Rambut adalah mahkota wanita. Cuba bayangkan kalau kita botak? Err... Scary uolls. Kenapa dikatakan mahkota? Cuba tengok princess yang pakai crown, cantik kan?
Kalau takde crown dah nampak tak lengkap kan? Jadi apakah caranya untuk menjadikan mahkota kita tu cantik? Bersinar-sinar. Mengurai bila di tiup angin (Kalau yang pakai tudung tu mengurai bila ditiup angin kipas la bila kat rumah, HEHE)
Ada yang menggunakan serum, vitamins, tidak kurang juga yang menggunakan cara tradisional. Okay hari ni saya nak focus kepada rawatan tradisional je. Next time kita tengok cara moden pulak ye.
Almaklumlah, saya dulu hanya menggunakan rawatan tradisional je. Masa zaman sekolah rendah sampai lah ke sekolah menengah. Dah besar sikit dan ada duit baru lah menggunakan rawatan moden, HEHE
Sama juga seperti setiap inci tubuh badan kita, untuk menghasilkan rambut yang lebat dan bersinar, tentulah bermula dari pemakanan yang seimbang. Selain itu, tabiat merokok, ketidakseimbangan hormon dan juga kekurangan tidur turut mempengaruhi.
**Jadi ayuh kita lihat apakah pemakanan yang perlu diambil untuk mendapatkan rambut cantik, lebat dan bersinar**
- Salmon
- Selain kaya dengan Protein dan Vitamin D (Kedua-duanya adalah kunci untuk mendapatkan rambut yang sihat). Salmon juga mengandungi Omega-3 yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut, namun Omega-3 ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Jadi perlu diperolehi dari makanan.
- Walnut
- Merupakan satu-satunya dari keluarga kacang yang kaya dengan minyak essential Omega-3. Walnut juga kaya dengan Biotin dan Vitamin E, yang membantu melindungi sel dari kerosakan DNA. Biotin juga sangat berguna sebagai perisai dari sinaran UV. Kurangnya Biotin boleh menyebabkan rambut rosak.
- Tiram
- Tiram atau Kerang kaya dengan Zinc. Bila tubuh kita kekurangan Zinc, semua hair yang ada kat badan ni akan gugur termasuk la bulu mata kita ni. Selain dari tiram, Zinc juga boleh didapati dalam cereal gandum. Tapi yang membuatkan tiram ni special, ia juga mengandungi protein yang tinggi. Ingat! 97% rambut terdiri dari protein.
- Keledek
- Suka sweetpotatoes? ala ubi keledek la..sedap kan..manisss...ia adalah sumber beta carotine. Bila dah masuk dalam badan akan bertukar menjadi Vitamin A. Pada dasarnya, setiap sel dalam tubuh sangat memerlukan Vitamin A untuk berfungsi secara maxima. Selain mengakibatkan gatal-gatal pada kulit kepala, kekurangan Vitamin A juga akan mengakibatkan kehadiran kelemumur.
- Telur
- Selain sumber protein yang tinggi, telur juga terkenal dengan 4 mineral penting yang dimilikinya. Zinc, Selenium, Sulfur dan Zat Besi. Zat Besi sangat penting untuk pertumbuhan rambut kerana ia membantu sel untuk membawa oksigen ke folikel rambut. Kekurangan Zat Besi selain mengakibatkan anemia juga menyebabkan kerosakan rambut.
** Selain dari itu, penjagaan dari luar juga penting, Jom kita tengok apa lagi yang boleh diamalkan untuk penjagaan rambut secara natural **
- Lumurkan kepala dengan minyak yang dimasak sendiri ataupon kalau takde tu boleh lah pakai santan segar.
- Goreng beberapa biji buah keras (tanpa minyak). Setelah cukup garing, sejukkan dan kisar halus. Gaul engan minyak Zaitun dan simpan sebagai tonik rambut. Sapukan pada kulit kepala, biarkan semalaman dan bilas pada keesokan harinya
- Ramas beberapa helai daun bunga raya dengan beberapa helai daun pandan. Sapukan diseluruh kulit kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali, ok?
- Kisar sebiji nenas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah dilumurkan pada rambut dan dibiarkan 15- 30 minit. Amalkan tiga kali seminggu
- Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan selama satu malam. Setelah itu sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya =)
Mari lah kita amalkan bersama-sama supaya rambut kita cantik seperti bidadari dari kayangan. Cewah =)
0 comments:
Post a Comment