comel. Contohnya:
    • " Zuyyin, ibu rindu uwan la" sambil menitis air mata. 
    • Nanti Zuyyin pegi berlari mendapatkan ayah dan cakap 
    • "Ayah, ibu sedih, ibu nanis (nangis)".
    • " Ha, Zuyyin pegi pujuk ibu". 
    • Sambil berlari terkedek-kedek datang kat ibu dan usap air mata ibu sambil kiss ibu "Ibu, dangan la nanis (ibu, jangan la nangis). Oh sungguh emosi sekali point ni..HEHE
  • Dengar dan belajar
    • Dedahkan anak kita dengan bunyi-bunyian. Contohnya : 
    • *bunyi kapal terbang yang selalu kedengaran kat sekitar rumah*
    • "Zuyyin, dengar tak? tu bunyi aeroplane"
    • Zuyyin punya expression setiap kali dengar arahan/ perkataan baru adalah " Ha?.."
    • So kita ulang lagi
    • "Tadi tu bunyi aeroplane"
    • At first memang Zuyyin boleh tangkap pekataan "plane" je..sebab panjang. Tapi bila dah kerap dengar dan sebut perkataan tu, lama-lama bila dengar je bunyik kapal terbang dia dah tau dah tu ape. 
  • Bacakan buku setiap hari
    • Zuyyin ada koleksi buku bayi yang comel, dengan bunyi-bunyian dan pelbagai lagi. Setiap hari mesti ayah/ ibu akan bacakan buku tersebut without fail. Zuyyin pon dah tau rutin. Bila nak masuk bilik mesti akan capai satu buku yang dia nak, dan hulur pada ayah/ibu " Ayang, read book ayang" (okies memang kadang-kadang Zuyyin panggil ayah die 'sayang' sebab dengar ibu panggil la tu (^_^")
    • Bila kita dah bacakan, suro Zuyyin ulang balik apa objek-objek yang ada, contohnya star, cow, crocodile etc
  • Say No to Television and Tab
    • Kalau sekali sekala tu boleh la tapi kalau sentiasa melekat je dengan gajet tersebut, that's not a good sign. Kalau anak suka sangat pada gajet, jadikan diri kita sebagai orang ketiga semasa anak tengah tengok. 
    • Contohnya:
    • Anak tengok Barney so kita boleh la borak-borak, sambil tunjuk screen "Eh cantiknya barney ni, color Purple kan.." "Cuba kira ada berapa ballon tu, 1..2..3" Jangan sesekali biakan anak berdua je dengan gajet ok? 
Setiap kanak-kanak perkembangannya tak sama. Jadi jangan pernah risau dan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Masing-masing punya kemahiran tersendiri. Asahlah setiap kemahiran anak yang kita nampak. Sekiranya anak mengalami speech delay (dah berusia 3 tahun ke atas masih tidak tahu bercakap), bawalah berjumpa pada yang pakar, ade treatment yang sesuai, InsyaAllah =)

0 comments:

Post a Comment

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount