3 May 2014

Diet Cara Rasullullah S.A.W

Assalamualaikum
Kita ni kalau makan main hentam je kan. Asal perut kenyang, dahlah. Lepas tu datang la pelbagai jenis penyakit dari yang tidak serius, seperti sakit perut dan keracunan makanan, kepada yang lebih serius, contohnya penyakit kusta dan jantung.Tapi tahukah anda sebenarnya ada panduan pemakanan yang telah diturunkan oleh junjungan kita Muhammad s.a.w? Cuma kita je yang tak nak ambil tahu dan tak nak ikut


The BIG DON'T

1. Jangan minum SUSU bersama DAGING
2. Jangan minum SUSU bersama IKAN
3. Jangan minum SUSU bersama AYAM
4. Jangan minum SUSU bersama CUKA
5. Jangan minum SUSU bersama BUAH (contohnya cocktail)
6. Jangan makan DAGING bersama IKAN
7. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
8. Jangan makan IKAN bersama TELUR

Cara Makan:

1. Jangan makan buah setelah makan nasi tapi makanlah buah at least setengah jam sebelum makan nasi
2. Tidur sejam setelah makan tengah hari (ha ni jangan buat pulak time berkerja, mau kene sound dengan bos nanti)
3. Jangan sesekali skip dinner. Siapa yang tinggalkan makan malam, dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda
4. Dilarang makan bercampur makanan laut dengan makanan darat. Ini terbukti apabila researches membuat kajian dan mendapati dalam daging ayam mengandungi Ion Positif (+) manakala dalam ikan mengandungi Ion Negative (-). Jika di makan bersama akan terjadi reaksi biokimia yang akan merosakkan usus kita.
5. Rasullullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam fridge tau) setiap pagi. InsyaAllah susah dapat sakit.
6. Rasullullah mengajar kita makan dengan tangan dan selepas abis makan jilat jari. Bila researches buat kajian, mereka temui banyak enzim di celah-celah jari iaitu 10kali ganda dari yang terdapat dalam air liur. (Enzim adalah sejenis alat yang dapat mencernakan makanan)

Cara menjaga kesihatan dalam islam:

1. Mandi sebelum subuh. Sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedal badan dapat mengurangkan penimbunan lemak. Kita dapat saksikan orang yang mandi pagi kebanyakannya tidak gemuk.
2. Waktu sembahyang subuh dinasihatkan kita bertafakur (sujud sekurang-kurangnya satu minit selepas membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala dan migrain. Researches telah menemui beberapa milimiter ruang udara dalam saluran darah dikepala yang tidak dipenuhi dengan darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

Diharap lepas ni dapatlah kita ikut diet sihat Rasullullah kesayangan kita. InsyaAllah...

2 comments:

  1. diet yang terbaik...tapi tak ramai yang mampu lakukannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhla kan...kene amalkan baru sihat, InsyaAllah =)

      Delete

    Peringatan!

    Segala informasi dan testimoni mengenai produk makanan tambahan kesihatan di dalam blog ini tidak sama sekali bertujuan merawat, menyembuhkan dan mengesan segala jenis penyakit dan masalah kesihatan. Segala testimoni adalah dari pengalaman tersendiri dari individu-individu yang terlibat. Terima kasih.

    CountCount