23 May 2014

5 Superfood Untuk Rambut Sihat Cantik Berseri

Assalamualaikum

Rambut yang sihat dan berseri-seri memang menjadi idaman qalbu setiap insan yang bergelar wanita. 

Ada yang sanggup berhabis beribu-ribu untuk melakukan rawatan rambut, tapi kadangkala hasilnya tidak seberapa. Seperti kecantikan kulit, kecantikan rambut juga sangat bergantung kepada pemakanan kita, diet kita seharian.

Macam kita manusia, rambut juga memerlukan makanan berkhasiat untuk menjadi sihat. Jom kita tengok 5 makanan yang menjadi tunggak kecantikan rambut =)

  • Blueberries


    • Buah berry ni memang terkenal sebagai buah yang terhebat sekali dalam dunia kesihatan. Terutama sekali dark berries (blueberries, blackberries, raspberries dan strawberries) terkenal dengan kandungan anti-oksidant yang tinggi yang sangat penting untuk melawan radikal bebas dalam badan kita
    • Selain itu blueberries ini mengandungi glycemic index yang rendah berbanding dengan buah-buahan yang lain, jadi ia adalah pilihan yang bijak untuk pesakit diabetes juga kepada yang teringin nak kurangkan berat badan
    • Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam blueberries ni adalah sangat penting untuk rambut yang sihat kerana ia memberi 'makanan' kepada folikel rambut dalam kulit kepala. Tanpa Vitamin C yang mencukupi, rambut boleh menjadi rapuh dan senang gugur. 

  • Salmon


    • Wild salmon penuh dengan Omega-3 asid lemak yang mengandungi EPA dan DHA, lemak/minyak yang sangat diperluakan oleh tubuh tapi tidak dapat menghasilkannya sendiri. 
    • Minyak ini adalah asas kepada kesihatan rambut dan tubuh badan kita.
    • Salmon juga adalah sumber protein yang baik. Protein adalah nutrisi yang sangat penting untuk rambut yang sihat menawan.
    • Sekiranya anda tak suka salmon (Eh, tapi smoked salmon adalah sangat lazat! HEHE) boleh juga amalkan memakan walnut dan flaxseed yang kaya dengan Omega-3 

  • Tiram

    • Tiram kaya dengan zinc, yang mana ia adalah nutrisi terpenting dalam kesihatan rambut. 
    • Kekurangannya boleh menyebabkan kelemumur dan rambut rapuh dan mudah gugur

  • Sayuran Hijau


    • Mereka mengandungi Iron, Beta Carotene, Folate dan Vitamin C
    • Nutrisi yang terkandung dalam sayuran hijau ini akan menjadikan rambut cantik bersinar

  • Avocado

    • Perasan tak kebanyakan produk kecantikan dan rawatan rambut menggunakan avocado dalam produk mereka. Nak tahu kenapa?
    • Ini kerana avocado berupaya untuk memperbaiki rambut rosak, mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut! (saya suka sangat alpukat. Pernah try?)
    • Avocado ini terkenal sebagai superfood kerana ia mengandungi Vitamin B dan Vitmain E, yang sangat penting untuk menguatkan akar rambut dan mengelakkan rambut gugur. ia juga mengandungi Omega-3s, anti-oksidant, Vitamin C, Vitamin K dan Folate
Nak tahu lagi satu rahsia rambut cantik dan berseri-seri? Pregnantlah! HEHE. Nak tahu kenapa? Sebab masa preggy pertumbuhan rambut kita akan menjadi perlahan, dan kurang rambut yang gugur. 

Tapi bila once dah bersalin, tahniah! Rambut anda akan mula berguguran secara perlahan-lahan seperti musim luruh di Germany (-_-") 

Tapi takpe, kan ade superfood kat atas tuh, boleh la cuba makan. Selain mempunyai rambut yang sihat, anda akan mendapat badan yang sihat jugak!

2 comments:

  1. kalau macam ni kena amalkanlah pengambilan superfood kat atas ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti puteri mengalami masalah rambut rontok ni hehe..(terpengaruh sinetron la ni)

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount